Pelancaran HaN1S di SMK Telok Panglima Garang | Pada 6 April yang lalu, telah berlangsungnya Majlis Pelancaran HaN1S iaitu Hari NILAM 1 Selangor. Pelancaran peringkat sekolah ini telah dirasmikan oleh Penolong Kanan 1, Tn. Haji Jumiran Bin Anchor di Dataran Rimbunan Budi. CN selaku guru yang bertanggungjawab menyediakan laporan dokumentasi sempat merakamkan beberapa keping gambar sempena majlis tersebut untuk laporan. Ok, disini CN kongsikan beberapa gambar sempena Majlis Pelancaran HaN1S tersebut.
Resepi agar-agar kering | Agar-agar kering antara menu di hari raya yang sesuai untuk dihidangkan untuk tetamu. Agar-agar kering ini antara menjadi kegemaran kanak-kanak yang datang beraya. CN ingat dulu masa kecil memang suka makan agar-agar kering hasil tangan arwah nenek. Macam-macam kaler arwah nenek buatkan. Memang rajin arwah nenek CN sorang tu. Baiklah, jika anda mencari resepi agar-agar kering, di sini CN kongsikan resepinya. Selamat mencuba !
Resepi agar-agar kering mudah & sedap
Resepi agar-agar kering |
Bahan membuat agar-agar kering
>> Agar-agar 80g
>> Gula 2kg
>> Gula batu 600g
>> Air 2 liter
Cara membuat agar-agar kering
>> Masak agar-agar sampai hancur
>> Bahagikan dan warnakan. Kemudian potong ikut suka
>> Untuk menjadikan ia kering, jemur 4-5 hari
>> Siap agar-agar kering
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Gambar kelas paling ceria | Bila belek gambar lama-lama, terjumpa gambar kelas bersama kelas 2A tahun 2012. Masa ni CN preggy Irfan. Tak nampak perut besar sebab saja pakai baju besar konon-konon nak cover perut tu. Tapi gambar ni CN paling suka sebab ceria sangat ! Batch 2A 2012 pun paling terbaik semasa CN menjadi guru kelas di SMK St. Mary, KL. Paling seronok, kelas ni la memang banyak anugerah. Enjoy sangat masa jadi guru kelas budak-budak ni. Walaupun ketika tu CN preggy, tapi budak-budak ni banyak cover CN dengan sikap independent dorang tu. Ketua kelas paling berkaliber sebab sangat boleh diharap walaupun baru tingkatan dua masa tu. Sekarang ni kebanyakan pelajar 2A 2012 melanjutkan pelajaran di IPTA & IPTS. Cikgu doakan semoga kamu semua berjaya ye.
Gambar kelas paling ceria - 2A SMK ST. Mary KL 2012 |
Version formal, senyum nampak gigi je ye |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~