Cuti-cuti mesti dimanfaatkan untuk bersama keluarga hokay. Cuti kali ini CN bawak anak-anak balik kampung tokwan di Perak. Memang seronok anak-anak dapat berlari-lari di kampung sambil excited tengok bangau yang berterbangan. Tapi bila disuruh masuk ke dalam sawah padi, masing-masing taknak sebab geli ! Memang budak key el betui !
Kampung ayah CN ni di Kedai Empat, Tanjung Piandang, Perak. Rumah tokwan dikelilingi sawah padi. Memang best. Tapi masa CN balik kampung haritu, tengah musim lepas menuai. Kira pemandangan tak berapa cantik. CN paling suka musim padi tengah hijau. Nampak nyaman dan sejuk je pemandangan.
Irfan Hensem yang excited balik rumah tokwan |
Hokay. CN ada kongsikan beberapa keping gambar semasa cuti haritu di kampung. Memang best balik kampung kan?
Kemain bergaya anak bujang sorang ni kan? |
Teman anak dara jalan-jalan keliling kampung |
Pemandangan di hadapan rumah tokwan |
4 sepupu bergaya di hadapan rumah tokwan |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
10 cara jimat masa melipat baju | Tanya lah mana-mana wanita di luar sana, jika diberi pilihan melipat baju atau basuh pinggan mangkuk, pasti ramai yang memilih untuk membasuh pinggan mangkuk. Baju dibiarkan berbakul-bakul tidak dilipat sampaikan menjadi gunung Everest! Jadi disini CN ingin berkongsi idea cara jimat masa melipat baju yang pasti praktikal & mudah untuk diikuti. Hah, bukan 1 tapi 10 cara jimat masa melipat baju hokay.
10 cara jimat masa melipat baju |
Cara jimat masa melipat baju
1. Terus melipat baju selepas baru dikutip
Terus lipat baju ketika baru dikutip kerana masih 'panas' & mudah untuk dilipat. Jika tidak mampu berbuat demikian, ikut step kedua.

2. Asingkan baju besar dan kecil
Asingkan baju anak-anak dimana baju yang kecil & baju mak pak yang bersaiz besar. Biasanya CN akan asingkan di dalam 2 bakul. Baju yang kecil akan dilipat dahulu kerana kelecehannya berbanding baju yang besar.

3. Gantung baju jalan anak-anak di dalam almari
Baju jalan anak-anak terus gantung di dalam almari. Lagi-lagi seluar jeans tu, gantung je 😉

4. Gulung seluar dalam
Gulung-gulung sahaja seluar dalam & masukkan ke dalan laci khas seluar dalam. Sama juga dengan baju dalam tu. Gulung-gulung je.

5. Baju kerja terus digantung
Baju kerja CN iaitu baju kurung terus digantung sebab mudah untuk iron nanti. CN memang sediakan tempat gantung khas untuk menggantung baju kerja.

6. Gantung baju melayu dan kemeja Encik Suami
Baju Melayu agak sukar untuk dilipat. Langkah terbaik adalah gantung sahaja di dalam almari. Bila gantung tu terus siapkan dengan butang baju melayu sebab orang lelaki ni suka letak merata-rata butang baju melayu mereka.

7. Ajar anak melipat baju
Ajar anak-anak dari kecil untuk membantu melipat baju. Memang akan messy tapi lama-lama anak-anak akan pandai melipat baju dan kerja kita akan menjadi mudah.
8. Melipat baju sambil menonton drama di TV3
Ini CN selalu buat dimana melipat baju sambil menonton drama TV3. Memang cepat settle tau.
9. Pujuk suami bantu melipat baju
Jika baju 2 bakul setinggi everest memang stress kan? Apa kata pujuk suami untuk membantu melipat baju. Sambil melipat baju boleh berbual mesra dengan suami. Dah dapat merapatkan lagi hubungan suami isteri gituw.
10. Setkan di dalam fikiran bahawa melipat baju adalah menyeronokkan
Akhir sekali, cuba setkan di dalam fikiran bahawa melipat baju adalah menyeronokkan. Sudah tentu kita akan suka buat benda yang menyeronokkan bukan? Cuba ikut skrip ini dan pasti anda akan berjaya melipat 2 bakul baju setinggi everest tu << "Saya suka melipat baju" >> dan diulang berkali-kali sampai anda selesai melipat baju ! ;)
Semoga berjaya !