PT3 Geografi 2014 : Bahan Grafik

July 03, 2014


PT3 Geografi 2014 : Bahan Grafik

Bahan grafik merupakan bahagian yang paling mudah untuk mendapatkan markah penuh iaitu 10 markah. Pelajar hanya perlu menyediakan sekurang-kurangnya satu bahan grafik yang mempunyai tajuk, idea utama dan maklumat. Perlu diingat, bahan grafik mestilah dimasukkan di dalam bahagian proses akhir iaitu di antara konsep, faktor, kesan dan langkah mengatasi. Berikut merupakan cadangan untuk bahan grafik sebagai panduan kepada pelajar. 


1. Peta Minda : Pelajar boleh membuat peta minda berkaitan dengan punca-punca pencemaran udara. Pastikan peta minda mempunyai tajuk, idea & maklumat yang berkaitan. 

2. Jadual : Jadual boleh dibina daripada sumber borang soal selidik. Jika anda membuat jadual sebagai bahan grafik, pastikan di bawah jadual anda telah menyatakan perkara ini iaitu Sumber : Borang soal selidik.

3. Graf : Graf tak perlu disertakan bersama-sama jadual seperti folio geografi sebelum ini. Jika anda berminat untuk meletakkan graf sebagai bahan grafik, graf anda mestilah mempunyai tajuk dan mesti labelkan untuk setiap bahagian. 


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~


Lazada Malaysia

You Might Also Like

8 comments

  1. peta minda oh peta minda...mind mapping oh mind mapping....

    ReplyDelete
  2. terima kasih CN, anak ana banyak dapat info di sini,kembali ke sini dan following 766

    ReplyDelete
  3. peta minda lbih umum dr peta i-think kn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul dear,tak perlu berithink sgt utk folio ni,pgsan nk menanda nnti..hehe

      Delete
  4. ckgu~ grafik ni nk wat guna komputer ke tulis?

    ReplyDelete
  5. ckgu~ grafik ni nk wat guna komputer ke tulis?

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.