Bila sesekali bertemu di hari raya, memang meriah ! Raya tahun ini CN beraya sebelah suami. Bila sebelah suami, maka dekat dengan saudara-mara belah ibu CN yang rata-rata tinggal di Klang. Bila sesekali bertemu memang riuh. Berbaju hijau tu ibu CN dan sebelah ibu adalah adiknya yang beza setahun iaitu Makteh manakala hujung sekali tu Pakcik iaitu adik ibu second bongsu. Ibu CN ni ada 10 orang adik beradik, 3 orang dah meninggal dunia dan tinggal 7. Semuanya tinggal area Lembah Klang. Meriah tau bila bertemu.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Hai uoulss, inilah Mat Jawa kesayangan CN. Kemain bangga beraya dengan belangkonnya. Songkok Encik Suami pula kemain cantik di kepala Irfan Hensem. Saiz 21 setengah tau, muat pulak dekat kepala budak bujang sorang ni. Besar benor kepala Irfan Hensem ni ! Hehehe..
![]() |
| Berhari raya dengan Mat Jawa |
![]() |
| Mat Jawa anak 2 |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Alhamdulillah, dah seminggu lebih kita beraya. Bukak sekolah je CN sibuk dengan PT3 Geografi, tak sempat nak up entry tentang raya 2017 CN dan keluarga. Tapi IG & facebook hari-hari CN update tentang raya 2017 ni tau. Nampak sangat tak sempat nak mengadap blog, maap ye.
Oklah, CN kongsi beberapa keping gambar pada raya pertama yang bertemakan grey. Tak plan pun raya kali ini nak tema grey. Tapi disebabkan tak sempat tempah baju Dhia Zahra, CN dan Encik Suami decide tema raya ikut baju Dhia Zahra. Susah pulak nak carik baju saiz 0 untuk di bambam sorang ni, last-last jumpa la baju kaler grey yang cantik terletak kat badan anak dara CN sorang ni. Jadilah tema tahun ni weoulss kaler grey gituw..
Oklah, CN kongsi beberapa keping gambar pada raya pertama yang bertemakan grey. Tak plan pun raya kali ini nak tema grey. Tapi disebabkan tak sempat tempah baju Dhia Zahra, CN dan Encik Suami decide tema raya ikut baju Dhia Zahra. Susah pulak nak carik baju saiz 0 untuk di bambam sorang ni, last-last jumpa la baju kaler grey yang cantik terletak kat badan anak dara CN sorang ni. Jadilah tema tahun ni weoulss kaler grey gituw..
![]() |
| Susah benor nak bergambar dengan anak-anak yang aktif ni kan |
![]() |
| Kali ini pulak Encik Suami & Dhia Zahra yang tak pandang kamera |
![]() |
| My little bunnny Dhia Zahra |
![]() |
| Irfan Hensem cakap dia macam pengantin bila pakai sampin tu ! Hehehe.. |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Ragam Si Kecil
Memang kecoh rumah tokwan apabila 3 orang cucunya berkumpul. Setakat ini ayah CN baru mendapat 3 orang cucu iaitu sorang dari CN dan 2 orang iaitu Qila & Afiq dari adik CN si Miza. InsyaAllah, coming soon baby M nanti.
3 orang cucu ini berbeza umur selang setahun je, memang kecoh jadinya. Abang Long iaitu Irfan Hensem menjadi kegemarannya bermain dengan perut tokwan yang buncit tu. Memang senak tokwan dikerjakan cucu yang aktif ni.
Komitmen kerja dan keluarga menjadikan CN dan Miza sukar untuk kerap pulang ke kampung. Kebiasaan bila cuti panjang memang tidak akan melepaskan peluang pulang ke kampung. Kesian tokwan selalu rindu dekat cucu-cucunya.
![]() |
| Irfan, Qila & Afiq bersama Tokwan |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Tempat Menarik di Taiping
Salah satu tempat menarik di Taiping adalah Burmese Pool yang terletak di kaki Bukit Larut. Tempat mandi-manda air terjun ini memang best dan airnya memang sangat-sangat sejuk ! Ini merupakan kali pertama Irfan mandi air terjun. Pada mulanya memang dia takut sebab air yang sangat sejuk. Tapi beberapa minit kemudian terus eksited dan taknak naik !
Agak lama CN tak ke Burmese Pool ni, last masa zaman anak dara dulu. Sempena cuti raya cina yang lalu, Encik Suami request nak mandi waterfall. Jadi CN bawalah dia kesini. Memang Encik Suami sama eksited dengan Irfan. Tapi yang kelakar, tak sampai sejam pun dorang berendam bersama adik-adik CN dan sepupu Irfan. Sejuk katanya...hehehe
Gambar snap by mak buyung yang malas nak bergerak
Burmese Pool Taiping
Senang je nak kesini, cuma cari signboard ke Bukit Larut. Ia terletak di simpang sebelum ke kaki Bukit Larut. Memang meriah di Burmese Pool Taiping ni. Lepas mandi je, ayat pertama Irfan adalah "Mama, Irfan nak makan!' Hahahaha...lapar la tu mandi air sejuk.
Peta Lokasi ke Burmese Pool Taiping
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Keletah Si Kecil
Apabila Irfan bertemu dengan sepupunya anak adik CN si Mizah iaitu Aqila & Afiq, memang meriah rumah opah jadinya. Sekejab je rumah opah berselerak hasil kerja budak bertiga ni ! Apa yang menarik, budak bertiga ni mempunyai iras wajah yang sama dek kerana bentuk kening yang sama. Kalau pergi jalan-jalan memang ramai ingat dorang bertiga ni adik beradik. Umur pun selang setahun je.
![]() |
| Irfan & Afiq dengan cekak rambut milik Mak Uda, kemain seronok bergelak ketawa. |
![]() |
| Irfan berwelfie dengan Aqila. Irfan ni memang suka sangat bergambar dengan front camera, perasan hensem la tu...hehe |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Keletah Si Kecil
Rambut Irfan Hensem dah panjang. Boleh diikat tau. Tapi seperti biasa bila bergambar, ada je gaya Irfan yang macam-macam. Gambar kiri konon nak angkat kening sebelah manakala gambar kanan mulut muncung atau mulut burung ! Alahai anak....
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Keletah Si Kecil
Anak bujang CN si Irfan Hensem ni makin besar ada je keletah dia yang menceriakan hari-hari kami sekeluarga. Paling terbaru bila orang sibuk nak bergambar, dia dari jauh sibuk datang nak bergambar juga. Paling mahal boleh lak dia pastikan muka dia mesti ada dalam kamera bila guna front camera tu. Tapi gambar di bawah ni adalah tangan Irfan tu. Sedap je landing atas bahu CN. Dah macam boyfren bergambar dengan girlfren pulak gayanya ! Alahai anak....
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Tempat Menarik Di Shah Alam
Taman Botani Shah Alam ataupun dikenali juga sebagai Bukit Cahaya atau Bukit Cherakah merupakan antara destinasi menarik untuk dilawati di Shah Alam. Terletak di Seksyen 8 Shah Alam, amat mudah untuk kesini. Sighboard pun banyak sebagai panduan kepada mereka yang pertama kali ke sini.
Seingat CN, kali terakhir CN ke sini adalah tahun 2009 iaitu zaman anak dara. Masa tu dating dengan bff naik basikal pusing 1 taman, memang best. Tapi kali ini datang bersama si kecil Irfan dan ibu yang sakit kaki, kitorang naik bas je. Bila naik bas, tempat yang dilawati memang terhad. Its okay, lain kali datang lagi ye !!
![]() |
| Rumah Iklim Sederhana 4 Musim |
Rumah Iklim Sederhana 4 Musim
Antara tempat menarik di Taman Botani Shah Alam adalah Rumah Iklim 4 Musim. Bayaran pulak cuma RM3 untuk dewasa dan RM5 untuk musim salji. Sepatutnya ketika CN datang adalah musim salji, tetapi tempat ni ditutup sempena penyelenggaraan. Memang kecewa tak dapat masuk. Its ok, di kawasan sekitar Rumah Iklim 4 Musim ini pun ada banyak tempat cantik untuk bergambar. Macam gambar di bawah adalah replika rumah kecil. Seronok Irfan bermain di sini.
![]() |
| Replika rumah kecil di belakang Rumah Sederhana 4 Musim |
![]() |
| Welfie di air pancut berdekatan dengan Rumah Sederhana 4 Musim |
Taman Haiwan, Taman Botani Shah Alam
Taman Haiwan di Taman Botani Shah Alam bolehlah dikatakan mini zoo kerana terdapat pelbagai haiwan yang jinak. Irfan memang enjoy di Taman Haiwan di sini. Berpeluh-peluh dia berjalan melihat pelbagai jenis binatang. Paling Irfan suka adalah rusa yang jinak dan kuda padi yang relax je melayan keletah kami sekeluarga. Burung kakak tua di sini memang peramah dan 'banyak cakap'.
![]() |
| Kuda padi yang sporting melayan kerenah kami |
![]() |
| Senang je Irfan lap peluh, pakai shirt je padahal CN dah prepare towel, alahai anak.. |
![]() |
| Irfan yang eksited bersama Acu |
Bayaran Masuk ke Taman Botani Shah Alam
PERKARA
|
KADAR HARGA
(1 Unit @ 1 Hari) | |
HARI BIASA
|
H. MINGGU /
KELEPASAN AM | |
KAUNTER UTAMA DAN KAUNTER TEMPAHAN DAN PENGINAPAN
| ||
Tiket masuk dewasa (12 – 54 tahun)
|
RM 3.00
| |
Tiket masuk kanak-kanak (6 – 11 tahun)
|
RM 1.00
| |
Tiket masuk warga emas (55 tahun ke atas)
|
RM 1.00
| |
Pelawat berumur 6 tahun ke bawah, rumah anak yatim dan Orang Kelainan Upaya
|
Masuk Percuma
| |
KAUNTER RUMAH IKLIM EMPAT MUSIM
| ||
Musim Lain
|
Musim Salji
| |
Tiket masuk dewasa (12 tahun dan ke atas)
|
RM 3.00
|
RM 5.00
|
Tiket masuk kanak-kanak (4-11 tahun)
|
RM 1.00
|
RM 3.00
|
Pelawat berumur 4 tahun ke bawah, Rumah Anak Yatim dan Orang Kelainan Upaya
|
Masuk Percuma
| |
PENGINAPAN
| ||
Penginapan Kg Idaman
|
RM 80.00
|
RM 100.00
|
BAYARAN TEMPAT LETAK KENDERAAN
| ||
Kereta
|
RM 3.00
| |
Motorsikal
|
RM 1.00
| |
Bas
|
RM 5.00
| |
LAIN-LAIN BAYARAN
| ||
Dewan Makan Kg Idaman (1 Unit)
|
RM100.00
| |
Tapak Hari Keluarga (7 lokasi)
|
RM 100.00
| |
Kolam Renang & Tepian Kolam
|
RM 500.00
| |
Caj Pengambaran
|
RM 1,000.00
| |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Selepas penat main buble, apa kata rehat sebentar dengan makan aiskrim sambil CN & Encik Suami boleh dating kejab ! Hehe
Eh ! Afiq kat bawah ni pun nak gak tau, tapi sebab awak tu baby lagi, makan kon aiskrim jela yer sayang.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Pantai Morib
CN memang suka sangat tengok pantai. Rasa tenang jer dengar bunyi ombak tu. Pergh ! Dah macam jiwang lak yer, hehehe.
Pantai paling dekat rumah adalah Pantai Morib. Sambil melayan si kecil main buble, sambil menenangkan fikiran selepas penat bekerja dengan memandang laut sambil memegang tangan Encik Suami ! Ops !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Kalau anda ke Pantai Morib, jangan lupa singgah ke gerai Coconut Shake Morib. Terletak di sebelah kiri anda dari simpang ke Morib. Siap ada signboard Coconut Shake Morib lagi, confirm nampak ! Hehehe
Rasanya ?? Mestilah sedap, tengok gambor Irfan ni, takmo share dengan orang taw dapat Coconut Shake Morib ni.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Berhujung minggu di Pantai Morib bukanlah perkara asing bagi CN dan keluarga. Pantang kalau driver sihat, memang terus ke Pantai Morib. Tak kira la layan si kecik main buble ataupun hampar tikar tepi pantai sambil makan2. Memang enjoy ! Biasalah..weekday keje jer, bila weekend la masa untuk enjoy bersama keluarga sambil layan perasaan...weeee
Ayah CN yang tersayang iaitu Encik Abd Talib bin Sulaiman menyambut hari ulangtahun yang ke??.
Dah tua ayah CN ni. Alhamdulillah, masih sihat dan mengisi masa lapang dengan pelbagai aktiviti. Ada jer yang dibuatnya..hehe
Clan of Clash (COC) menjadi fenomena terhangat masa kini. Encik Suami tidak terkecuali. Sempena birthday Encik Suami harini, CN belikan kek COC special untuknya. Terharu Encik Suami tengok kek birthday dia. Siap amik gambo show off dekat kawan2 dia ! Hehehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~


















































