Fuh, masih terasa letih badan sebab 2 hari yang lepas CN join kursus team building sekolah di Melaka. Nanti-nanti lah bila CN free CN cerita ye apa aktiviti sepanjang kursus tersebut ye. Yang pasti hari ini sangat letih hokay, macam muka Dhia Zahra ni !
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
Kemain perasan cikgu SMK Telok Panglima Garang ni kan, cikgu comel ye? Hehehe...saja nak berkongsi gambar kami geng cikgu comel, eh membuat surprise sempena birthday bff kami yang comel & pemurah ni iaitu Cikgu Syuhada. Terharu kawan sorang ni dapat surprise tau sampai mengalirkan airmata gituw. Aktiviti wajib mestilah bergambar kan? hehehe..
Geng cikgu SMK Telok Panglima Garang yang giler-giler tapi sweet dan comel |
Wajib welfie |
Surprise buat bff dari geng cikgu comel |
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
Birthday surprise | Alhamdulillah, minggu lepas 15 April adalah birthday CN yang ke 23, eh! Nothing special berlaku pada hari tersebut, tetapi masing-masing pakat duk buat surprise pada keesokan harinya. Encik Suami dengan masakan specialnya & anak-anak CN di sekolah iaitu 5SK 2019 pulak dengan birthday surprise siap dengan lakonan bagai tau.
Kemain budak-budak ni sekali bergabung dengan bff CN iaitu Cikgu Afizah masing-masing dengan lakonan konon-konon marah-marah lah masing-masing. CN ni kan jenis noob, I pun lantak kat dorang lah nak marah-marah. Bukan masalah aku gituw.. tiba-tiba tengah kusyuk duk mengadap laptop, budak-budak ni berdiri dan nyanyi lagu Happy Birthday siap dengan Shahrul Irfan bawak kek super sedap gituw. Aww..sweet sangat lah budak-budak ni!
Dalam cikgu-cikgu lain duk marah termasuklah CN dengan attitude budak-budak ni yang sentiasa menduga kesabaran, ada taman di hati masing-masing tau. Thanks uolss ! Cikgu pun tak sangka budak-budak ni akan buat surprise birthday. Yela, tahun lepas masing-masing tak bagi cikgu hadiah hari guru pun, tiba-tiba boleh pulak tahun ni dorang buat surprise sempena birthday cikgu. Unexpected kan budak-budak sekolah ni? Hehehe..
Oh ya, dapat juga hadiah birthday dari seorang pelajar 3 Amanah sempena birthday kali ini. Dia bagi chocolate sedap tau. Disebabkan CN tengah banyak stok face mask Reneuf, rezeki budak ni lah cikgu bagi giveaway face mask.
Sebenarnya CN tak harap pun hadiah dari pelajar ni, yela, nak makan kek boleh beli sendiri maa. Chocolate pun CN boleh beli sendiri. Cuma rasa seronok bila pelajar bagi hadiah bermaksud CN dalam hati mereka. Bila CN dalam hati mereka, sudah pasti pengajaran dan nasihat CN mudah melekat di hati. Itu yang CN harapkan.
Kek birthday untuk Cikgu Norazimah |
Kemain budak-budak ni sekali bergabung dengan bff CN iaitu Cikgu Afizah masing-masing dengan lakonan konon-konon marah-marah lah masing-masing. CN ni kan jenis noob, I pun lantak kat dorang lah nak marah-marah. Bukan masalah aku gituw.. tiba-tiba tengah kusyuk duk mengadap laptop, budak-budak ni berdiri dan nyanyi lagu Happy Birthday siap dengan Shahrul Irfan bawak kek super sedap gituw. Aww..sweet sangat lah budak-budak ni!
Birthday surprise dari 5SK 2019
Dalam cikgu-cikgu lain duk marah termasuklah CN dengan attitude budak-budak ni yang sentiasa menduga kesabaran, ada taman di hati masing-masing tau. Thanks uolss ! Cikgu pun tak sangka budak-budak ni akan buat surprise birthday. Yela, tahun lepas masing-masing tak bagi cikgu hadiah hari guru pun, tiba-tiba boleh pulak tahun ni dorang buat surprise sempena birthday cikgu. Unexpected kan budak-budak sekolah ni? Hehehe..
Tak banyak gambar yang diambil sebab terkejut dan ala-ala panik gituw. Jadi lah gambar CN tengah potong kek ni |
Oh ya, dapat juga hadiah birthday dari seorang pelajar 3 Amanah sempena birthday kali ini. Dia bagi chocolate sedap tau. Disebabkan CN tengah banyak stok face mask Reneuf, rezeki budak ni lah cikgu bagi giveaway face mask.
Masing-masing sibuk nak suapkan kek, hokay, CN amek gambar yang muka CN elok je..hehe |
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
Balik kampung di Parit Buntar, tidak sah kalau tidak ke Borders Tea Parit Buntar. Tempat ni memang sentiasa meriah lagi-lagi di malam hari. Kebetulan anak-anak hokay dengan mak saudara dorang, so tinggalkan je budak-budak tu dan mama serta ayahnya dating di Borders Tea! Hehehe..
Green Tea & Hazelnut Coffee di Borders Tea Parit Buntar |
CN dating dengan mamat ni, mujur anak-anak hokay dengan mak saudara dorang! Hehehe.. |
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
Alhamdulillah, hari ini 15 April genaplah umur CN double 3! Tak tahu nak rasa macam mana sebab umur semakin meningkat & maut juga semakin dekat. Hanya doakan CN sentiasa dimurahkan rezeki, kuat & tabah menghadapi ujian dari Allah SWT serta sihat & cantik selalu! Eh !
Hokay, saje share gambar birthday girl bersama #SakuraMalaysia. Pink gituw..
Hokay, saje share gambar birthday girl bersama #SakuraMalaysia. Pink gituw..
CN berlatarbelakangkan #SakuraMalaysia gituw |
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
Ops, jangan menyampah ye bila tengok gambar sesekali cikgu bergaya dengan uniform baru Kelab Guru dan Kakitangan (KGKT). Comey tak kain baby blue dan pink ni?
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
Lagu UNIMAS Gemilang
Menggamit memori saat mendengar lagu UNIMAS Gemilang ini. Inilah lagu UNIMAS, tempat CN menimba ilmu untuk bergelar seorang guru. Empat tahun CN disini, pelbagai pengalaman suka duka pahit manis sebagai seorang mahasiswa. Pengalaman sebagai perantau banyak mengajar CN tentang budaya bangsa lain. Disini, kawan-kawan CN adalah dari bangsa melayu, cina, india, iban, bidayuh dan pelbagai etnik lain.
Memang menarik apabila berkawan dengan pelbagai kaum di Malaysia ini, banyak makanan 'unik' CN dah cuba. Sudah tentu makanan Sarawak faveret CN adalah umai. Pergh ! Sangat membuka selera. Jangan ditanya adakah CN pernah mencuba makan ulat sagu ye, never ! Hahahaha
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Bercerita tentang travel adventure, CN tak dapat lupakan pengalaman CN hiking di Gua Tempurung di Perak tahun 2014 lalu. Best sangat. CN seolah-olah masuk ke dunia baru. Rasa teruja bila masuk ke dalam Gua Tempurung. Cuma masa tu trip kami memilih Pakej Top Of The World di mana pakej ini adalah pakej kering yang tidak melibatkan aktiviti merangkak-rangkak di dalam sungai. Sudah tentu jika diberi peluang, CN pasti akan mencuba aktiviti yang melibatkan sungai. Best woo..
Hiking ke Gua Tempurung
Sempena tahun melawat Perak, pakej hiking ke Gua Tempurung adalah antara aktiviti wajib jika anda ke Perak. Kedudukan Gua Tempurung yang tidak jauh dari bandar Ipoh memang memudahkan pelancong untuk mendapatkan tempat tinggal.
Paling senang, anda boleh booking hotel dan tiket flight di Traveloka.com. Anda pelbagai jenis hotel yang ditawarkan dengan harga yang sangat berpatutan.
Pemandangan yang awesome di dalam Gua Tempurung |
CN cadangkan anda menginap di hotel sekitar bandar Ipoh. Jarak perjalanan dari bandar Ipoh ke Gua Tempurung lebih kurang 40 minit sahaja. Sebelum aktiviti seharian di Gua Tempurung, anda boleh jalan-jalan di bandar Ipoh yang mempunyai pelbagai tarikan.
Peringatan untuk pengunjung di hadapan kaunter tiket Gua Tempurung |
Apa yang menarik di Gua Tempurung?
Gua Tempurung merupakan salah satu gua batu kapur yang terpanjang di Semenanjung Malaysia. Tahukah anda bahawa gua ini juga turut tertulis dalam sejarah Malaysia? Gua ini menjadi tempat persembunyian komunis pada masa dahulu daripada 1950 - 1960. Manakala semenjak daripada tahun 1070, Gua Tempurung telah dijadikan lombong bijih timah. Menariknya di dalam Gua Tempurung, selain anda disajikan pemandangan yang sangat awesome, anda juga akan mendapat pelbagai info menarik tentang kejadian unik di dalam Gua Tempurung serta ada dipamerkan juga alatan melombong bijih timah untuk pengunjung.
Pelajar CN di hadapan Gua Tempurung sempena trip kelas |
Terdapat 4 pakej yang ditawarkan kepada pengunjung di Gua Tempurung iaitu :
Pakej 1 : Golden Flowstone
Bayaran : RM6
# Diberi nama Golden Flowstone kerana apabila hujan, sungai yang mengalir akan melalui bukit membentuk air terjun. Dan istimewanya air terjun tersebut akan berkilau keemasan di dalam gua.
Pakej 2 : Top of the World
Bayaran : RM9
# Pakej pilihan kami merangkumi laluan pejalan kaki yang kering sehingga ke hujung gua. Tangga yang dipanjat pulak dalam tak sedar rupa-rupanya 640 anak tangga ! Double dari Batu Cave! Memang best ! CN paling suka dekat Wind Tunnel dimana rasa angin yang damai even kita di dalam gua. Memang ajaib, dari manalah angin tu datang sebab Wind Tunnel ni di tengah2 gua..kena tengok National Georaphy untuk tahu jawapannya ! Hehehe
Pakej 3 : Top of the World & Short River Adventure
Bayaran : RM11
# Pakej basah dimana perlu merentasi anak sungai di dalam gua. Ramai kawan yang dah pergi cakap memang best merangkak-rangkak di dalam gua ! Pergh ! Kena repeat lagi ke Gua Tempurung ni.
Pakej 4 : Grand Tour
Bayaran : RM22
# Pakej paling best merangkumi laluan2 yang adventure. Keluar daripada tour ni melalui anak sungai di bawah jambatan tempat entrance. Sebab kitorang tak amik pakej ni, keluar jer dari gua, terjun gak ke dalam sungai ! Last2 basah gak baju budak2 ni duk main air,,hehehe
Pemandangan di dalam Gua Tempurung |
Pemandangan dari luar jalan masuk ke Gua Tempurung. Air sungai ni memang jernih dan sejuk. Seronok main air di sini. |
Sempena cuti sekolah ni, apalah salahnya membawa anak2 hiking di Gua Tempurung. Selain banyak ilmu yang dapat berkaitan bentuk muka bumi (cikgu Geografi la katakan), kepuasan pasti terpamer di wajah anak2 kerana hiking di Gua Tempurung tak sama dengan hiking di shoping complex!
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2019 | Hah, sudahkan anda mencalonkan guru kesayangan anda sebagai Guru Inspirasi McDonald's 2019? Jangan buang masa, calonkan guru kesayangan anda di www.mcdonalds.com.my sekarang juga kerana tarikh akhir untuk pencalonan adalah pada 31 Mac 2019 ini sahaja. Dalam artikel CN di SINI menceritakan tentang apa itu Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s dimana anugerah ini memberi pengiktirafan kepada guru yang melaksanakan tanggungjawab mereka melebihi tugas-tugas hakiki demi mendidik pelajar dan memberi inspirasi kepada mereka untuk menjadi lebih baik. Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s merupakan salah satu inisiatif di bawah program kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia dan McDonald’s Malaysia.
Calonkan guru kesayangan anda sebagai Guru Inspirasi McDonald's 2019 |
Kisah Inspirasi Penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald's tahun 2017 & 2018
Ada banyak kisah inspirasi penerima Anugerah Guru Inspirasi 2017 & 2018. Kisah inspirasi paling CN suka adalah tentang Cikgu Wong Lieat Hiong dari SMK Tumpat, Kelantan. Kisah inspirasi dari seorang pelajar bernama Fatin Nur Syahzanani Binti Zakaria tentang guru kesayangannya ini memang menyentuh hati CN sebagai seorang guru.
Bayangkan seorang guru berbangsa Cina menjaga anak muridnya yang berbangsa Melayu seperti anak sendiri selama 2 tahun! Menurut Fatin, cikgunya itu bukan sahaja seorang guru malah seperti seorang ibu kepadanya. Walaupun berbeza agama, Cikgu Wong sangat memahami pelajarnya sebagai orang Islam dengan menyediakan bilik khas untuk Fatin dilengkapi dengan tempat belajar & ruang untuk solat. Cikgu Wong ini bukan sahaja disayangi oleh Fatin, malah turut disayangi oleh pelajarnya yang lain. Kelasnya sentiasa menyeronokkan pelajar.
Video penceritaan Fatin tentang gurunya, Cikgu Wong iaitu antara penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2018
Bayangkan seorang guru berbangsa Cina menjaga anak muridnya yang berbangsa Melayu seperti anak sendiri selama 2 tahun! Menurut Fatin, cikgunya itu bukan sahaja seorang guru malah seperti seorang ibu kepadanya. Walaupun berbeza agama, Cikgu Wong sangat memahami pelajarnya sebagai orang Islam dengan menyediakan bilik khas untuk Fatin dilengkapi dengan tempat belajar & ruang untuk solat. Cikgu Wong ini bukan sahaja disayangi oleh Fatin, malah turut disayangi oleh pelajarnya yang lain. Kelasnya sentiasa menyeronokkan pelajar.
Cikgu Wong Lieat Hiong adalah salah seorang penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s tahun 2018.
|
Selain Cikgu Wong, ada banyak lagi kisah guru inspirasi yang patut dicalonkan. Bagi CN yang juga sebagai seorang guru, bukan duit yang kami inginkan. Tapi penghargaan dari pelajar tentang usaha kami selama ini yang tidak mengira tenaga & wang untuk kejayaan anak didik.
Anda boleh calonkan guru yang telah memberi inspirasi kepada anda dengan mengikuti langkah-langkah dibawah :
1. Klik https://www.mcdonalds.com.my/bm/anugerahguruinspirasi/nominate. Akan keluar paparan seperti gambar dibawah. Isikan maklumat anda & kisah inspirasi tidak kurang 100 patah perkataan.
2. Kemudian, isikan maklumat guru inspirasi anda. Anda juga boleh muatnaik gambar guru inspirasi anda tersebut.
3. Jika anda mempunyai pautan youtube tentang guru inspirasi anda, boleh juga hantarkan link tersebut. Tick kotak kecil untuk terma & syarat serta pastikan guru yang anda calonkan itu bersetuju untuk dicalonkan ye. Okay, dah selesai boleh tekan butang HANTAR.
Hadiah wang tunai RM5000 kepada pemenang Guru Inspirasi & baucar RM200 kepada pencalon
Bukan sahaja kisah inspirasi menjadi taruhan, malah hadiah menarik turut ditawarkan kepada guru yang dicalonkan serta pencalonnya juga. Setiap penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s akan menerima wang tunai bernilai RM5,000, trofi dan sijil penghargaan dalam satu majlis yang dianjurkan oleh sekolah masing-masing sempena sambutan Hari Guru. Pencalon guru tersebut pula akan menerima baucar McDonald’s bernilai RM200.
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
Coretan Keputusan Sains Komputer SPM 2018 |Alhamdulillah, pencapaian yang sungguh membanggakan untuk tahun pertama matapelajaran Sains Komputer SPM 2018 dengan GPMP 3.19 di tempat ketiga Daerah Kuala Langat. Keseluruhan 6 orang pelajar memperoleh 6A- dari 32 orang calon dengan lulus 100%. Pencapaian yang baik dari abang long & kak long Sains Komputer ini! Nampaknya CN kena kerja kuat untuk abang ngah & kak ngah yang agak mencabar ni dengan jumlah calon cuma 24 orang sahaja. Doakan kami ye.
Bersama abang long & kak long matapelajaran Sains Komputer SPM 2018 |
Terima kasih Thaneen bagi cikgu coklat. Tak pernah tak sweet tau. |
#SPM2018 #SainsKomputerSPM |
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~