Resepi Berpantang : Bawal Stim Lada Hitam

September 10, 2015

Resepi Bawal Stim Lada Hitam


Kelab Ibu Ohsem ada berkongsi pelbagai resepi berpantang yang nampak sedap dan menggoda. Seperti biasa, sebab takut hilang resepi yang ohsem ini, CN kongsikan di dalam blog untuk tatapan diri sendiri selepas ini dan juga sebagai panduan kepada bakal-bakal ibu yang akan berpantang nanti mencari resepi menarik yang boleh dicuba.

Bawal Stim Lada Hitam


Bahan-bahan bawal stim lada hitam :


Ikan bawal - seekor dan dikelar
Sesudu besar sos tiram
Sesudu teh lada hitam ditumbuk
Garam
Setengah inci halia dihiris
Seulas bawang putih dihiris
Sedikit hirisan bawang kuning Holland
Sedikit hirisan daun sup dan daun bawang

Cara memasak bawal stim lada hitam:



Gaulkan semua bahan dan lumurkan ikan.dengan bahan-bahan. Masukkan bahan-bahan ke dalam bekas untuk mengukus. Kukus ikan sehingga masak dan hidangkan.



~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

8 comments

  1. teringat masa berpantang...letak ikan haruan sedap dah

    ReplyDelete
  2. haiiii sedap pulak tgk makanan org berpantang

    ReplyDelete
  3. Nice sharing.. Tapi bawal ni ada dua jenis.. Satu jenis tu tak boleh makan masa pntang.. Bisa dan gatal.

    ReplyDelete
  4. mudah ni.
    and sedap.
    nasi panas-panas :)
    memang nyaman jer badan yg sedang berpantang, kan?

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. suka makanan orang berpantang...nak2 mak SA yag masak

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.