Cara mudah mendapatkan sijil dengan EPSA

February 27, 2017

EPSA adalah sistem pembelajaran secara online untuk pekerja sektor awam secara PERCUMA di mana-mana sahaja. Bahan pembelajaran EPSA ini adalah dalam bentuk multimedia yang menarik yang bukan sahaja boleh diakses menggunakan komputer, malah anda juga boleh mengakses lamanweb EPSA ini menggunakan smartphone. Paling penting anda akan diberikan sijil jika berjaya menamatkan kursus dalam tempoh masa yang ditetapkan. Menarik bukan?

epsa, kursus online percuma,e-pembelajaran sektor awam, kursus online epsa
Kursus online EPSA


Jika anda pertama kali mengakses EPSA ini, pastikan anda mendaftar menggunakan email rasmi seperti email YES supaya anda tidak diminta untuk sertakan surat pengesahan majikan. 

Baiklah, disini CN kongsikan cara-cara untuk mendapatkan sijil dengan EPSA. 

E-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA)


1. Buka lamanweb rasmi EPSA >> http://epsa.gov.my/

Log Masuk : No. IC
Password : eps@(6 nombor ic belakang)

epsa, kursus online percuma,e-pembelajaran sektor awam, kursus online epsa

2. Gambar di bawah merupakan interface setelah anda log masuk. Untuk bahagian Profil Saya, masukkan gambar anda yang awesome tu sebagai pemangkin untuk kerap log in ! Hehehe..

3. Okay, sekarang lihat di kiri anda terdapat menu Dashboard, myELearning, Katalog Kursus, Kursus Komuniti & Sijil. Klik Katalog Kursus untuk mendaftar kursus. 

epsa, kursus online percuma,e-pembelajaran sektor awam, kursus online epsa

4. Terdapat pelbagai kategori kursus yang ditawarkan oleh EPSA. Anda cuma pilih kursus mana yang berkenan di hati. Macam CN sudah tentu akan pilih kursus berkaitan dengan ICT dan pembangunan kendiri

Untuk kategori pembangunan kendiri ni, ada pelbagai jenis kursus yang menarik seperti pengurusan emosi, pengurusan masa, pengurusan stress, personaliti dan pekerjaan serta pelbagai lagi kursus yang menarik. 

epsa, kursus online percuma,e-pembelajaran sektor awam, kursus online epsa

5. Okay, kali ini CN memilih kursus >> Pengenalan Asas Juruteknik Komputer. Apabila anda klik kursus tersebut, akan keluar popup seperti gambar di bawah. Klik butang yang berwarna hijau >> Daftar. 

epsa, kursus online percuma,e-pembelajaran sektor awam, kursus online epsa

6. Setelah itu, akan keluar >> Operasi berjaya. Kemudian klik >> Masuk Kursus

epsa, kursus online percuma,e-pembelajaran sektor awam, kursus online epsa

7. Masa minimum untuk kursus Pengenalan Asas Juruteknik Komputer adalah 0.5 jam atau 30 minit. Bermaksud anda perlu menjalani kursus ini minimum adalah 30 minit. Jika anda tercepat, atau masa kurang dari 30 minit, maka anda perlu belajar semula. 

Tips : Disebabkan CN biasanya ambil masa sekejab je untuk kursus, jadi biar je tab untuk EPSA ini terbuka sambil layan facebook atau update entry ! Hehehe..

epsa, kursus online percuma,e-pembelajaran sektor awam, kursus online epsa

8. Klik >> Bahan kursus untuk mulakan pembelajaran anda. Disini terdapat 3 bahagian yang perlu anda selesaikan iaitu Asas Juruteknik Komputer, Assessment (10 soalan) dan Penilaian Kursus EPSA. 

epsa, kursus online percuma,e-pembelajaran sektor awam, kursus online epsa

9. Petanda aras jika anda sudah tamat kursus adalah simbol berwarna hijau penuh yang bermaksud selesai. Selagi anda tidak mendapat simbol selesai, maka anda perlu mengulang kembali kursus tersebut sehingga selesai. 

epsa, kursus online percuma,e-pembelajaran sektor awam, kursus online epsa

10. Okay, jika keluar simbol hitam penuh yang bermaksud selesai atau pun keluar garisan panjang hijau yang menyatakan 3 daripada 3 selesai. Itu bermaksud anda telah berjaya menamatkan kursus. Pastikan jumlah masa adalah sama atau lebih dari masa minimum. 

epsa, kursus online percuma,e-pembelajaran sektor awam, kursus online epsa

Cara mendapatkan sijil EPSA setelah tamat kursus


Setelah menamatkan kursus pilihan anda, kini anda boleh mendapatkan sijil untuk disimpan di dalam fail peribadi anda. Oh ya, jangan lupa untuk update kursus anda di >> SPLKPM >> sebagai salah satu Pembelajaran Kendiri(PK) untuk anda yang berkhidmat di bawah KPM. Kursus ini dikira sebagai salah satu aktiviti LDP anda. Best kan? 

Untuk mendapatkan sijil EPSA, klik >> Sijil di menu bahagian kiri untuk menjana sijil. Kemudian klik > Jana Sijil dan >> Muat Turun Sijil. 

epsa, kursus online percuma,e-pembelajaran sektor awam, kursus online epsa

Taraa! SURAT TAMAT KURSUS EPSA ataupun senang cakap sijil sebagai bahan bukti anda telah menjalankan pembelajaran kendiri. Cantik kan sijil ni?

epsa, kursus online percuma,e-pembelajaran sektor awam, kursus online epsa
Sijil tamat kursus EPSA


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

3 comments

  1. Memang senang cikgu dan dulu saya selalu ambik kursus online tapi sekarang dah tak boleh sebab kena ada pemantau/pengawas untuk lihat dan pantau kursus yang kita ambik..

    ReplyDelete
  2. Terbaik. Perkongsian yang bermanfaat bagi saya guru baharu.

    ReplyDelete
  3. trma kasih bnyk di atas prkongsian CN..

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.