KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA ULANGAN TAHUN 2023

October 02, 2023

Kementerian Pendidikan Malaysia memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) Tahun 2023 akan dikeluarkan pada 12 Oktober 2023 (Khamis)


keputusan spmu, spm ulangan, keputusan spmu 2023, keputusan spm 2023, tarikh keputusan spm, tarikh keputusan spmu
Keputusan Peperiksaan SPMU 2023


KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA ULANGAN (SPMU) TAHUN 2023


Seramai 8,586 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPMU tahun 2023 di 204 pusat peperiksaan di seluruh negara.


Calon boleh membuat semakan keputusan peperiksaan SPMU Tahun 2023 melalui kaedah berikut:


i. Secara dalam talian di pautan myresultspmu.moe.gov.my mulai pukul 10.00 pagi pada 12 Oktober 2023 sehingga pukul 6.00 petang pada 18 Oktober 2023; dan/atau


ii. Secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan dengan menaip SPMU<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888

Sistem ini akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 12 Oktober 2023 sehingga pukul 6.00 petang pada 18 Oktober 2023.


KPM mengucapkan tahniah kepada semua calon atas keputusan peperiksaan SPMU Tahun 2023.


~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~


You Might Also Like

0 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.