Lirik lagu Hikayat Benladin | Pertama kali CN dengar lagu Hikayat Benladin, terus tertanya-tanya siapa empunya lagu? Siapa Benladin? Lirik lagunya puitis. Siapa penulis lirik lagu Hikayat Benladin? Rupa-rupanya lagenda hiphop, Malique yang menulis lirik lagu Hikayat Benladin ini. Patutlah 'semacam' liriknya. Ada aura gituw. Tak percaya? Cuba anda hayati satu persatu lirik lagu Hikayat Benladin ini. Mendalam maksudnya.
Lagu Hikayat Benladin |
Lirik Lagu Hikayat Benladin
[Intro]
Benladin...Benladin
[Chorus]
Mereka keluar masuk gua
Mencuba mencari dimana ada
Mencuba meneka dimana saya
Mata kasar takkan dapat jumpa
Niat enson matakaji semar ngiseng
Aku lah Benladin
Hikayat Benladin
[Verse 1]
Suara dah bergema
Suara sakti hamba
Dalam gelombang bawa aura ke udara
Separa manusia separa luar biasa
Gurau senda dengan kata-kata sang pujangga
Kalau main api janganlah tambah gasolin
Mesti hati-hati janganlah seperti lilin
Jika mahu terang biar terang dengan betul
Jangan jadi arang jadi arang buat kotor
Kerna atas muka ada selendang suci
Maka hias ia biar terpampang seri
Akulah ilustrasi definisi gergasi
Terhasil dari ekperimentasi radiasi bunyi
Buka mata minda luas seperti lautan
Usah fikir bukan-bukan, kata bukan-bukan
Nenek tua si bongkok tiga
Cubalah nenek cari cucu dimana ada (ohhhh...)
Benladin...Benladin
[Chorus]
Mereka keluar masuk gua
Mencuba mencari dimana ada
Mencuba meneka dimana saya
Mata kasar takkan dapat jumpa
Niat enson matakaji semar ngiseng
Aku lah Benladin
Hikayat Benladin
[Verse 1]
Suara dah bergema
Suara sakti hamba
Dalam gelombang bawa aura ke udara
Separa manusia separa luar biasa
Gurau senda dengan kata-kata sang pujangga
Kalau main api janganlah tambah gasolin
Mesti hati-hati janganlah seperti lilin
Jika mahu terang biar terang dengan betul
Jangan jadi arang jadi arang buat kotor
Kerna atas muka ada selendang suci
Maka hias ia biar terpampang seri
Akulah ilustrasi definisi gergasi
Terhasil dari ekperimentasi radiasi bunyi
Buka mata minda luas seperti lautan
Usah fikir bukan-bukan, kata bukan-bukan
Nenek tua si bongkok tiga
Cubalah nenek cari cucu dimana ada (ohhhh...)
[Chorus]
Mereka keluar masuk gua
Mencuba mencari dimana ada
Mencuba meneka dimana saya
Mata kasar takkan dapat jumpa
Niat enson matakaji semar ngiseng
Aku lah Benladin
Hikayat Benladin
[Verse 2]
Masuk tempat orang jadi kucing bukan singa
Jangan cuba jadi cacing nak jadi garuda
Jika mulut murai tukar paruh jadi tiong
Kalau cuma gusi jangan lagaknya bersiong
Setakat dua tangan janganlah nak berangan
Si tikus datang bekal dua belas beruk baran
Telan lauk enak lepas makan pandai simpan
Pandai-pandai lah tanggung binasa perbuatan
Pecut laju-laju sampai dia terpelanting
Bukan perkara bijak lari-lari bawa gunting
Diajak berteman rupanya musang berjanggut
Pura-pura sejuk masuk berkongsi selimut
Baik berpada-pada jahat jangan sekali
Hidup punya hukum karma kau harus mengerti
Salam perkenalan dengan ritma dan puisi
Nama patik Benladin mengundurkan diri
Mencuba mencari dimana ada
Mencuba meneka dimana saya
Mata kasar takkan dapat jumpa
Niat enson matakaji semar ngiseng
Aku lah Benladin
Hikayat Benladin
[Verse 2]
Masuk tempat orang jadi kucing bukan singa
Jangan cuba jadi cacing nak jadi garuda
Jika mulut murai tukar paruh jadi tiong
Kalau cuma gusi jangan lagaknya bersiong
Setakat dua tangan janganlah nak berangan
Si tikus datang bekal dua belas beruk baran
Telan lauk enak lepas makan pandai simpan
Pandai-pandai lah tanggung binasa perbuatan
Pecut laju-laju sampai dia terpelanting
Bukan perkara bijak lari-lari bawa gunting
Diajak berteman rupanya musang berjanggut
Pura-pura sejuk masuk berkongsi selimut
Baik berpada-pada jahat jangan sekali
Hidup punya hukum karma kau harus mengerti
Salam perkenalan dengan ritma dan puisi
Nama patik Benladin mengundurkan diri
[Bridge]
Putih-putih melati Ali Baba
Merah-merah mawarnya Si Norsiah
Jika diikutkan rasa Kassim Baba
Kelak akhirnya berputih mata
[Chorus]
Mereka keluar masuk gua
Mencuba mencari dimana ada (di mana)
Mencuba meneka dimana saya
Mata kasar takkan dapat jumpa
Niat enson matakaji semar ngiseng
Aku lah Benladin
Hikayat Benladin
[Outro]
Putih-putih melati Ali Baba
Merah-merah mawarnya Si Norsiah
Jika diikutkan rasa Kassim Baba
Kelak akhirnya berputih mata
Oohhh...oohhh (Benladin...Benladin)
(Benladin...Benladin)
Merah-merah mawarnya Si Norsiah
Jika diikutkan rasa Kassim Baba
Kelak akhirnya berputih mata
[Chorus]
Mereka keluar masuk gua
Mencuba mencari dimana ada (di mana)
Mencuba meneka dimana saya
Mata kasar takkan dapat jumpa
Niat enson matakaji semar ngiseng
Aku lah Benladin
Hikayat Benladin
[Outro]
Putih-putih melati Ali Baba
Merah-merah mawarnya Si Norsiah
Jika diikutkan rasa Kassim Baba
Kelak akhirnya berputih mata
Oohhh...oohhh (Benladin...Benladin)
(Benladin...Benladin)
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
Udon ala Familymart | Ramai orang share tentang resepi mudah udon ala Family Mart. Kebetulan CN ni memang penggemar udon pedas di Family Mart tu. Teringin untuk buat sendiri, kebetulan ada rakan share resepi udon ala Family Mart guna perencah Adabi je. Serius senang je & sedap.
Udon ala Family Mart
Viral! Udon ala Familymart |
Bahan-bahan membuat udon ala Family Mart
2 bungkus perencah asam pedas Adabi
2 bungkus perencah tomyam Adabi (CN tak jumpa perencah tomyam adabi, guna je jenama Knorr pun boleh)
Bahan-bahan steamboat yang anda suka
Mee udon (CN beli di Econsave)
Cara-cara membuat udon ala Family Mart
Campur perencah Adabi ke dalam periuk Noxxa kesayangan. Guna je mod STIR FRY dulu, bila kuah sudah mendidih baru tukar ke mod SLOW COOK. Bila kuah sudah mendidih tu boleh lah masukkan bahan-bahan steamboat tu. Makan panas-panas hokay. Sedapnya !
Selamat mencuba resepi udon ala Family Mart !
Video udon ala Family Mart
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
Bila kita bersedekah kepada orang yang memerlukan, kita fikir kita membantu dunia mereka tetapi sebenarnya kita membantu akhirat kita.
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
Cerita Cikgu Sains Komputer | Hujung bulan lepas CN sibuk dengan pelbagai program untuk cikgu Sains Komputer. Dua hari iaitu 25hb & 26hb berkampung di PPD Kuala Langat untuk kursus fully coding dari JPN Selangor. Manakala 27hb lari ke Bahagian Pembangunan Kurikulum Putrajaya untuk pemurnian kit Sains Komputer. Semuanya demi matapelajaran baru yang masuk ke tahun kedua iaitu Sains Komputer. Tahun ini merupakan tahun pertama SPM Sains Komputer. Banyak ilmu yang perlu dicari untuk dikongsi dengan rakan guru & juga pelajar. Doakan calon SPM Sains Komputer sekolah CN beroleh kejayaan yang membanggakan ye. Aaamiinnn.
Gabungan guru-guru Sains Komputer dari 3 daerah iaitu Daerah Kuala Langat, Daerah Sepang & Daerah Hulu Langat bersama boss dari JPN Selangor iaitu Dr. Zahri (duduk tengah) |
Gabungan guru-guru Sains Komputer dari 3 daerah iaitu Daerah Kuala Langat, Daerah Sepang & Daerah Hulu Langat |
Gabungan cikgu Sains Komputer dari Selangor, KL & Putrajaya berkongsi ilmu & maklumat di Bahagian Pembangunan Kurikulum Putrajaya |
Happy kan gabungan cikgu Sains Komputer dari Selangor, KL & Putrajaya ini |
Kusyuk tu masing-masing dengar perkongsian dari otai Sains Komputer |
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
Bandar Rimbayu | Tarikan terbaru di Telok Panglima Garang adalah Bandar Rimbayu oleh IJM Land. Memang banyak port cantik bergambar disini. Best sangat! Paling penting masuk ke Bandar Rimbayu IJM Land ini FREE & banyak parking. Memang akan repeat lagi sebab tak sempat nak explore disebabkan masa kami ke sana, hujan renyai-renyai. Kalau anda nak ke Banting, boleh lah singgah ke Bandar Rimbayu IJM Land ini.
Bandar Rimbayu IJM Land
Bandar Rimbayu IJM Land |
Antara port menarik untuk bergambar di Bandar Rimbayu IJM Land |
Susah sebenarnya nak snap gambar 4 beradik ni |
Yeah! I'm here ! |
4 beradik yang havoc |
Bajet Cinderella kan |
Mama anak 2 di Bandar Rimbayu IJM Land |
Gambar duduk je, tak ada gambar guling-guling |
Rumputnya hijau, best guling-guling dekat sini tau |
Dating dengan anak bujang di Bandar Rimbayu |
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
Susu Fernleaf dalam pek UHT | Bila CN sebut tentang susu Fernleaf, pasti terbayang tentang jenama susu tepung Fernleaf yang perlu dibancuh sendiri bukan? Tapi kini, susu Fernleaf yang terkenal dari New Zealand tu sudah dalam bentuk on-the-go yang mudah dibawa ke mana-mana iaitu pek UHT. Best kan dapat menikmati 100% kebaikan susu dari New Zealand ini dengan lebih mudah & cepat. Yang menariknya terdapat dalam dua jenis pek iaitu 200 ml & 1 liter. Nak lagi hipster, anda boleh menikmati susu UHT Fernleaf cara CN dengan menggunakan straw yang unik ini. Bahagia je minum susu UHT Fernleaf yang sejuk hokay.
Jom nikmati susu kotak Fernleaf UHT secara hipster |
Fernleaf - 100% Susu Segar Dari New Zealand
Tahu tak anda bahawa susu Fernleaf ini diperbuat daripada 100% susu segar dari New Zealand? Di sana, mereka mengusahakan ladang lembu secara semulajadi iaitu memberikan kebebasan kepada lembu mereka meragut di padang rumput yang subur. Lembu tenusunya memakan rumput yang subur, berkualiti tinggi dan terbaik. Uniknya, lembu-lembu ini menghabiskan 90% masa untuk meragut rumput secara bebas pada hari yang cerah. Ini secara tidak langsung, lembu ini mendapat kandungan vitamin D yang sihat!
Video Irfan minum susu kotak Fernleaf cara hipster
Paling penting yang anda mesti tahu, susu Fernleaf lengkap dengan nutrien penting seperti protein yang berkualiti tinggi, vitamin A & D serta kalsium yang mudah diserap dan digunakan oleh tubuh badan. Paling sesuai diminum seisi keluarga tau. Sudah tentu susu UHT Fernleaf ini membantu warga Malaysia meningkatkan pengambilan nutrisi dan tenaga di mana sahaja mereka berada dan bersedia untuk mencapai kehebatan tersendiri!
Rasa susu Fernleaf 100% mmmmm |
Rasa Susu Fernleaf 100% Mmmmm
Dengan lebih daripada 140 tahun pengalaman dalam perladangan tenusu, sudah tentu kualiti tertinggi pada setiap peringkat pengeluaran susu bermula daripada air yang bersih, rumput yang berkualiti tinggi sehinggalah produk sedia untuk diedarkan kepada pengguna. Hah, sebab itu susu Fernleaf bukan sahaja mempunyai pelbagai khasiat malah rasanya sudah semesti 100% mmmmm! CN suka sangat rasa susu Fernleaf penuh krim, sedap yang amat! Anak-anak CN pulak suka susu UHT Fernleaf coklat. Sekejab je budak-budak tu settle kan 4 kotak susu hokay!
Fernleaf - 100% susu segar dari New Zealand |
Jom dapatkan susu UHT Fernleaf untuk seisi keluarga anda juga. Ia boleh didapati dalam tiga pilihan iaitu penuh krim, rendah lemak dan coklat demi memenuhi setiap cita rasa keluarga anda. Harga di pasaran adalah RM5.70 bagi satu set empat pek (200 ml setiap pek) dan RM6.60 bagi setiap pek 1 liter.
Layari dan jangan lupa ‘Like’ Facebook Fernleaf untuk mendapatkan maklumat terkini.
#100%Mmmmm
#FernleafUHT
#fernleafmalaysia
#FernleafUHT
#fernleafmalaysia
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
Ajar anak kecil membaca awal | Ada beberapa tips atau panduan yang ingin CN kongsi hasil daripada bacaan buku AJAR ANAK KECIL MEMBACA AWAL, terbitan READNETWORK dan di tulis oleh Pn. Nik Eliani Nik Nawi dan Tn. Hj Othman Ahamad.
Irfan & Dhia yang suka membaca buku Rasa Sayang |
Tips Ajar Anak Kecil Membaca Awal
1. SINGKATKAN MASA
Perlu di ingat, had waktu anak lelaki dan anak perempuan tidak sama terutama yang berumur dapam lingkungan 4-5 tahun. Anda sebagai ibubapa lebih mengenali anak-anak anda bukan?
Namun, masa yang paling baik yang di cadangkan oleh penulis ialah 5 minit untuk anak PEREMPUAN, 2 minit untuk anak LELAKI. Jadi, sesi masa untuk sesi belajar bagi anak-anak yang sesuai ialah 2-5 minit sahaja. Ini secara intensif, jika anda mahu melanjutkan lagi sesi belajar anak, gantikan dengan sesi bermain.
Contoh :-
2-5 minit === sesi belajar SEBUT BUNYI & KENAL SIMBOL
5-10 minit === sediakan aktiviti BERMAIN yang sesuai dengan apa yang anak dah belajar tadi. (Boleh rujuk dalam buku permainan kreatif)
SINGKATKAN MASA untuk pembelajaran yang lebih berkesan dan sediakan aktiviti BERMAIN untuk pengukuhan anak-anak.
2. BERHENTI SEBELUM JEMU
Adalah lebih baik jika anda berhenti mengajar ketika anak masih dalam MOOD belajar. Uiks, kenapa macam tu?? Anak tengah syok belajar kenapa nak STOP?? Haaa... ini lah tricknya, supaya anak itu berasa tidak puas belajar dan memudahkan kita untuk meneruskan sesi seterusnya nanti. Which is by that time anak tu dah tak sabar nak belajar lagi dan lagi dan lagi ☺️☺️☺️ hoooreeeyyyy!!!!
Belajar Membaca sungguh seronok untuk kanak kanak ! 😍😍
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Home Tuition & Guru Quran di Rumah | Kesibukan anak-anak seperti sekolah dari pagi hingga petang setiap hari, kemudian sabtu nya ada kokurikulum menyebabkan mereka cepat letih & tidak fokus dalam pembelajaran di sekolah. Tuisyen adalah pilihan ibubapa supaya anak-anak tidak ketinggalan dalam pembelajaran lagi-lagi apabila berada pada tahun peperiksaan. Tetapi tuisyen konvensional memerlukan anak-anak ini datang ke pusat tuisyen dan belajar. Ini memakan masa & juga tenaga. Pilihan paling tepat adalah home tuition. Walau bagaimanapun, sukar untuk mencari home tuisyen yang berdaftar & dipercayai.
Home Tuition & Guru Quran di Rumah |
HCube Home Tuisyen - Home Tuition & Guru Quran Yang Berdaftar
Lambakan iklan home tuisyen & guru quran ada dimana-mana. Tetapi sebagai ibubapa anda perlu memastikan supaya guru tuisyen atau tutor yang anda hire mestilah berdaftar supaya dapat mengelakkan pelbagai masalah di kemudian hari. HCube Home Tuisyen merupakan agensi berdaftar yang menyediakan tutor & guru quran berkualiti untuk para ibubapa yang memerlukan pengajar atau cikgu datang ke rumah.
Antara guru tuisyen & pelajar di HCube Home Tuisyen |
|
Kelebihan HCube Home Tuisyen
>> Lebih mudah, selesa & selamat
>> Guru yang bertauliah
>> Ibu bapa dapat melihat sendiri anak mereka belajar di depan mata
>> Waktu yang fleksible dimana mengikut masa yang dipilih oleh ibu bapa
|
|
Home Tuition & Guru Quran di Rumah kawasan KL, Selangor, Pulau Pinang & Johor
Berita baik buat warga Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang & Johor, HCube Home Tuisyen meliputi kawasan-kawasan tersebut. Hubungi sahaja mereka & private tutor akan terus ke rumah anda.
|
Ada ramai ibubapa & pelajar yang berpuas hati dengan khidmat home tuisyen & guru quran dari HCube Home Tuisyen ini. Anda boleh lihat beberapa review dari ibubapa & pelajar yang telah berjaya beroleh kejayaan hasil bimbingan dari guru tuisyen HCube.
6A dalam UPSR |
A untuk matapelajaran Bahasa Inggeris |
Berminat untuk mendaftar di HCube Home Tuisyen?
Berita baik buat warga Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang & Johor, anda boleh mendapatkan khidmat home tuisyen & guru quran di rumah hanya dengan mendaftar di lamanweb
<< www.hcubeeducation.com >>
Untuk sebarang promosi & maklumat terkini, lawati Facebook HCube & jangan lupa subcribe Youtube HCube untuk menonton video korporat HCube. Hanya tutor berkualiti di HCube hokay.
<< www.hcubeeducation.com >>
Untuk sebarang promosi & maklumat terkini, lawati Facebook HCube & jangan lupa subcribe Youtube HCube untuk menonton video korporat HCube. Hanya tutor berkualiti di HCube hokay.
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
Dimana nak beli wooden blackboard | Cuti sekolah ni CN menjadi surirumah sepenuh masa. Jadi dalam masa yang sama, CN juga menjadi cikgu sepenuh masa kepada anak bujang Irfan Hensem. Bila hendak mengajar anak sendiri ni, memang amat mencabar. Cepat betul darah naik ke kepala ! Lagi-lagi bila menulis dibuku, sampai lunyai buku tu dikerjakan. Jadi antara cara menarik untuk mengajar anak adalah dengan menggunakan wooden blackboard/whiteboard. Rasa seperti di sekolah bila guna benda ni. Irfan pun jadi seronok belajar.
Ada banyak kedai yang menjual 2 in 1 Wooden Blackboard/Whiteboard ini. Ada yang murah dan ada juga yang mahal. Antara yang menjual 2 in 1 Wooden Blackboard/Whiteboard murah dan berkualiti adalah di The Baby Store.
Apa yang menarik tentang 2 in 1 Wooden Blackboard/Whiteboard ini adalah :
>> Mudah dilipat untuk jimatkan ruang
>> Menarik dan berkualiti tinggi, dari papan kayu yang berkualiti
>> Tray putih mudah untuk dialihkan
>> Ringan- 1.7 kg sahaja
>> Papan hitam dan putih yang mudah untuk dibersihkan
Dan banyak lagi kelebihan lain pada harga yang sangat murah.
2 in 1 Wooden Blackboard/Whiteboard |
2 in 1 Wooden Blackboard/Whiteboard murah di The Baby Store
Ada banyak kedai yang menjual 2 in 1 Wooden Blackboard/Whiteboard ini. Ada yang murah dan ada juga yang mahal. Antara yang menjual 2 in 1 Wooden Blackboard/Whiteboard murah dan berkualiti adalah di The Baby Store.
Apa yang menarik tentang 2 in 1 Wooden Blackboard/Whiteboard ini adalah :
>> Mudah dilipat untuk jimatkan ruang
>> Menarik dan berkualiti tinggi, dari papan kayu yang berkualiti
>> Tray putih mudah untuk dialihkan
>> Ringan- 1.7 kg sahaja
>> Papan hitam dan putih yang mudah untuk dibersihkan
Dan banyak lagi kelebihan lain pada harga yang sangat murah.
2 in 1 Wooden Blackboard/Whiteboard |
Berminat untuk mendapatkan 2 in 1 Wooden Blackboard/Whiteboard ini?
CN cadangkan anda beli 2 in 1 Wooden Blackboard/Whiteboard ini di website The Baby Store. Beli melalui atas talian atau boleh COD di Shah Alam.
Kenapa CN sarankan beli melalui The Baby Store? Sebab The Baby Store adalah trusted online seller... website pun cantik. Tambahan pula setiap belian anda buat di website ini anda akan dapat mata ganjaran dimana anda boleh tebus pada belian seterusnya. Anda juga boleh tebus pada produk lain juga.
Sebelum terlupa, jika anda pengguna pertama. Setiap pendaftaran baru akan menerima 200 mata ganjaran. Anda boleh tebus pada belian pertama.
Klik Link ini ---> 2 in 1 Wooden Blackboard/Whiteboard
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Kenyalang I'm In Love OST | Sekarang drama bersiri Kenyalang I'm In Love sedang ditayangkan di TV3 setiap Sabtu & Ahad jam 7 malam. Pelakon utama adalah Hafeez Mikail & Ain Endruce. CN memang suka sangat lakonan mereka berdua ni, sweet je. Uniknya drama Kenyalang I'm In Love ini adalah dilakonkan di Sarawak dan menggunakan dielek Melayu-Sarawak serta Iban. Memang mengimbau kenangan CN belajar di UNIMAS dulu. Alhamdulillah, CN masih faham dialek Sarawak yang dituturkan dalam drama ini. OST drama ini juga best & sedap didengar. Jom layan lirik lagu Kenyalang I'm In Love ini.
Kenyalang I'm In Love OST |
Lirik Lagu Kenyalang I'm In Love
Penyanyi : Aepul Roza & Mimie Haris
( OST KENYALANG IM IN LOVE)
Kenyalang im in love
kenyalang im in love
indahnya cinta bila berdua
kekal kita bahagia
senyum dan tawamu
bermain di mata ku
entah kah bila kau kan terima
hasrat cinta ku ini
bukan ku tak mahu
tetapi ku malu
tuk menyatakan rasa hatiku
yang juga inginkan mu
akuuuuuuu
ingin menjagamu hingga hujung nafasku
setia bersamamu
akuuuuuuu jugaaaa
ingin menjaga mu
dengan seluruh jiwaku
untuk selamanya
kenyalang im in love
akuuuuu ingin menjagamu
hingga hujung nafasku
setia bersamamu
akuuu jugaaaaa
ingin menjagamu
dengan seluruh jiwaku
untuk selamanyaaaaaaaaaaaaa
akuuuuu ingin menjagamu
hingga hujung nafasku
setia bersamamu
akuuuu jugaaaaa
ingin menjagamu
dengan seluruh jiwaku
untuk selamanyaaaaaa
kenyalang im in love
kenyalang im in love
indahnya cinta bila berdua
kekal kita bahagia~
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~