Pada khamis lepas, CN telah membuat ujian pertama Sains Komputer Tingkatan 4 di dua venue berbeza iaitu di dalam kelas 4SK & di makmal komputer. Ujian pertama ini dibuat untuk menilai kelayakan pelajar 4 Sains Komputer (SK) sama ada pelajar tersebut memang layak berada di dalam kelas 4 SK atau tidak. Hal ini kerana subjek SK adalah subjek baru dan mempunyai projek untuk SPM yang agak sukar. Jika pelajar yang tidak layak berada di dalam kelas ini, CN bimbang pelajar tidak boleh catch up & seterusnya tida mampu membuat projek SK yang sememangnya sukar.
Ujian Pertama Sains Komputer Tingkatan 4 venue di dalam kelas 4 SK |
Hasil daripada Ujian Pertama ini, CN dapati 5 pelajar mendapat markah bawah paras rendah. Pelajar-pelajar ini diberi peluang sekali lagi untuk memperbaiki diri sehingga Ujian Bulanan 1 yang akan berlansung pada bulan Februari nanti. Jika masih tidak mampu memperbaiki diri, pelajar-pelajar ini dinasihatkan untuk menukar kelas demi masa depan yang gemilang. Hehe..
Ujian Pertama Sains Komputer Tingkatan 4 venue di dalam makmal komputer |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Dah lama CN tak makan di Restoran Matahari yang terletak di Jenjarom, Banting ini. Restoran Matahari Jenjarom Banting ini terletak berdekatan dengan Tesco Extra Jenjarom. Memang terpampang besar signboard yang tertera Restoran Matahari. Senang cakap restoran ini satu direct dengan Pizza Hut Delivery Jenjarom. Sudah tentu yang membuatkan CN tertarik dengan restoran ini adalah dekonya yang menarik.
Nasi putih, telur bistik dan udang masak cili petai di Restoran Matahari Jenjarom, Banting |
Pelbagai menu di Restoran Matahari Jenjarom, Selangor
Restoran Matahari Jenjarom Banting ini menawarkan pelbagai menu Malaysia & western. Pendek kata macam-macam ada disini. Harganya pun berbaloi berbanding luncheon di food court Tesco Jenjarom tau !
Nasi goreng Thai di Restoran Matahari Jenjarom, Banting |
Sebelum ni CN pernah cuba menu ala carte seperti nasi goreng USA yang mewah dengan lauk dan sangat mengenyangkan. Kali ini saje try menu western iaitu pasta bolognese. Memang sedap dan anak dara CN si Dhia Zahra sangat sukakannya.
Pasta bolognese bersama garlic bread |
Specialnya di Restoran Matahari adalah air buah di dalam cawan besar dan berharga RM5. Anda boleh berkongsi dengan yang tersayang taw.
Dhia Zahra peminat setia teh o ais. Orange juice cawan besaq RM5 untuk CN & Irfan |
Sampai pejam mata Irfan Hensem makan nasik |
Senget-senget kepala Dhia Zahra muka happy dapat makan pasta sedap |
Lokasi Restoran Matahari, Jenjarom, Selangor
Jika anda ke Banting, jangan lupa singgah ke Restoran Matahari Jenjarom ini ye. Disini CN kongsikan peta lokasi Restoran Matahari Jenjarom, Banting ini.