Alahai ayah..mmg betul !
CN setuju sangat ! Irfan kalau tidur dengan ayah dia, biasa jer kaki naik ke kepala. Heheheh
~ Alahai ayah.. dari Cikgu Norazimah ~
InsyaAllah..
Hujung minggu ni CN balik kampung di Perak sempena kenduri kesyukuran ayah dapat menunaikan haji tahun ni. Alhamdulilah, lama ayah tunggu akhirnya dapat gak. Ayah CN akan berangkat pada 8 September ni. CN harap pembaca tersayang doakan ayah CN selamat pergi dan selamat pulang. Semoga ayah beroleh haji yang mabrur. InsyaAllah..
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Blog Review : cIK zAty
Omel tak header blog cIK zAty ni? CN yang buat.. doodle comel tu free jer. Amik dekat blog fizgraphic. Serius, banyak doodle yang comel2 tau ! Meh nak cerita, cIK zAty ni adalah adik CN yang ke-4. CN yang tolong dia buat blog ni, kemain excited budak ni ada blog. Macam2 giveaway dia join. So kepada pembaca blog CN tersayang, meh ler terjah dan follow blog cIK zAty. Jangan risau, cIK zAty akan follow balik ;)
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Happy birthday Dek Yah yang ke 14 !
Dah beso adik bongsu CN ni..dah jadi anak dara pun... Dek Yah mmg hepi sambut birthday tahun ni sebab bersamaan dengan raya pertama ! Ok la, jimat belanja nak buat majlis, menu sambutan birthday sama dengan menu raya, 2 in 1 !
Selamat Hari Bapa untuk Encik Suami kerana telah menjadi ayah yang awesome !
Selamat Hari Bapa untuk ayah (kiri) & ayah mertua (kanan) & Selamat Hari Bapa untuk semua bapa di seluruh dunia !
Alahai..cuti yang lama tu dah nak habis la..esok bermula lah penggal ke-2 tahun 2014.
Selamat memulakan penggal ke-2 dengan hati yang tenang yer..
~ Entry tak puas hati cuti nak habis dari Cikgu Norazimah ~
Salam mesra..
Ibu CN yang tersayang iaitu Puan Norijah binti Abd Razak menyambut ulangtahun yang ke??. Dah tua ibu CN ni ! Alhamdulillah..masih sihat dan mampu mengejar Irfan jika budak tu berlari2 ketika hendak dimandikan, mampu mendukung Irfan yang hampir 12 kg dan mampu bertahan jika kena 'buli' dengan Irfan ! Hehe...
IBU ...
Selamat hari ulangtahun yang ke?? (rahsia)
Akak, Abg. Arep & Irfan sayang ibu ketat2 ! Semoga IBU panjang umur & sentiasa dimurahkan rezeki ! LOVE u IBU !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Salam mesra..
Ayah CN yang tersayang iaitu Encik Abd Talib bin Sulaiman menyambut hari ulangtahun yang ke??.
Dah tua ayah CN ni. Alhamdulillah, masih sihat dan jika tak ada aral melintang, InsyaALLAH, hujung tahun ni bakal menjadi tetamu ALLAH di Mekah.
AYAH...
Selamat hari ulangtahun yang ke??. Akak, Abg Arep & Irfan sayang ayah ketat ! Angah, Eddy, Aqila, Kak Lang, Kak Iz & Adek pun sama. Kitorang sayang ayah ketat2 ! Ayah mesti ingat tau..anak2, menantu & cucu2 ayah yang omel2 sentiasa ingat AYAH walau di mana kitorang berada.
Walaupun harini birthday ayah dan kitorang tak dapat balik kampung..cuma kiriman SALAM SAYANG yang mampu kami titipkan semoga ayah sentiasa sihat, ceria & cergas untuk beribadah kepada-Nya.
Akhir kata, semoga ayah panjang umur & sentiasa dimurahkan rezeki. LOVE u AYAH !
~ Salam sayang dari Cikgu Norazimah ~
" Saling mencintai hanya kerana ALLAH
Saling menyayangi hanya kerana ALLAH
Saling membahagiakanlah hanya kerana Allah
kerana
hanya ALLAH yang dapat menimbulkan rasa cinta, kasih sayang & kebahagiaan tersebut ... "
.....................................................................................................................................................
Salam mesra..
Harini adalah birthday Encik Suami yang tersayang. Ya Allah ! Pejam celik..dah tua suami CN yang hensem, kacak & bergaya ni.
Alhamdulillah, tahun ni merupakan kali ke-4 CN menyambut birthday suami yang tersayang. Apa yang special untuk Encik Suami dari CN sempena birthday kali ni ? Biarlah rahsia..
.....................................................................................................................................................
.....................................................................................................................................................
Salam mesra..
Harini adalah birthday Encik Suami yang tersayang. Ya Allah ! Pejam celik..dah tua suami CN yang hensem, kacak & bergaya ni.
Alhamdulillah, tahun ni merupakan kali ke-4 CN menyambut birthday suami yang tersayang. Apa yang special untuk Encik Suami dari CN sempena birthday kali ni ? Biarlah rahsia..
.....................................................................................................................................................
Sayang..
Semoga pertambahan usiamu akan menambah kematangan dalam dirimu dalam memimpin keluarga kecil kita.
Azie bahagia bersama abang.
Azie sayang abang !
Selamat Hari Ulangtahun yang ke- XX .
CN : Berkongsilah anda atas perkara yang baik-baik. Mudah ! Cuma tekan butang LIKE/G+. Terima kasih.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Cik Wany ataupun nama penuh NORZAWANI BT ABD TALIB adalah adik CN yang ke-3.
Harini ni genaplah umor budak 'besor' ni 23 tahun..dah tua adik CN rupanya ! Ahaks..
Masih single dan masih mencari pasangan hidup. Kini sedang melanjutkan pelajaran di UITM Machang, Kelantan. Orangnya COMEL & ramai cakap kitorang kembar. Cuma part tinggi tu CN agak kurang..hehe
Salam mesra...
Kita sebagai anak MESTI merungut bila ibu minta tolong sesuatu.
Biasa lah, bila dah dewasa jadi keras kepala dan lupa diri yang kita ni hanyalah seorang ANAK kepada seorang IBU. Kita sering LUPA bahawa kerja yang disuruh itu tidak seberat MELAHIRKAN kita.... INSAF !
Moga CN mampu menjadi seorang ANAK yang soleh kepada ibubapanya..amin...
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Salam mesra...
Perasaan 'lemau' telah melanda CN ekoran cuaca yang mendung dan kadang2 hujan. Mood menulis entry agak lembap. Jadi CN cuma berkongsi dengan anda gambo2 sahaja yer. Janji ada entry gak kan ?
Ahaks ~
Salam mesra..
Happy weekend u olss ! Abang IRFAN excited ni nak bawak u olss jejalan ke MORIB ! Nak ikut ?
Hokay, CN agak buzi menyiapkan beberapa buku program dan dokumentasi sebab cuti hujung tahun akan bermula. TAPI..tapi..buzi macam mana pon, keluarga mesti diutamakan ! Jadi take time relax kan minda melayan ciptaan Allah S.W.T di Pantai Morib bersama keluarga tersayang !
Memang enjoy melayan keletah si bujang sibuk bertatih sambil diiringi deruan ombak yang kuat sambil selendang berbuai-buai ditiup angin.. fuhh ! Hokay..layan jela gambo yer..happy weekend u olss !
Salam mesra..
Harini CN penat sikit sebab seharian berada di SMK Jinjang untuk Kojohanan Bola Keranjang 3 on 3 Piala Menteri Pendidikan 1Murid 1Sukan ! Fuh..kemain lagi panjang namanya ! Sebagai Cikgu Basketbal tetap dan berpencen, berpanas ler CN di sekolah ni. Sambil duk type entry ni, sambil duk pakai mask whitening jenama. Tapi yang best team skola CN dapat nombor 3 ! Alhamdulillah, nnti CN cerita dalam entry lain yer.
Berbalik kepada cerita di kampung. Untuk pengetahuan u all, kampung CN terletak di Kedai Empat, Tg. Piandang, Perak. Tapi paling dekat dengan Parit Buntar tempat kelahiran pelakon comey dan seksi Syatilla Melvin adik kepada Shafiqah Melvin bekas juara Gadis Melayu tu..dorang adik beradik ni junior CN dekat SMK Panglima Bukit Gantang tu.
Serius, memang lama giler CN tak balik kampung. Ada jer halangan nk balik kampung ni, last balik kampung raya haji tahun lepas ! Sedey kan? Rumah kat kampung CN ni dikelilingi sawah padi yang menghijau dan mendamaikan. Selamat IB kecik lagi, kalau dah beso n boleh berjalan, confirm budak bambam tu terjun dalam sawah padi yang menggoda jiwa tu ! Ahaks
Salam Syawal..
Wah ! Harini hari ISNIN yer? Cuti 2 minggu yang 'lama' tuh dah habis ek? Keje..ooo..keje. Takmo ler cerita panjang2..layanz jela gambo yang telah diupload ke fb tapi baru dimasukkan ke blog..hehe
:: Salam Aidilfitri ::
:: Sajer nk tunjuk gigi Irfan yang 8 batang tu ::
:: Selamat Kembali ke Sekolah dari CN, EA & IB ::
Salam Syawal..
Baru kali ni CN berkesempatan untuk update tentang kad raya. Tahun ni cuma dapat 2 kad raya, 1 dari Cik Pengetua dan 1 dari my student ! Kesian kan? Sesungguhnya tradisi memberi kad raya semakin pupus..ahaks ~
Hokay..CN cuma nk bercerita tentang kad raya yang telah diposkan ke alamat rumah kepada arwah mak mertua. Sedey bila tengok kad raya dari 2 orang Menteri yang dialamatkan kepada arwah mak mertua. Biasa lah, database dorang tak sempat nak update tentang kematian arwah mak dalam accident. Rujuk entry SINI. Walau bagaimanapun, kad yang dikirim memang cantik!
PENGEMUMAN !
Semua sekolah di KL & Selangor ditutup mulai 24 Jun 2013 sehingga diberitahu kemudian ekoran JEREBU yang teruk. Sumber SINAR HARIAN & STAR.
p/s : Yeah !! Cikgu Norazimah cuti ! Saya suka !
Salam,
Hari yang suram, muram, tak bermaya, keletihan, penat semuanya bersatu menjadi 1. Segalanya bermula pada hari Isnin (10/6/2013), 7.40 pagi, Mak Mertua (Hajah Nor Asmah Paniti) mengalami kemalangan di hadapan klinik kesihatan Jenjarom. Saya menerima panggilan dari ayah mertua selepas habis perhimpunan sekolah dalam pukul 8 lebih . Mulanya saya menyangka kemalangan biasa dan meminta ayah untuk update berita terbaru. TAPI, 9.47 pagi suami call bagitahu mak kritikal, kaki & tangan patah dan masih tak sedarkan diri. 10 lebih tu pulak ayah call cakap mak ditransfer ke Hospital Klang !
Ya ALLAH ! Lemah lutut dan kelas lepas tu, memang tak dapat fokus. Saya tak boleh balik sebab mesti habiskan kelas untuk hari tu kerana tak nk bersoal jawab dengan pengetua dan mesti akan ada guru2 yang merungut bila dapat relief saya. Serius, saya cuba taknk susahkan orang lain walaupun pasti, esok tak kn datang ke sekolah! Habis jer kelas terakhir, terus capai beg dan berlari lari ke rumah sambil telefon teksi ke central market sebab saya bercadang untuk naik bas KL-Klang. Dalam perjalanan, suami, adik2 ipar dan ayah mertua bergilir2 call tanya saya di mana. Elok jer sampai di Klang, suami cakap mak dah tak dapat di selamatkan, tunggu masa jer....