Contoh Surat Jemputan Sebagai Perasmi

February 08, 2015


Contoh Surat Jemputan Sebagai Perasmi

Sebagai Setiausaha PIBG, pelbagai surat perlu dibuat. Sempena Mesyuarat Agung PIBG yang akan diadakan pada hujung bulan ni, CN sukacita berkongsi dengan anda Contoh Surat Jemputan Sebagai Perasmi untuk Mesyuarat Agung tersebut. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda. 

- letterhead PIBG sekolah - 


Ruj.Kami.SMKTPG.PIBG.2015-100-7/1/7/3
Tarikh : 5 Februari 2015.


Kepada :

YB Dato’ Seri Idris Bin Jusoh
Pejabat Menteri Pendidikan II
Aras 18, No. 2, Menara P5/6, Presint 5
62200 W.P. Putrajaya


Y. Bhg. Dato‘ Seri,

PERASMIAN MAJLIS PENUTUP MESYUARAT AGUNG PIBG KE-35

Saya dengan hormatnya merujuk perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Panglima Garang akan mengadakan Mesyuarat Agung PIBG dan majlis penutup adalah seperti butiran berikut :

            Tarikh  : 28 Februari 2015
            Hari     : Sabtu
            Masa    : 11.00 pagi
            Tempat : Dewan Sri Panglima, SMK Telok Panglima Garang

3.         Sehubungan itu, PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Panglima Garang dengan berbesar hati ingin menjemput Y. Bhg. Dato‘ Seri untuk merasmikan Majlis Penutup Mesyuarat Agung pada jam 11.00 pagi.


Kerjasama Y. Bhg. Dato‘ Seri didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.



Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya Yang Menurut Perintah


………………………………….
( Ir. Hj. Shahrul Nizam Bin Md Radzi)
Pengerusi Kehormat PIBG SMKTPG



 
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~


You Might Also Like

1 comments

  1. surat rasmi paling senang nak buat.. time skolah dulu kalo kena buat surat rasmi lompat2 suka hehe..
    tapi kalo salah format adus naya
    Siti Yang Menaip

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.