Family day out di Lajeune eLounge

May 08, 2017

Minggu lepas CN berkesempatan membawa ibu, ayah serta adik-adik yang datang dari Perak membuat rawatan kesihatan di Lajeune eLounge. Rawatan kesihatan di Lajeune eLounge ini berkonsepkan spa. Memang santai, sambil duduk di kerusi rawatan sambil berborak-borak dan menonton tv. Apa yang menarik di Lajeune eLounge ini adalah, mereka menggunakan teknologi Energy Field Therapy iaitu rawatan alternatif dalam penjagaan kesihatan yang lebih selamat dan natural. 


Lajeune eLounge, terapi kesihatan, pulsating electrostatic field therapy, teknologi PESF, eEyeGym
CN bersama keluarga tersayang berfamily out day di Lajeune eLounge

Terapi kesihatan yang terdapat di Lajeune eLounge


1. PESF (Pulsating Electrostatic Field Therapy)


Rawatan PESF ini sangat mudah. Anda hanya perlu duduk atau berbaring untuk tempoh masa minimum sejam dan maksimum 2 jam untuk sehari di kerusi rawatan PESF. Paling menarik, apabila anda duduk di kerusi rawatan ini, anda tidak boleh memegang orang lain. Kenapa? Apabila anda memegang orang lain, renjatan elektrik akan berlaku di tempat yang tersentuh. Ala-ala terkena renjatan elektrik tu! Irfan Hensem sampai awesome tau. 

2. Terapi Kecantikan
Terapi kecantikan dengan teknologi PESF ini berkesan untuk mencerah dan memutihkan kulit, menghilangkan garis halus dan jerawat serta pelbagai masalah lain pada muka. Encik Suami eksited membuat terapi kecantikan ini yang berdurasi selama sejam. Sampai tertido siap berdekur tau Encik Suami semasa membuat terapi kecantikan ini. 

3. Terapi Mata
Terapi mata menggunakan alat eEyeGym seperti yang dipakai oleh Irfan Hensem ni. CN sendiri dah cuba terapi mata ini. Cuma 10 minit sahaja untuk terapi ini. Paling menarik, jika anda konsisten membuat terapi mata ini, ia mampu merawat masalah mata seperti rabun, mata malas, silau serta katarak. 

Lajeune eLounge, terapi kesihatan, pulsating electrostatic field therapy, teknologi PESF, eEyeGym
Irfan Hensem mencuba alat eEyeGym dan dirasakannya seperti ironman ! Hehehe

4.  Terapi Melegakan Kesihatan
Terapi melegakan kesihatan ini sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai penyakit kritikal seperti kanser. Ia merupakan rawatan alternatif yang dapat melegakan kesakitan pembedahan yang terbukti berkesan dan semulajadi. 

Ingin mencuba terapi di Lajuene eLounge ini? 


Boleh terus ke Lajuene eLounge yang terletak di Shah Alam : 


Alamat  : No 2, Jln Selasih K U12/K Taman Cahaya Alam, 40170 Shah Alam, Selangor.
Website : www.lajeune.com.my
Tel.         : 011-50015688
Fb          : https://www.facebook.com/LajeuneElounge/


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

2 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.