Salam ceria..
Cikgu Norazimah berceloteh kembali dengan kisah PBS. Apa itu PBS ? PBS adalah Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Ini adalah dasar baru yang menggantikan Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) untuk pelajar Tingkatan 1-3. Dasar ini bermula tahun 2012 dan tahun ini merupakan tahun kedua PBS untuk sekolah menengah. Tapi untuk sekolah rendah telah bermula lebih awal untuk menggantikan UPSR.
Sistem baru semestinya akan menyusahkan cikgu-cikgu, pentadbir malah pelajar-pelajar sendiri. Aku sendiri telah dilantik sebagai Jurulatih Utama PBS Georgrafi Tingkatan 1 & 2 !! Gila 2 tingkatan aku bedal walhal aku sendiri bukan opsyen mengajar Geografi ni. Tapi its ok..aku memang suka mengajar Geografi ni. Rasa teringin lak nak tukar opsyen sebab dah mengajar subjek ni 3 tahun.
PBS ni best part pelajar bergantung semua kepada guru subjek berbanding sebelum ni pelajar lebih percayakan guru tuisyen. Senang cerita, macam dekat kolej/universiti di mana bila kita rapat dengan lecturer, memang senang nk skor subjek tersebut. Tapi yang paling memenatkan adalah MENANDA JAWAPAN & REKOD & KEY IN DALAM SISTEM ONLINE !! Fuhh..tensen beb !! Rekod sahaja ke dalam 2 tempat iaitu borang individu dan borang transit. Bayangkan aku mengajar geografi 4 kelas + math 2 kelas dah 6 kelas. Lepastu setiap kelas sengal2 pun 44 pelajar x 2 borang x 6 = kira sendiri ler. Malas nak kira.....[mood tensen sebab proses dokumentasi ni yang sangat2 memenatkan !!
Ok2..taknak cerita tentang tensen tadi. Memang jadi cikgu ni menyensyenkan kalau fikir macam2 benda yang kena buat. Tapi minat punya pasal..aku redha dan tabah menjadi CIKGU NORAZIMAH. Entry kali ni aku cuma nak tunjuk kat korang hasil pelajar aku menghasilkan produk hiasan rumah untuk soalan band 6. [nak tunjukkan je pun, tp kemain panjang membebel..hehe]. Agak bangga sebab pelajar Cikgu Norazimah yang mula2 menjawab soalan band 6 seawal februari ! Well...pelajar2 aku memang hebat2..tengok siapa cikgu dorang kan? [mood bangga sambil kembang kempis hidung]. Ok..check it out !!
~ Produk hiasan rumah dari barang terpakai : B6D1E1 ~
~ Fail2 merah dan buku pbs math yang melambak. Tengok je pun dah tensen kan? Belum buat apa2 lagi tu ~
~ Borang transit yang kecit2 sambil naik juling bijik mata duk tick ~
CN : Berkongsilah anda atas perkara yang baik-baik. Mudah ! Cuma tekan butang LIKE/G+. Terima kasih.