Saham Dunia Akhirat
Wakaf Dataran Berbumbung SMKTPG
Projek saham dunia akhirat ini adalah untuk mengutip derma untuk membina Dataran Berbumbung di tapak perhimpunan SMKTPG. Dataran Berbumbung ini amat penting untuk menampung keperluan warga SMKTPG yang semakin besar jumlahnya. Kutipan dan sumbangan bukan sahaja disasarkan dalam jumlah yang besar, malahan berapapun jumlah sumbangan amat dialu-alukan. Untuk tujuan itu, saham dunia akhirat ini boleh terus dikreditkan ke akaun khas CIMB 8002861482 (PIBG SMK Telok Panglima Garang). Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi pejabat sekolah di talian 03-31227914 atau email pibgsmktpg@gmail.com.
Terima kasih untuk sumbangan anda yang amat bermakna nilainya.
~ Salam Ramadhan dari Cikgu Norazimah ~