Ku bakal merinduimu...

December 16, 2013


Salam mesra..

Tajuk kemain lagi ! Bukan bakal merindui budak bambam yang aktif baru nak up ni, CN bakal merindui SMK ST. MARY ! Kenapa ? 2014 bakal menyaksikan kemasukan CIKGU yang omel lagi bergaya ke SMK Telok Panglima Garang. 

Jadi, pelbagai urusan perlu diselesaikan di sekola lama. CN bawaklah bibik 2 orang (adik CN si Kak Iz & Dek Yah) menjaga Irfan sementara CN menyiapkan beberapa urusan yang perlu diselesaikan. Dekat pejabat sekolah, CN boleh dengar suara Irfan duk jerit2 seronok bermain dekat kawasan skolah yang luas ni. Almaklumlah, takde orang, so suara bergema. Memang orang pejabat duk tanya la anak siapa duk menjerit2 ketawa tu, hemm..anak Cikgu Norazimah la tu ! malu..malu..

Haih ! 4 tahun tau CN kat SMK ST. MARY ni. Dari posting, sampai kwen dan dapat anak sorang. Dari gelaran Cik Azie kepada Puan Azie ! Pelbagai kenangan CN di sini, kalau tak kenangkan family, memang CN tetap dan berpencen kat skola ni ! Tapi apakah daya, keluarga tersayang di Kuala Langat, family first ! Jadi CN terpaksa meninggalkan SMK ST. MARY yang best & awesome !

Takmo la cerita banyak2, sedey lak tinggalkan tempat jatuh lagi dikenang ni. Meh ler layanz kerenah Irfan & bibik2 di SMK ST. MARY. 

Takde keje ! Bergambar di muzium sekolah, tu sebenarnya wallpaper gambo sekola lama sebelum SMK ST. MARY berpindah ke Taman Intan Baiduri. Bangunan kayu, sangat klasik kan?

Selfie..penuh kamera CN ngn gambo2 bebudak ni ! Haish !

Tu dia ! Muka penuh eksited & bersemangat waja untuk memanjat tangga mencari mama !

Irfan & Mak Uda di foyer. 

Kat foyer ni pon budak bambam ni boleh lari2 ! Seronok betul dia dpat pegi skola mama !

Irfan & Mak Uda. Apa2 jela budak2 ni.. (dah macam mak2 budak lak si Kak Iz ni..hehe)

Dek Yah perasan comey ! Dek Yah cakap apa tau pasal SMK ST. MARY ni, "Kak Azie, cantiklah skola akak, takde lukisan2 pon, nampak mewah ngn elegen ! " Wah ! skolah pon elegen yer? 

CN pon taknak kalah ! Mana aci dorang jer bergambo, ni la first time CN bergambo kat sini. Selalunya amik gambo bangunan jer untuk buat pamplet muzium skolah ! Hehe

Last but not least, tengah2 best bergambo, boleh pulak si kecik ni minta nenen ! Aduyai...


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

7 comments

  1. hahaha
    haus begambau la tu ..hehe :)

    ReplyDelete
  2. Syok jadi cikgu kan cikgu? Kalau rindu nanti dah ada masa pergi lah balik melawat. Great luck for your future!

    ReplyDelete
  3. sabar erk CN. mesti rasa nak tinggalkan. hu si kecik tu geram nengok !

    ReplyDelete
  4. assalam, sori lama tak ziarah CN, kekangan masa, dapat gi bbrpa blog je..anyway..selamat memulakan tugas di tempat baru, suasana baru, teman baru...

    ReplyDelete
  5. 4 tahun tu, byk kenangan kan.... mmg terasa syg, tapi klrga perlu juga diutamakan... moga tercipta kngan terindah plak di sekolah baru... :)

    ReplyDelete
  6. eh..laa...wallpaper je ke tu?mati2 ingt betul2..comel si bambam! :)

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.