Didik anak mencintai buku | Membaca adalah jambatan ilmu. Tidak mengira usia, tabiat membaca membantu seseorang menambah ilmu pengetahuan dan keyakinan diri. Minat membaca bukan terhad kepada orang dewasa sahaja, malah kanak-kanak juga perlu dipupuk minat untuk mencintai buku dan membaca seawal usia mereka masih muda. CN sendiri merupakan ulat buku dan turut mempengaruhi anak-anak CN supaya cintai buku. Amalan cintai buku merupakan amalan yang positif untuk anak-anak ini.
Dhia Zahra & Aqilah bersama buku The Three Village Boys yang mempunyai banyak nilai murni |
Berimaginasi dari gambar di dalam buku cerita
Rezeki CN mendapat koleksi buku kanak-kanak sebagai hadiah blogger. Selain hadiah blogger, CN juga pernah memenangi hadiah buku Disney bernilai RM200 dari contest yang disertai. Memang banyak koleksi buku kanak-kanak untuk Irfan & Dhia. Walaupun Irfan sering merungut tak pandai baca buku sebab baru belajar membaca, almaklumlah, buku cerita kanak-kanak yang dimenangi fokus untuk kanak-kanak sekolah rendah. CN sering positifkan Irfan dengan menggalakkan dia bercerita dari gambar dalam buku cerita tersebut.
Hah, kanak-kanak umur 5 tahun memang kreatif dan berimaginasi tinggi. Walaupun merangkak-rangkak membaca, Irfan sangat kreatif bila bercerita mengenai gambar di dalam buku cerita tersebut. Kanak-kanak umur begini memang sangat kreatif berimaginasi dari gambar di dalam buku cerita. Jadi galakkan anak anda bercerita & terapkan amalan cintai buku kepada mereka.
Soft book - Doa Anak Soleh RM36.90 |
Soft Book Siri Anak Soleh sesuai untuk kanak-kanak yang aktif
Soft book Siri Anak Soleh yang cuma berharga RM36.90 ini bukan sahaja menarik dan mampu menarik minat si kecil untuk membaca, ia juga boleh dijadikan bantal dan sangat sesuai dibawa ketika travel. Almaklumlah, anak kecil biasanya akan meragam bila travel kerana kebosanan. Dari diberi gadget, apa kata didik anak cintai buku dengan memberikannya soft book Siri Anak Soleh ini.
Keistimewaan soft book Siri Anak Soleh ini adalah boleh dijadikan bantal, boleh dicuci dan tidak mudah koyak. Materialnya dari high quality soft fiber menjadikannya tahan lasak dan sesuai dibawa ke mana-mana.
Antara koleksi buku dari Islamic Soft Book - Siri Anak Soleh ini yang pasti mengujakan anak anda.
Islamic Soft Book - Alif Sehigga Ya |
Islamic Soft Book - Allah Pencipta Kami |
Islamic Soft Book - Mari Kita Solat |
Islamic Soft Book - Mari Mengira |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Red carpet I-City Shah Alam | Terlalu banyak gambar yang diambil di I-City sampaikan CN perlu menyediakan beberapa artikel tentang percutian kami ke sana. Memang seronok dan mengujakan. Kali ini CN ingin berkongsi pengalaman kami ke Red Carpet I-City Shah Alam yang menjadi bualan ramai orang. Almaklumlah, harga tiketnya mahal tau.
Ada gaya tak nak jadi menteri? Hehehe.. |
Tidak sesuai membawa anak yang takut patung ke Red Carpet I-City
Perkara utama yang mesti diambil berat sebelum membawa anak ke Red Carpet I-City Shah Alam adalah adakah anak anda takut patung? Jika ya, lebih baik tidak masuk ke muzium Red Carpet ini yang sememangnya penuh dengan patung !
CN disamping Jacky Chan. Tengok lah Dhia Zahra tu, muka monyok je sebab takut dengan patung-patung ni |
Pengalaman CN sendiri, Dhia Zahra sememangnya takut yang amat dengan patung. Patung dekat mall yang display baju tu pun dia takut tau, lagi lah patung-patung bermuka 'real' di Red Carpet ini. Lagi lah menjerit takut! Mujur Dhia Zahra tidak di charge untuk harga tiket, jika tidak memang rugi sebab jenuh pegang si kecil ni je dari duk bergambar dengan patung-patung ini.
Suka Irfan dapat bergambar dengan pelumba terkenal F1 |
Jika dilihat secara depan, memang la nampak sangat patung. Tapi di dalam gambar memang seperti 'real'. Dasyat orang yang buat patung-patung ini tau. Irfan sendiri kagum sebab dia mengenali beberapa patung pelakon terkenal seperti Jacky Chan. Siap cakap lagi, "Mama, ni yang dalam tv tu!".
Rendah gak CN ni ye..ahaks |
Bagi CN, jika anda membeli tiket All Day Happy Package, memang berbaloi untuk masuk di Red Carpet ini. Tetapi jika anda membeli tiket walk in dengan harga RM35 untuk dewasa memang tidak berbaloi. Kenapa? Kerana muzium ini kecil sahaja. Pusing-pusing dah habis uolss tengok patung-patung tu. Masa yang lama diambil untuk bergambar sahaja !
Over betul Encik Suami ni tau |
Jika anda memang berangan untuk bergambar dengan pelakon-pelakon atau ikon terkenal, Red Carpet adalah tempat yang sesuai untuk anda. Almaklumlah, ingat senang ke nak bergambar dengan pelakon serta ikon terkenal ini. Dapat bergambar dengan patung yang macam 'real' pun ok la kan?
Encik Suami acah-acah |
Sama tinggi je dorang ni..hehe |
Membawang sat ! Hehe |
Harga tiket masuk Red Carpet I-City Shah Alam
Harga tiket masuk Red Carpet I-City Shah Alam adalah RM35 untuk dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak.
Lagi cerita menarik tentang I-City Shah Alam
Lokasi I-City Shah Alam
I-City Space Mission | Pelbagai tarikan di I-City yang membuatkan CN terpaksa menghasilkan beberapa artikel disebabkan gambar yang terlalu banyak. Sememangnya I-City adalah syurga bagi mereka yang suka bergambar. Ada pelbagai tempat menarik untuk bergambar. Memang best ! Betul la cakap seorang Instafamous ni bahawa I-City merupakan syurga buat Instagramers. Kali ini CN ingin bercerita tentang I-City Space Mission yang menjadi tempat kegemaran anak bujang CN si Irfan.
I-City Space Mission memang mengujakan Irfan |
Disambut oleh Transformers
I-City Space Mission terletak di tingkat 3. Anda mesti menaiki tangga untuk ke sini. Apabila sampai je ke sini, pandangan mata terus tertumpu ke replika Transformers iaitu Optimus Prime. Sudah tentu excited anak bujang CN ni boleh tengok macam 'real' Optimus Prime. Kemudian masuk lagi ke dalam, ada pulak Bubblebee. Bertambah teruja si Irfan tau.
Irfan bergambar dengan Optimus Prime |
Alien vs predator
Ingat lagi movie Alien vs Predator? Hah, anda berpeluang melihat dan bergambar dengan alien & predator tau.
Dhia Zahra takut dengan Predator taww..hehe |
Nampak tak alien belakang Irfan tu? |
Tempat kegemaran Instagramers adalah di Time Machine
Antara tempat kegemaran Instagramers adalah di Time Machine. Kami sekeluarga pun tidak melepaskan peluang bergambar disini. Unik kan Time Machine ni? Macam real gituw..
Irfan bergaya di Time Machine |
Encik Suami pun taknak kalah taw bersama dengan Dhia Zahra yang takutkan semua benda dalam Space Mission ni |
CN pun dah bergambar di Time Machine uolss.. |
Harga tiket I-City Space Mission
Harga tiket masuk ke I-City Space Mission adalah RM15 untuk dewasa & juga RM15 untuk kanak-kanak. Untuk kanak-kanak bawah 90 cm adalah percuma.
Lagi cerita menarik tentang I-City Shah Alam
Lokasi I-City Shah Alam
Tin vintage sempena 125 tahun Johnson's Baby | Teruja tak bila dapat produk Johnson's baby beserta tin vintage dengan lakaran nama sendiri macam CN punya ni? Mestilah excited kan? Dah la CN ni membesar dengan Johnson's Baby, sampai la menjadi mama kepada Irfan & Dhia pun masih setia dengan rangkaian produk dari Johnson's Baby. Diam tak diam, kini Johnson's Baby sedang meraikan sambutan ke 125 tahun mereka.
Dhia Zahra turut teruja menerima kejutan dari Johnson's Baby |
Tin Vintage dengan Lakaran Nama Sendiri sempena ulangtahun 125 tahun Johnson's Baby
Ingin mendapatkan tin vintage dengan lakaran nama sendiri seperti milik CN ini? Jom ramai-ramai sertai Giveaway di page << FB Johnson's Baby >> dan anda berpeluang memenangi dari 1000 tin vintage dan produk Johnson's Baby.
CN bersama tin vintage dengan nama sendiri, best kan? |
Produk Johnson's Baby bersama tin vintage lakaran nama sendiri |
Dhia Zahra bersama produk Johnson's Baby kesukaannya |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Cuti-cuti mesti dimanfaatkan untuk bersama keluarga hokay. Cuti kali ini CN bawak anak-anak balik kampung tokwan di Perak. Memang seronok anak-anak dapat berlari-lari di kampung sambil excited tengok bangau yang berterbangan. Tapi bila disuruh masuk ke dalam sawah padi, masing-masing taknak sebab geli ! Memang budak key el betui !
Kampung ayah CN ni di Kedai Empat, Tanjung Piandang, Perak. Rumah tokwan dikelilingi sawah padi. Memang best. Tapi masa CN balik kampung haritu, tengah musim lepas menuai. Kira pemandangan tak berapa cantik. CN paling suka musim padi tengah hijau. Nampak nyaman dan sejuk je pemandangan.
Irfan Hensem yang excited balik rumah tokwan |
Hokay. CN ada kongsikan beberapa keping gambar semasa cuti haritu di kampung. Memang best balik kampung kan?
Kemain bergaya anak bujang sorang ni kan? |
Teman anak dara jalan-jalan keliling kampung |
Pemandangan di hadapan rumah tokwan |
4 sepupu bergaya di hadapan rumah tokwan |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Hujung minggu memang seronok apabila dapat lepak dan bermain bersama sepupu. Itu yang dirasai oleh anak-anak CN si Irfan Hensem & Dhia Zahra yang sememangnya seronok apabila dapat bertemu dan bermain bersama sepupu di rumah Opah pada hujung minggu. Pelbagai aksi menarik anak-anak ini seronok dirakam tau. Disini CN kongsikan beberapa aksi menarik apabila 4 sepupu ni bertemu dan landing di carpet baru CN!
Irfan Hensem & Dhia Zahra bersama sepupu mereka Aqila Firzanah & Afiq Furqan |
Sambil bersantai sambil berposing hokay |
Peace dari Irfan Hensem, Afiq Furqan, Dhia Zahra & Aqila Firzanah |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Tahukah anda apa itu SSPN-i Plus? Ia merupakan satu skim atau pelan simpanan yang direka oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi. SSPN-i Plus ditambahkan daripada SSPN-i sedia ada dengan bayaran sumbangan takaful yang murah dan perlindungan yang komprehensif. Paling menarik sudah tentu SSPN-i Plus ini menggunapakai konsep simpanan dengan komitmen bulanan dan jumlah simpanan serta bayaran sumbangan takaful bergantung kepada pakej yang dipilih iaitu serendah RM30 hingga RM500.
Ok, disini CN ingin berkongsi dengan pembaca langkah-langkah membuka akaun SSPN-i Plus secara online. Sangat mudah. Hanya ikut arahan bergambar yang telah CN sediakan ini. Selamat mencuba !
Ok, disini CN ingin berkongsi dengan pembaca langkah-langkah membuka akaun SSPN-i Plus secara online. Sangat mudah. Hanya ikut arahan bergambar yang telah CN sediakan ini. Selamat mencuba !
Langkah-langkah membuka akaun SSPN-i Plus ONLINE
1. Buka lamanweb rasmi SSPN-i Plus ONLINE >> https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline
Cara buka akaun SSPN-i secara online |
2. Pilih butang >> Pembukaan Akaun
3. Akan dipaparkan Maklumat Akaun yang perlu ada isi.
4. Apabila maklumat telah lengkap diisi, klik butang >> SETERUSNYA
5. Untuk Maklumat Pakej, anda boleh memilih pakej mana yang berkenan di hati. Terdapat 6 pakej yang ditawarkan serendah RM30 sebulan sehingga RM500 sebulan.
Pelan Simpanan (Pakej) |
6. Pilih jenis pakej pilihan hati dan tekan butang >> SETERUSNYA
7. Paparan mengenai Pakej Simpanan anda akan dipaparkan. Jika bersetuju dengan pilihan pakej anda, tekan butang >> SETERUSNYA
8. Anda perlu mengisi beberapa maklumat lagi dan tekan butang >> SETERUSNYA
9. Untuk bahagian ini, anda perlu meletakkan bilangan bulan yang hendak dibayar.
10. Kemudian anda perlu tick akad yang memaparkan nama anda. kemudian tekan butang >> BAYARAN
11. Anda boleh membuat pembayaran menggunakan kad kredit atau banking online. Mudah kan?
Cara untuk menambah deposit ke akaun SSPN-i Plus Online
1. Buka lamanweb rasmi SSPN-i Plus ONLINE >> https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline
2. Pilih butang >> Penambahan Deposit
Cara untuk menambah deposit ke akaun SSPN-i Plus Online |
3. Masukkan nombor K.P anda dan tekan butang CARI. Maklumat tentang akaun anda akan dipaparkan. Pilih butang >> BAYAR.
4. Untuk bahagian ini, anda perlu meletakkan bilangan bulan yang hendak dibayar.
5. Anda boleh membuat pembayaran menggunakan kad kredit atau banking online. Mudah kan?
Jom buka akaun SSPN-i Plus ONLINE sekarang juga !!
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Dah macam kembar 4 pulak gayanya Irfan & Dhia Zahra bersama sepupu mereka Aqila Firzanah & Afiq Furqan. Lagi-lagi bila dipakaikan cap askar ni, cute je kan? Gambar kembar 4 ini diambil di Muzium Tentera Darat Port Dickson semasa cuti yang lepas. InsyaAllah, jika berkelapangan akan dibawa lagi anak-anak kesini.
Irfan, Aqila, Dhia & Afiq di MuziumTentera Darat Port Dickson |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
CN paling suka bila dapat jemputan ke event parenting dan boleh bawak anak-anak. Disanalah CN boleh merapatkan lagi hubungan ibu dan anak dengan pelbagai aktiviti menarik. Sudah tentu bila jemputan ke event parenting, CN akan ajak sekali adik tersayang blogger Miza Talib. Bila Miza join, mestilah anak-anaknya yang kecoh akan join. Bertambah kecoh bila bertemu dengan anak-anak CN si Irfan Hensem & Dhia Zahra. Jadi jangan pandang sinis tau bila tengok mak-mak bersama 4 orang budak yang super aktif di event parenting hokay. Bila namanya event parenting, mestilah bersama anak-anak yang super aktif, chewah !
CN & Miza bersama anak-anak yang super aktif & kecoh |
Irfan Hensem, Dhia Zahra, Aqilah Firzanah & Afiq Furqan yang sangat aktif apabila bertemu |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Jika anda ke Port Dickson, jangan lupa singgah ke Muzium Tentera Darat Port Dickson (Army Museum Port Dickson). Ada pelbagai tarikan menarik di sini yang bukan sahaja mengujakan anak-anak, malah mak pak nya sekali ! Ini merupakan kali pertama CN ke sini. Walaupun dah banyak kali mandi-manda di Pantai Teluk Kemang, Port Dickson, tapi tak pernah berkesempatan untuk singgah ke sini. Rupanya Muzium Tentera Darat Port Dickson ni memang tak jauh dari pantai. Confirm lepas ni kalau mandi manda di pantai Port Dickson, sure singgah lagi sebab Irfan Hensem suka sangat ke sini.
Tempat menarik Port Dickson
Apa yang menyebabkan Irfan Hensem suka ke sini sudah tentu si bujang tu teruja dengan pelbagai kereta kebal askar yang real hokay. Bila sampai je ke sini dah nampak helikopter askar. Apalagi, bersinar-sinar la mata anak bujang CN tu yang memang suka sangat dengan askar.
Bergambar di hadapan pelbagai model meriam |
Kami sekeluarga ke sini sempena cuti umum keputeraan Sultan Selangor yang lalu. Rezeki kami masa sampai ke muzium ada banyak parking dalam muzium. Dah tak perlu susah payah menapak jauh-jauh.
Bergambar di hadapan kereta kebal, suka betul anak bujang CN sorang tu |
CN bersama adik iaitu blogger Miza Talib bergambar bersama anak kecil kami |
Naik je tangga batu merah, kami dah teruja dengan pelbagai meriam dan kenderaan askar. Naik lagi ke atas ada model kereta api dan pelbagai model kereta kebal. Ekcited hokay ! Kebetulan masa ke sana ada pameran ketenteraan bukan sahaja dari Tentera Darat, malah dari PDRM dan Bomba. Teruja la si anak-anak CN bersama sepupunya tengok idola mereka ada di sana.
Irfan bergaya sebagai sniper sempena pameran Tentera Darat di Muzium Tentera Darat Port Dickson |
Antara tarikan utama di Muzium Tentera Darat Port Dickson ini adalah terowong sejarah. Irfan agak teragak-agak untuk masuk pada mulanya sebab agak gelap, tapi CN galakkan juga anak bujang tu dan sudah tentu ada pelbagai benda menarik di dalamnya.
Dari kiri Irfan Hensem, Aqila Firzanah, Dhia Zahra & Afiq Furqan |
Ada juga pelbagai model helikopter yang boleh dinaiki. Best tau. Merasa la juga naik helikopter askar ni. Kalau tak tengok dalam tv je..hehe
Irfan Hensem & Dhia Zahra di dalam helikopter |
Jika anda followers instagram cekgunorazimah, pasti pernah tengok CN pernah up video Irfan yang takut naik jambatan gantung. Jambatan gantung ni di sini lah. Ada 3 bahagian dan bahagian kedua yang membuatkan Irfan takut untuk teruskan perjalanannya. Disebabkan CN dukung Dhia Zahra, CN terpaksa tinggalkan anak bujang CN sorang ni dekat mak sedaranya. Jenuh la Mak Lang Irfan duk jerit-jerit suruh Irfan pegang baju dia. Alahai la anak..
Bergambar dulu di bahagian pertama jambatan gantung |
Berjaya habiskan bahagian pertama jambatan gantung, siap tunjuk peace gituw |
Bayaran masuk ke Muzium Tentera Darat Port Dickson
Bayaran masuk ke Muzium Tentera Darat Port Dickson adalah PERCUMA. Waktu operasi pula dari 10 pagi hingga 5 petang setiap hari.
Jadi jika anda mencari tempat menarik Port Dickson, jangan lupa singgah ke Muzium Tentera Darat Port Dickson. Pasti satu pengalaman menarik untuk anak-anak anda.
Jadi jika anda mencari tempat menarik Port Dickson, jangan lupa singgah ke Muzium Tentera Darat Port Dickson. Pasti satu pengalaman menarik untuk anak-anak anda.