McDonald’s Malaysia menyumbang mesej pencegahan COVID-19 di sekolah

September 11, 2020

Program #KitaJagaKita McDonalds | McDonald’s Malaysia dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor & Wilayah Persekutuan berganding bahu melalui Program #KitaJagaKita bagi menyebarkan mesej pencegahan COVID-19. Program ini mendekati lebih 35,000 murid, melibatkan 30 sekolah terpilih sekitar Lembah Klang yang berhampiran dengan restoran McDonald’s.

mcdonalds malaysia, program #kitajagakita mcdonalds malaysia,
Majlis pelancaran program #KitaJagaKita telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Keramat Wangsa, Kuala Lumpur. Program #KitaJagaKita mendekati lebih 35,000 murid di 30 sekolah terpilih sekitar lembah Klang. 


Program #KitaJagaKita McDonalds dekati lebih 35,000 murid sekitar Lembah Klang



Majlis pelancaran program #KitaJagaKita yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Keramat Wangsa, Kuala Lumpur itu menyaksikan McDonald’s Malaysia menyumbang lebih 1,000 mesej pencegahan COVID-19 untuk diletakkan di persekitaran sekolah-sekolah ini. Mesej-mesej yang disumbangkan adalah dalam bentuk poster, papan tanda, dan juga pelekat yang bertujuan memberi kesedaran tentang langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil bagi mencegah penularan COVID-19.

mcdonalds malaysia, program #kitajagakita mcdonalds malaysia,
(kanan) Mustafa Kamal bin Musa, Pengetua, SMK Keramat Wangsa, Kuala Lumpur ketika menyerahkan Sijil Penghargaan kepada (kiri) Shamsidar Yahya, Pengarah Komunikasi Korporat, McDonald’s Malaysia atas sumbangan mesej-mesej pencegahan COVID-19 oleh McDonald's Malaysia.  

“Inisiatif yang dilaksanakan ini merupakan cara kami memberi sokongan terhadap usaha berterusan kerajaan menangani penularan COVID-19. Sebagai sebuah syarikat terkemuka, kami ingin memberi impak positif kepada masyarakat di sekitar lokasi operasi kami, terutama ketika kita masih berada dalam saat sukar dengan pandemik ini yang masih berleluasa. Semoga sumbangan mesej-mesej ini di sekolah mampu meningkatkan semangat #KitaJagaKita di kalangan murid, guru, ibu bapa dan pihak pengurusan sekolah agar saling prihatin dan mengambil berat antara satu sama lain. Sama-samalah kita beringat dan memastikan diri dan persekitaran kita sentiasa selamat daripada jangkitan wabak ini,” kata Hajjah Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia.


mcdonalds malaysia, program #kitajagakita mcdonalds malaysia,
(kanan) Mustafa Kamal bin Musa, Pengetua, SMK Keramat Wangsa, Kuala Lumpur ketika menyerahkan Sijil Penghargaan kepada (kiri) Shamsidar Yahya, Pengarah Komunikasi Korporat, McDonald’s Malaysia atas sumbangan mesej-mesej pencegahan COVID-19 oleh McDonald's Malaysia.  

“Pihak sekolah sangat menghargai sumbangan yang dilaksanakan oleh McDonald’s Malaysia. Ini merupakan satu penambahbaikan yang cukup penting bagi kami, terutamanya bagi mendidik dan mengingatkan murid tentang kepentingan amalan keselamatan COVID-19. Besar harapan saya agar mesej yang disumbangkan ini dapat diikuti oleh semua murid,” kata Mustafa Kamal bin Musa, Pengetua, SMK Keramat Wangsa, Kuala Lumpur.


mcdonalds malaysia, program #kitajagakita mcdonalds malaysia,
Antara mesej pencegahan COVID-19 yang diletakkan di persekitaran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Keramat Wangsa, Kuala Lumpur. Mesej-mesej yang disumbangkan dalam bentuk poster, papan tanda dan pelekat ini bertujuan memberi peringatan tentang langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil bagi mencegah penularan COVID-19.

Selain mengenengahkan pentingnya mendengar arahan guru, mesej pencegahan yang disumbangkan McDonald’s Malaysia kepada sekolah-sekolah ini turut menekankan amalan penjarakan sosial, pembersihan tangan, pemakaian pelitup muka dan pemeriksaan suhu badan. Mesej-mesej pencegahan COVID-19 yang ditaja oleh McDonald’s Malaysia ini akan mula diletakkan secara berperingkat bermula bulan Ogos sehingga September ini.

mcdonalds malaysia, program #kitajagakita mcdonalds malaysia,
Antara mesej pencegahan COVID-19 yang diletakkan di persekitaran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Keramat Wangsa, Kuala Lumpur. Mesej-mesej yang disumbangkan dalam bentuk poster, papan tanda dan pelekat ini bertujuan memberi peringatan tentang langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil bagi mencegah penularan COVID-19.


“Sumbangan mesej-mesej pencegahan COVID-19 ini secara langsung membolehkan kami sebagai ibu bapa menarik nafas lega, memandangkan ia dipaparkan secara jelas di sekitar kawasan sekolah.  Tidak dinafikan terdapat kerisauan setiap kali anak pergi ke sekolah. Mereka ini perlu sentiasa diingatkan, kadang-kadang apabila seronok berjumpa kawan-kawan, mereka boleh lupa apa yang kita pesan. Peranan guru di sekolah sangat penting untuk memantau langkah-langkah keselamatan yang ditetapkan,” kata Mejar Jeneral Dato' Ahmad Hadiatullah Maknun bin Haji Ridzuan (Bersara), Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, SMK Keramat Wangsa, Kuala Lumpur.

mcdonalds malaysia, program #kitajagakita mcdonalds malaysia,
Antara mesej pencegahan COVID-19 yang diletakkan di persekitaran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Keramat Wangsa, Kuala Lumpur. Mesej-mesej yang disumbangkan dalam bentuk poster, papan tanda dan pelekat ini bertujuan memberi peringatan tentang langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil bagi mencegah penularan COVID-19.


Sebagai seorang guru, CN turut berasa teruja dengan inisiatif dari McDonalds ini. Ini kerana tempoh PKPP telah dilanjutkan sehingga hujung tahun ini. Program seperti ini amat diperlukan untuk sekolah supaya pelajar dapat sentiasa diingatkan tentang pencegahan COVID-19 ini.

Tahniah di atas usaha murni ini! 😍


mcdonalds malaysia, program #kitajagakita mcdonalds malaysia,
Antara mesej pencegahan COVID-19 yang diletakkan di persekitaran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Keramat Wangsa, Kuala Lumpur. Mesej-mesej yang disumbangkan dalam bentuk poster, papan tanda dan pelekat ini bertujuan memberi peringatan tentang langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil bagi mencegah penularan COVID-19.



#KitaBoleh #JagaJarakFizikal #TerimaKasihMekdi #TerimaKasihMcDonalds

~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~

You Might Also Like

0 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.