Jangan suka-suka hati beli ubat tahan sakit tanpa pantauan | Zaman sekarang bukan sahaja produk sampah yang boleh rosakkan buah pinggang, malah ramai pulak yang sesuka hati beli ubat jenis Non-Steroidal Anti-Inflammatory Drugs (NSAIDs) seperti Ponstan (Mefenemic Acid), Voltaren (Diclofenac), Ibuprofen dan beberapa jenis lagi. Tolonglah jangan beli tanpa pantauan. Lagi-lagi untuk ibubapa yang sudah berumur. Risiko untuk mereka sangat tinggi. Ubat jenis ini boleh menyebabkan pendarahan dalaman melalui usus juga; selain daripada merosakkan buah pinggang.
Jangan suka-suka hati beli ubat tahan sakit tanpa pantauan |
Jangan suka-suka hati beli ubat tahan sakit tanpa pantauan
1. Selesaikan punca kesakitan tersebut. Jangan bergantung ubat kecuali di bawah pantauan Doktor Pakar.
2. Cuba guna ubat tahan sakit jenis lain dahulu sebelum guna ubatan jenis ini.
3. Beritahu Doktor anda dan boleh mereka pantau. Tak payah sorok-sorok yang anda beli ubat tempat lain.
4. Kalau ada penyakit kronik buah pinggang tolong beritahu yang anda ada masalah ini. Kalau makan juga, walaupun sebiji, fungsi buah pinggang boleh rosak habis. Masa itu, jangan tanya macamana nak pulihkan; sebab memang tak boleh.
Cegahlah sebelum terlambat.
Rafidah Abdullah
Pakar Perunding Buah Pinggang
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~