Tahukah Anda ? Kod Negeri bagi Negeri Kelahiran

March 25, 2014

kod negeri bagi negeri kelahiran
Gambar hiasan dari Google

Salam mesra..

Musim cuti sekolah ni pasti ramai yang menghadiri majlis kenduri kahwin, tunang, cukur jambul dan pelbagai jenis kenduri. Kad jemputan melambak-lambak kat rumah sempena cuti sekolah ni. Tapi bukan isu kenduri yang CN nak kongsikan dengan pembaca tersayang tapi berkenaan dengan nombor kod negeri di dalam IC penduduk Malaysia. 

Kenapa pulak CN berminat nk berkongsi dalam entry kali ni? Ini kerana walaupun CN dilahirkan di Selangor, tapi nombor kod negeri CN berbeza dibandingkan dengan Encik Suami dan Irfan Bambam. Dorang pun dilahirkan di Selangor, tapi mempunyai nombor kod negeri yang sama. CN sorang je lain, tak pasal-pasal CN dipulaukan oleh mereka anak beranak. Tak aci betul ! hehehe


Jadi CN pun google la nombor kod negeri di website JPN. Rupa-rupanya setiap negeri ada pelbagai nombor kod juga, kiranya bukan satu jer. Meh kita tengok kod negeri masing-masing. Ada tak ? Kalau tak ada tu sure bukan lahir kat Malaysia..kan2?

Senarai Kod Negeri Bagi Negeri Kelahiran

Johor : 01 , 21 , 22 , 23 , 24

Kedah : 02 , 25 , 26 , 27

Kelantan : 03 , 28 , 29

Melaka : 04 , 30

Negeri Sembilan : 05 , 31 , 59

Pahang : 06 , 32 , 33

Pulau Pinang : 07 , 34 , 35

Perak : 08 , 36 , 37 , 38 , 39

Perlis : 09 , 40

Selangor : 10 , 41 , 42 , 43 , 44

Terengganu : 11 , 45 , 46

Sabah : 12 , 47 , 48 , 49

Sarawak : 13 , 50 , 51 , 52 , 53

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur : 14 , 54 ,  55 , 56 , 57

Wilayah Persekutuan Labuan : 15 , 58

Wilayah Persekutuan Putrajaya : 16

Negeri Tidak Diketahui : 82


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~


You Might Also Like

6 comments

  1. Ada yang tahu ada yang tidak. Terima kasih CN.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum CN. ekk nombor 82 tu apa? hee sheila 01... singgah menabung SG airlines ~~~

    ReplyDelete
  3. lohhh byk no. rupanya bagi setiap negeri
    baru iols tau
    hehe

    ReplyDelete
  4. cikgu mmg kna tahu.. dapat trace negeri kelahiran pljar nnt... nice sharing CN...

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.