5 tempat menarik di Kuala Lumpur untuk percutian keluarga

November 22, 2021

Tempat menarik di Kuala Lumpur untuk percutian keluarga | Cuti sekolah tidak lama lagi. CN percaya pasti ramai di kalangan anda yang merancang percutian bersama keluarga. Jika anda suka kan percutian di bandar, apa kata cipta kelainan dengan bercuti ke Kuala Lumpur. Ada banyak tempat menarik di Kuala Lumpur tau. Memang satu pengalaman yang indah jika bersama anak-anak. 

Sebenarnya ada banyak tempat best di Kuala Lumpur ini, cuma dalam artikel ini CN berkongsi 5 tempat sahaja. Mungkin artikel lain CN akan berkongsi lagi tentang tempat menarik lain pula di sekitar Kuala Lumpur ye. 


hotel promo, hotel in kuala lumpur, tempat menarik di kuala lumpur, tempat percutian di kuala lumpur, frim, aquaria klcc, zoo negara, petrosains
5 tempat menarik di Kuala Lumpur untuk percutian keluarga


5 Tempat Menarik di Kuala Lumpur 


1. Zoo Negara

: Sebut sahaja Zoo Negara, mesti CN akan teringat filem P. Ramlee, Masam Masam Manis. Dating dekat Zoo Negara tau! Jadi, bukan sahaja sesuai bawa anak-anak ke sana, pasangan yang tengah honeymoon pun sesuai hokay. Jalan-jalan tengok binatang sambil berpegangan tangan gituw. So sweet. Selain itu, tarikan utama  ke Zoo Negara sudah tentu adalah pasangan panda yang sangat comel! CN percaya anak-anak anda pasti teruja berada di Zoo Negara tau. 

Harga tiket: 
Kanak-kanak : RM18
Dewasa : RM45
Warga emas : RM23

2. Tugu Negara

: Apa kata terap kan semangat cintakan negara pada anak-anak dengan membawa mereka ke Tugu Negara atau National Monument. Di sana ada banyak tempat menarik untuk bergambar. Sangat sesuai untuk mereka yang suka upload gambar ke media sosial. 

Tugu Negara ini terletak bersebelahan dengan Taman Tasik. Kawasan hijau sekitarnya menyejukkan mata memandang. Selain Tugu Negara, ada banyak tempat menarik sekitarnya tau. Anda boleh membawa anak-anak ke Taman Burung KL (KL Bird's Park), Taman Rusa, Taman Rama-Rama dan Taman Bunga Raya & Orkid. Oh ya, tidak jauh dengan Tugu Negara ada Masjid Negara yang tersergam indah, Muzium Kesenian Islam, Memorial Tunku Abdul Rahman, Memorial Tun Abdul Razak, Memorial Tun Husein Onn dan Seri Perdana. 

Harga tiket:  Percuma

3. Petrosains Kuala Lumpur

: Petrosains, The Discovery Center Kuala Lumpur adalah pusat penemuan sains interaktif untuk kanak-kanak dan orang dewasa di mana anda boleh melihat, mendengar, menyentuh, bermain dan berinteraksi dengan pameran dan pemasangan. 

Apa yang ada di Petrosains dan apa yang boleh anda serta anak-anak lakukan bersama di sana?

Perjalanan anda dan anak-anak ke dunia Sains dan penemuan bermula sebaik sahaja anda memasuki lobi pintu masuk sehingga akhir. Terdapat banyak kawasan bertema yang akan anda temui. Tema futuristik memang menarik dengan pelbagai term kejuruteraan dan ada juga replika Formula 1 yang pasti mengujakan anak-anak. Geotime Diorama pula merupakan bahagian pameran kehidupan dinasour dan anda dapat melihat sendiri kejadian gempa bumi. Menarik kan?

Harga tiket: 
Kanak-kanak 2 tahun ke bawah : Percuma
Kanak-kanak 3 - 12 tahun : RM8
Dewasa 13 - 60 tahun : RM20
Warga emas 61 tahun ke atas : RM10

4. FRIM

: Jika anda suka hiking bersama anak-anak, apa kata bawa mereka ke FRIM yang terletak di Kepong. Bukan sahaja terasa damai apabila berada di tengah-tengah rimbunan kehijauan hutan, malah susunan lanskap perhutanan FRIM sangat mempersonakan. 

Jika anda bukan lah seorang yang gayat, apa kata cuba naik ke Jambatan Rimba (Forest Skywalk). Dari sini, anda boleh menyaksikan pelbagai flora dan fauna liar. Malah anda juga dapat melihat bangunan sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya dari menara peninjauan seperti KLCC, Menara KL, Menara Tun Razak Exchange dan Menara Telekom Malaysia. 

Harga tiket: 
Kanak-kanak/pelajar berpakaian seragam sekolah : Percuma
Pelajar 13 tahun ke atas & dewasa : RM1
Kereta sekali masuk : RM5

hotel promo, hotel in kuala lumpur, tempat menarik di kuala lumpur, tempat percutian di kuala lumpur, frim, aquaria klcc, zoo negara, petrosains
CN dan keluarga kecil di Aquaria KLCC 

5. Aquaria KLCC

: Aquaria KLCC adalah salah satu tempat yang mesti pergi. Berbaloi sangat ke sini. Memang best! CN pernah pergi pada tahun 2019 bersama-sama anak-anak. Sampai sekarang anak-anak masih teruja bercerita betapa seronoknya ke sana. Antara tarikan utama di sana adalah kita seolah-olah berada dalam akuarium bersama-sama hidupan air. Dapat tengok depan mata ikan pari yang besar dan ikan jerung. Memang best! Selain itu, anda juga boleh mencuba aktiviti 'diving with sharks' tau. Memang satu pengalaman yang sukar diperoleh di tempat lain. 

Harga tiket: 
Kanak-kanak : RM39
Dewasa : RM49
Warga emas : RM39


Sebenarnya ada banyak lagi tempat menarik di Kuala Lumpur yang sesuai untuk percutian keluarga. Sempena cuti sekolah yang bakal tiba, apa kata rancang percutian keluarga ke Kuala Lumpur. Lagi berbaloi menginap di hotel sebab sekarang ada banyak hotel promo tau. Untuk percutian keluarga, anda boleh memilih hotel in Kuala Lumpur yang berdekatan dengan tempat-tempat kunjungan pelancong ini. Lagi best pilih jarak yang dekat tanpa perlu menaiki kenderaan. Jalan kaki je, baru lah rasa seperti pelancong kan? Hehehe..


~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~

You Might Also Like

0 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.