Hadiah RM47K dalam Hour of Code untuk Sekolah

November 01, 2017

Rebut hadiah wang tunai sehingga RM47K dengan menyertai kempen Hour Of Code yang bermula dari 30 Oktober 2017 sehingga 12 November 2017. Kempen Hour Of Code ini adalah salah satu komponen strategik di bawah pelaksanaan #mydigitalmaker Movement dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah CN juga turut menyertai kempen Hour Of Code ini kerana sijilnya diiktiraf diperingkat antarabangsa tau. 

Kempen Hour of Code



hour of code, program hour of code, kempen hour of code, mydigitalmaker, asas pengaturcaraan, sains komputer
Kempen Hour Of Code



Sasaran program ini adalah semua pelajar seluruh Malaysia dan borang boleh diperolehi di laman web KPM mulai hari ini.
Hour of Code merupakan program kesedaran terhadap program pengkodan dan pengaturcaraan sains komputer. Program ini selari dengan perlaksanaan KSSR Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK) Semakan dan KSSM baru subjek Asas Sains Komputer (ASK).
Langkah Pertama :
  1. Daftar sekolah anda melalui google form di laman web KPM www.moe.gov.my
  2. Muat turun manual perlaksanaan Hour of Code (HOC) dan ikuti dengan teliti panduan yang diberikan.
  3. Setelah selesai muat turun borang perakuan penyertaan di portal KPM lengkapkan dan muat naik Dokumentasi Laporan Aktiviti melalui google form yang disediakan.


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

4 comments

  1. http://terbarudaripelangi.blogspot.com/2017/11/angsa-hingga-paus-hewan-peliharaan-unik.html

    ReplyDelete
  2. http://terbarudaripelangi.blogspot.com/2017/11/angsa-hingga-paus-hewan-peliharaan-unik.html

    ReplyDelete
  3. Sekarang ni semuanya secara online..

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.