Contoh Surat Memohon Sumbangan

February 10, 2015


Contoh Surat Memohon Sumbangan LCD Projektor

Sebagai Setiausaha PIBG, sememangnya pelbagai surat yang perlu dibuat. Ini merupakan contoh surat memohon sumbangan LCD Projektor kepada pihak swasta. Semoga bermanfaat untuk semua. 


- Letterhead PIBG -

Ruj.Kami.SMKTPG.PIBG.2014-1(  ).
Tarikh : 26 September 2014.


Kepada :

Pihak Yang Berkenaan,



Tuan/puan,

MEMOHON SUMBANGAN LCD PROJEKTOR

Merujuk perkara di atas, pihak sekolah memohon jasa baik pihak Datuk/Datin/Tuan/Puan untuk menyumbang LCD projektor kepada pihak kami.

2.         Untuk makluman pihak Datuk/Datin/Tuan/Puan, LCD projektor ini akan digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran pelajar-pelajar di SMK Telok Panglima Garang.

3.         Sumbangan Datuk/Datin/Tuan/Puan boleh dialamatkan kepada PIBG SMK Telok Panglima Garang. No. Akaun CIMB Bank 12310004713058.

4.         Segala jasa baik dan keperihatinan pihak tuan diucapkan terima kasih.


Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya Yang Menurut Perintah


………………………………….
( Ir. Hj. Shahrul Nizam Bin Md Radzi)
Pengerusi Kehormat PIBG SMKTPG




~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

3 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.