Muat naik gambar anak undang jenayah pedofilia

June 03, 2016

Semenjak dua tiga hari ini, kecoh berita tentang Richard Huckle yang telah melakukan jenayah pedofilia. Tahukah anda apa itu pedofilia?

Pedofilia ialah sejenis gangguan psikologi di mana individu dewasa tertarik secara seksual kepada kanak-kanak yang belum baligh. Orang yang mempunyai pedofilia melakukan seks dengan kanak-kanak atau menggunakan kanak-kanak untuk seks. Ini juga boleh dipanggil penderaan seks kanak-kanak. Sesetengah orang mempunyai perasaan pedofilia tetapi tidak melakukan seks atau mendera kanak-kanak secara seksual. 

pedofilia, jenayah pedofilia
RICHARD Huckle mencabul dan melakukan penderaan seks ke atas lebih 200 kanak-kanak di negara ini.

Menurut seorang pakar psikologi, Dr Meriam Omar, memuat naik gambar anak di media sosial boleh mengundang bahaya kerana adanya golongan yang mempunyai pedofilia. 

Haish ! Macam-macam jenayah ada sekarang ini. Dah la parenting blogger macam CN ni memang suka upload gambar anak dekat media sosial. Bukannya apa, gambar lagi selamat disimpan di media sosial berbanding di henfon/lappy. CN pernah hilang lappy dulu, habis gambar2 dekat universiti hilang tau. Mujur ada gambar yang diupload di media sosial, itulah penyelamat. 


Elakkan upload gambar kanak-kanak yang 'seksi'


Cuma bila nak upload gambar anak-anak, CN akan elakkan gambo anak yang seksi dan tidak senonoh. Almaklumlah, kita tidak tahu siapa yang ada pedofilia ini. Mungkin kawan-kawan sekitar kita dan mungkin saudara mara kita. 

Lebih baik mencegah dari mengubati. Tidak salah rasanya upload gambar anak-anak di media sosial, cuma elakkan upload gambar anak-anak yang seksi kerana pandangan golongan pedofilia terhadap gambar kanak-kanak seksi itu adalah 'hot' dan bukannya comel. 



~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

1 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.