Resepi Sagu Gula Melaka

December 15, 2020

Resepi Sagu Gula Melaka | Hidangan minum petang yang paling mudah & sudah tentu paling sedap, sagu gula melaka. Sedapnya dimakan sejuk-sejuk tau. Jom tengok bagaimana cara membuat sagu gula melaka yang sangat mudah ini. Cara CN ni memang sangat mudah sesuai untuk wanita bekerjaya yang sentiasa sibuk tapi ingin memberikan yang terbaik untuk keluarga gituw. Okay, teruskan membaca ya. 


sagu gula melaka, resepi sagu gula melaka, cara membuat sagu gula melaka, sagu berkuah,
Sagu Gula Melaka, enak dimakan sejuk-sejuk


Resepi Sagu Gula Melaka Bersama Susu Sejat Penuh Krim Ideal


Sagu gula melaka ni boleh dimakan bersama santan atau cara moden sekarang ni dimakan bersama susu sejat. Tips nak bagi rasa lagi lemak berkrim, kena lah letak susu sejat penuh krim jenama Ideal. Rasa lagi umph tau!


Cara-cara Membuat Sagu Gula Melaka


Bahan Sagu :

1 cawan sagu (dibilas dengan air dan toskan)

3 cawan air

5 titis pewarna sirap ros

Cara penyediaan: 

- Didihkan air, masukkan pewarna sirap ros dan sagu. Masak dalam api perlahan dan sentiasa dikacau hingga sagu menjadi kembang dan hilang semua putihnya. 

- Kemudian tapiskan sagu untuk hilangkan kanji supaya sagu nampak cantik dan tidak melekat. Sejukkan dalam loyang.


Bahan Gula Melaka :

1 ketul gula melaka 

1 cawan air

1 helai daun pandan disimpul

Cara penyediaan: 

- Masak semuanya dalam api perlahan hingga gula melaka cair sepenuhnya dan menjadi pekat. Sejukkan.


Bahan Lain :

1 tin susu sejat penuh krim jenama Ideal

Cara penyediaan: 

1. Sendukkan sedikit sagu ke dalam mangkuk atau gelas.

2. Tuang gula melaka yang pekat. Kalau suka rasa yang manis, boleh letak banyak.

3. Tuang susu sejat penuh krim jenama Ideal perlahan-lahan.

4. Sejukkan dalam peti ais dan boleh dimakan


sagu gula melaka, resepi sagu gula melaka, cara membuat sagu gula melaka, sagu berkuah,
Sagu Gula Melaka


Siap sudah sagu gula melaka! Mudah bukan? Bahan-bahannya pun tak banyak. Kalau CN lebih suka letak sagu dalam bekas kecil, letak siap-siap susu & gula dan dimasukkan ke dalam peti ais. Nak makan, ambil sahaja bekas tersebut. 


Anak-anak pun senang nak makan. Tak ada lah kes susu dan gula tumpah gituw. Anak suka, mama bahagia! 


Selamat mencuba! Jangan lupa tag CN di instagram atau facebook jika masakan anda menjadi ye. 


~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~


You Might Also Like

2 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.