Pentingnya pemakanan yang sihat untuk anak-anak

September 26, 2022

Pentingnya Pemakanan Yang Sihat Untuk Anak-Anak | Mempunyai anak-anak yang sihat & ceria sememangnya menjadi impian semua ibu bapa. Lagi-lagi pada musim sekarang ni, selain COVID-19, bermacam-macam jenis penyakit berjangkit yang menyerang anak-anak seperti influenza dan penyakit kaki tangan dan mulut (HFMD) yang merisaukan ibu bapa. 


Sebenarnya penyakit berjangkit ni mudah menyerang anak-anak yang mempunyai antibodi badan yang rendah. Maka, faktor pemakanan yang sihat penting untuk memastikan antibodi anak lebih kuat dan meningkat sesuai usianya. Anak yang sihat sememangnya akan mempunyai perkembangan yang positif dan ceria. Mereka akan ceria & seronok untuk belajar dan melakukan aktiviti. 


pemakanan sihat untuk anak-anak, eskayvie i-qids, booster untuk anak, anak meragam, makanan sihat untuk anak,
Pentingnya pemakanan yang sihat untuk anak-anak

Beberapa laporan daripada badan antarabangsa mengenai keperluan nutrisi sungguh membimbangkan. Berikut antara dapatan-dapatan kajian sahih:


"Laporan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mendapati 17.7% kanak-kanak dan remaja di Malaysia berumur antara 5 hingga 19 tahun mengalami masalah pertumbuhan terbantut."

 "Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) melaporkan kes kalangan kanak-kanak miskin bandar iaitu seramai 23% golongan itu mengalami masalah tumbesaran terbantut. Manakala 15% pula berdepan masalah kurang berat badan."

" Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan (NHMS) yang dijalankan oleh Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA) pula menyebut kanak-kanak yang tumbesarannya terbantut meningkat daripada 17% pada 2006 kepada 20.7% pada tahun 2016 iaitu kira-kira dua daripada 10 kanak-kanak. Selain itu, bagi tempoh masa yang sama, kanak-kanak yang mengalami masalah kurang berat badan juga meningkat daripada 12.9% kepada 13.7%."

" Berdasarkan Kajian Nutrisi Kanak-Kanak Malaysia (SEANUTS Malaysia), satu daripada tiga keluarga Malaysia mengalami masalah kekurangan nutrisi penting terutamanya vitamin C, zat besi dan kalsium. 


Daripada fakta-fakta di atas, ianya jelas menunjukkan isu kanak-kanak Malaysia yang kekurangan nutrisi sebenarnya agak serius. Tambahan pula lagi yang membimbangkan, ibu bapa membiasakan anak mereka dihidangkan dengan makanan segara (fast food) dan makanan-makanan yang tidak berkhasiat seperti jajan dan sebagainya.


Kita perlu akui hakikat pemakanan yang baik berupaya untuk mengekalkan kesihatan mental dan fizikal yang mendorong kepada perkembangan tubuh badan yang sihat.  


pemakanan sihat untuk anak-anak, eskayvie i-qids, booster untuk anak, anak meragam, makanan sihat untuk anak,

Sebagai ibu bapa, kita wajib memberikan nutrisi dan gizi seimbang kepada anak-anak dalam kuantiti yang tepat agar mereka membesar dengan sempurna. Kita juga mahu anak-anak kecil ini terbiasa dengan pola hidup sihat pada masa sekarang dan akan datang.


Tabiat pemakanan yang sihat adalah penting bukan sahaja untuk kanak-kanak, tetapi untuk semua peringkat umur. Anak kecil memerlukan nutrisi yang lengkap untuk kekal sihat dan kuat. Ia juga membantu mereka untuk membesar dengan ceria. Anak yang tidak mengamalkan pemakanan yang sihat akan lebih mudah mengantuk, lesu, letih, kuat meragam dan hilang fokus. Paling teruk mereka akan merasa tidak seronok belajar.


Kanak-kanak yang mengamalkan pemakanan tidak seimbang berisiko tinggi untuk mengalami masalah pembelajaran. Hal ini kerana kekurangan nutrisi boleh menyebabkan kanak-kanak mengalami kekurangan tenaga untuk melakukan aktiviti. Malah mereka juga kebiasaannya tidak mempunyai ramai kawan akibat masalah tingkah laku mereka yang kuat meragam.

 

pemakanan sihat untuk anak-anak, eskayvie i-qids, booster untuk anak, anak meragam, makanan sihat untuk anak,
Pentingnya pemakanan yang sihat untuk anak-anak


Anak-anak CN sendiri kalau kurang makan, mereka akan nampak lesu dan tidak bermaya. Lagi-lagi bila bulan puasa, kadang-kadang mereka tidak mahu bersahur. Akibatnya mereka akan mengantuk di sekolah dan tidak berminat untuk belajar. Paling menguji CN bila mereka moody dan meragam sebab lapar.


Oleh sebab itu, kalau anak-anak CN berpuasa, CN akan pastikan mereka makan makanan yang mengenyangkan dan berkhasiat. Almaklumlah, anak-anak CN ni memang tak suka makan sayur. Selain itu, CN juga akan pastikan mereka mengambil suplemen untuk kekal cergas sepanjang berpuasa. 


Eskayvie i-Qids, Pelengkap Pemakanan Sihat Anak-Anak


pemakanan sihat untuk anak-anak, eskayvie i-qids, booster untuk anak, anak meragam, makanan sihat untuk anak,
Eskayvie i-Qids

Pernah dengar tentang Eskayvie i-Qids? Kalau korang nak tahu, i-Qids ni produk terbaru dari Eskayvie yang viral sebelum ni dengan Eskayvie Diffenz & Eskayvie Diffenz Junior semasa Pandemik Covid-19 dengan duta produknya iaitu Pak Nil.

 


Untuk pengetahuan semua, Eskayvie i-Qids ini diformulasikan oleh doktor perubatan, Dr Syid Ayob Syid Mustafa AlQudri dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi. Ianya halal, selamat dan berkesan. 6 bahan nutrisi utamanya adalah Phosphatidylserine (Serine), Alpha Linolenic Acid (ALA), 22 Buahan & Sayuran, Moringa, Prebiotik, Multivitamin & Mineral yang membantu untuk kecerdasan minda dan otak yang sihat. 


Dibawah ni CN kongsikan manfaat dan kebaikkan 6 bahan nutrisi utama Eskayvie i-Qids. Semoga bermanfaat.

pemakanan sihat untuk anak-anak, eskayvie i-qids, booster untuk anak, anak meragam, makanan sihat untuk anak,

Phosphatidylserine (Serine) bagus untuk meningkatkan memori dan pembelajaran, menyokong fungsi otak dan menajamkan minda, membantu perkembangan otak yang cerdas, membantu lebih fokus dalam pembelajaran dan membantu pembetukan sel-sel otak.


pemakanan sihat untuk anak-anak, eskayvie i-qids, booster untuk anak, anak meragam, makanan sihat untuk anak,

Alpha-Linolenic Acid (ALA) merupakan bahan asas kepada pembentukan EPA dan DHA yang berfungsi untuk merangsang sel-sel otak untuk berhubung, meningkatkan kesihatan otak, membantu meningkatkan kesihatan dan membantu meningkatkan daya ingatan.

pemakanan sihat untuk anak-anak, eskayvie i-qids, booster untuk anak, anak meragam, makanan sihat untuk anak,

22 Ekstrak Buahan dan Sayuran yang mengandungi lebih daripada 125 polifenol dan ia mempunyai kandungan antioksidan lebih tinggi berbanding 5 hidangan buah dan sayur. Ia memenuhi keperluan nutrisi kanak-kanak yang kurang makan sayur dan mempunyai kesan anti-radang dan antioksidan yang kuat serta penyerapan fenolik dan polifenol yang optima.


pemakanan sihat untuk anak-anak, eskayvie i-qids, booster untuk anak, anak meragam, makanan sihat untuk anak,

Moringa Oleifera mampu meningkatkan tenaga dan sistem imun badan, menyokong kesihatan buah pinggang dan hati. Ia juga kaya dengan asid amino dan serat yang menyokong kesihatan mata dan melindungi otak dari kesan stres dan kerosakan.


pemakanan sihat untuk anak-anak, eskayvie i-qids, booster untuk anak, anak meragam, makanan sihat untuk anak,


Prebiotik adalah makanan kepada bakteria baik di dalam usus di mana ia membantu menyihatkan usus untuk penyerapan nutrien yang efisien, membantu masalah sembelit, membantu mengawal selera makan dan mengelakkan obesiti serta membantu mengurangkan kolesterol di dalam badan.

pemakanan sihat untuk anak-anak, eskayvie i-qids, booster untuk anak, anak meragam, makanan sihat untuk anak,

Multivitamin dan Mineral berfungsi menyediakan keseimbangan pemakanan dan melengkapkan keperluan nutrisi kanak-kanak, menggalakkan penyerapan pencernaan dan nutrien yang lebih baik. Ia juga untuk kesihatan gusi, gigi dan kulit yang sihat dan membantu kesihatan tulang serta memelihara sistem saraf dan fungsi otot.

 

Daripada manfaat bahan utama i-Qids diatas ni kita dapat lihat bahan-bahan yang digunakan dapat melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh anak-anak kita agar lebih sihat, cergas dan ceria. Jadi kepada ibu bapa yang ada masalah anak kurang gemar makan sayur dan buah-buahan, Eskayvie i-Qids ni memang sesuai untuk dijadikan suplemen tambahan untuk melengkapkan nutrisi yang berkurangan di dalam badan.


pemakanan sihat untuk anak-anak, eskayvie i-qids, booster untuk anak, anak meragam, makanan sihat untuk anak,


Kunyah-kunyah 2 kali sehari dah cukup untuk memberikan manfaat yang luar biasa buat anak-anak. Apa yang anda perlu tahu, Eskayvie i-Qids ni dihasilkan dengan rasa coklat yang bukan saja sedap dan disukai kanak-kanak, malah ia membantu menguatkan daya ingatan anak-anak untuk menjadi lebih fokus dalam pembelajaran mereka.

pemakanan sihat untuk anak-anak, eskayvie i-qids, booster untuk anak, anak meragam, makanan sihat untuk anak,

Eskayvie i-Qids juga merupakan mood booster yang boleh bantu tenangkan anak-anak yang kerap tantrum. Kunyah-kunyah 2 kali sehari dah cukup untuk memberikan manfaat yang luar biasa buat anak-anak.


Testimoni Eskayvie i-Qids

 

Kalau produk bagus mesti ada banyak testimoni dan maklum balas pengguna kan? Ha.. di bawah ni CN ada kongsikan beberapa testimoni pengguna yang dah cuba dan amalkan Eskayvie i-Qids. Banyak maklum balas yang positif daripada ibu bapa yang dah mencubanya. 


pemakanan sihat untuk anak-anak, eskayvie i-qids, booster untuk anak, anak meragam, makanan sihat untuk anak,
Eskayvie i-Qids membantu perkembangan pembelajaran anak-anak. Anak-anak juga lebih ceria dan berkeyakinan untuk pergi ke sekolah.

pemakanan sihat untuk anak-anak, eskayvie i-qids, booster untuk anak, anak meragam, makanan sihat untuk anak,
Anak-anak tidak meragam dan kurang tantrum selepas amalkan Eskayvie i-Qids.

pemakanan sihat untuk anak-anak, eskayvie i-qids, booster untuk anak, anak meragam, makanan sihat untuk anak,
Anak semakin petah bercakap lepas cuba Eskayvie i-Qids.

pemakanan sihat untuk anak-anak, eskayvie i-qids, booster untuk anak, anak meragam, makanan sihat untuk anak,
Eskayvie i-Qids jadikan anak lebih berselera makan.


Dapatkan Eskayvie i-Qids Hari Ini!


Sebagai ibu bapa pastinya kita nak anak kita sihat, ceria, cerdas dan minat dengan pelajaran kan? Dengan Eskayvie i-Qids, ia adalah salah satu ikhtiar untuk kita sebagai ibu bapa untuk melengkapkan nutrisi yang kurang untuk anak-anak kita.

Dengan hanya RM65 sebotol Eskayvie i-Qids, korang dapat pelbagai kebaikkan dan manfaat yang ada didalamnya.

Berminat nak dapatkan Eskayvie i-Qids? Layari laman web dan media sosial Eskayvie dibawah.


Maklumat lanjut:

Laman web: www.eskayvie.com

Facebook: https://www.facebook.com/eskayviemalaysia21official

Instagram: https://www.instagram.com/eskayviemalaysia_/

 

#EskayvieDiffenz #EskayvieDiffenzJunior #KitaIkhtiar

~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~


You Might Also Like

0 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.