Irfan, anak sulung CN ni boleh diharap walau kadang-kadang banyak alasan yang diberi. Kalau dia tengah malas, macam-macam alasan dia bagi, Irfan penatlah, Irfan sakit kaki lah, Irfan sakit pinggang lah dan macam-macam lagi. Kali ini CN ingin berkongsi dengan pembaca beberapa gambar Irfan ketika menolong ayahnya di kebun sayur. 'Kerja' tak sampai setengah jam dah baring terlentang penat!
Lepastu kenalah tarbiah dengan ayahnya, "Hah, nak kerja senang kena belajar rajin-rajin ye". Insaf lah sekejab budak tu terus nak baca buku nak belajar rajin-rajin...hehe
Lepastu kenalah tarbiah dengan ayahnya, "Hah, nak kerja senang kena belajar rajin-rajin ye". Insaf lah sekejab budak tu terus nak baca buku nak belajar rajin-rajin...hehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Happy birthday Irfan | Alhamdulillah, hari ni genap umur Irfan 6 tahun. Sekejab je masa berlalu. Inilah anak sulung CN. Dia yang mengajar CN menjadi seorang mama. Sekejab je masa berlalu. Rasanya macam semalam CN baru bersalin kan Irfan. Rasanya macam baru semalam CN cium bau baby Irfan yang wangi sangat ! Alahai la anak, cepat sangat awak tinggi wahai Irfan. Dulu bambam sekarang sudah kurus. Dulu comel sekarang dah hensem. Inilah anak bujang CN, Muhammad Irfan!
Unboxing Surprise Box dari Atom & The Dot | Asyik CN je dapat surprise box, sesekali Irfan pun teringin gak terima surprise box dari abam posmen. Hah, bukan sekali tapi dua kali Irfan terima surprise box dari Atom & The Dot. Jom tengok macam mana Irfan unboxing surprise box dari Atom & The Dots. Excited hokay.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
I-City Waterpark Shah Alam | Cuti sekolah apa kata bawa anak-anak bermain air di I-City Waterpark Shah Alam. Memang best di sini. Dhia Zahra yang dulu takut main air di waterpark kini sudah berani bermain tau. Siap pakej taknak balik lagi !
Video Irfan & Dhia bermain air di I-City Waterpark
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Video Tiktok Irfan | Hah, Irfan pun pandai berTiktok tau. Ini antara video koleksi Tiktok Irfan Hensem, anak bujang CN sorang tu. Comel tak?
Video Tiktok Kelakar
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Gaya Raya 2018 | Gaya raya Irfan hensem & Dhia Zahra hari kedua simple je, Dhia Zahra dengan peplum dari doudou.my manakala Irfan hensem dengan kemeja kereta banyak-banyak bersama slack. Raya kedua kami beraya ke rumah saudara-mara terdekat. Dhia Zahra kurang comel sikit sebab rambut dah serabut sebab dia jenis tak suka ikat rambut. Sabar jela dengan anak dara sorang ni !
Gaya Raya 2018 hari kedua
Irfan Hensem & Dhia Zahra dengan gaya raya mereka |
Irfan Hensem |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Diari Puasa Irfan | Hari ini merupakan hari ke-6 umat Islam berpuasa. Anak bujang CN pula hanya mampu berpuasa penuh pada hari pertama sahaja, hari seterusnya hanyuttt. Hari kedua berpuasa, Irfan minum air di sekolah bersama kawannya. Tapi sampai petang dia tak makan dan minum konon-konon berpuasa lah tu. Hari ketiga pula sebab di rumah Opah ada ramai sepupu, minum air pada pukul 3 petang sebab haus! Hari keempat Irfan digoda oleh biskut Tiger yang dimakan Dhia Zahra. Tengah hari terkubur puasanya. Alahai la anak.
Semalam hari kelima berpuasa, balik sekolah je terus nangis-nangis cakap dengan ayahnya nak minum air sebab haus. Ayahnya pulak lembut hati bagi lah si anak tu minum. Dah setle puasa hari kelima. Cuma Irfan minum air sahaja dan tidak makan apa-apa sampai la waktu berbuka. Bagi Irfan berpuasa adalah lapar, bukan dahaga. Jenuh duk menerangkan bila berpuasa tak boleh makan dan minum. Encik Suami pula mudah lembut hati bila anak cakap dahaga dan lapar, tapi CN memang keras hati. No means no !

Irfan Hensem & Dhia Zahra |
Cabaran Terbesar Berpuasa adalah Dhia Zahra
Bagi Irfan, cabaran dan dugaan paling besar ketika berpuasa adalah adiknya Dhia Zahra. Si adik mudah untuk pelawa apa yang dia makan dan minum kepada abang. Yela, biasa makan sama-sama. Mestilah dia pelik kenapa abang tak makan. Lepastu bila asyik dipelawa, memang tergugat la iman si abang. Almaklumlah, iman budak 6 tahun. Kuat mana lah kan? Hehehe
Puasa hari ke-enam pulak tak tahu lah macam mana. Harap-harap Irfan makin kuat dan tabah dengan cabaran & dugaan dari si adik, Dhia Zahra.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Diari Puasa Irfan |Alhamdulillah, hari pertama Irfan berpuasa dan dia berjaya! Syukur sangat kerana inilah kali pertama dia berpuasa. Memang pelbagai drama pujukan & tangisan. Tapi CN relax & terus memujuk anak bujang sorang ni dan akhirnya dia berjaya berpuasa penuh pada hari pertama Ramadhan.
Irfan mudah untuk dikejutkan. Menu bersahur pada hari pertama cukup ringkas iaitu telur tumis cili. Letak kuah sikit sebagai penambat selera untuk si kecil. Banyak juga Irfan makan. Selepas habis sepinggan, dia terus tidur balik kerana mengantuk yang amat.
Mujur hari pertama puasa PASTI Irfan cuti. Apa lagi sakan si bujang tidur bersama ayah yang juga cuti. Ok, shift pertama sehingga pukul 1 bersama ayah berjaya!
Dalam kereta semasa Encik Suami mengambil CN bermula lah 'drama' Irfan. Merengek-rengek dia cakap "Irfan lapar". CN cuma cakap "Kalau Irfan nak makan, masak sendiri sebab nasi tiada, nak mama masak tunggu petang ni".
Irfan pun diam dan bermain henfon sampai tertidur. Pukul 4 lebih 'drama' Irfan bermula lagi. Kali ini agak kuat tangisan dia sambil cakap "Irfan lapar". CN pujuk dia dan cakap nasi tengah masak.
Mungkin kelaparan yang amat, Irfan kembali tertidur. Sehingga hampir maghrib baru lah CN kejutkan dia.
Alhamdulilah, bukan mudah untuk mengajar anak kecil berpuasa. Hati kena kental. Memang kesian tengok anak kelaparan. Tapi sebagai ibu, kita perlu sabar memujuk anak & menceritakan kelebihan berpuasa ni. Sambil tu bercerita tentang orang miskin yang kelaparan. InsyaAllah, jiwa anak kecil ini kental sebenarnya. Kita sebagai ibu bapa yang perlu menggilap lagi ketekalan jiwa kecil itu.
Irfan Hensem belajar berpuasa |
Anak belajar puasa
Irfan mudah untuk dikejutkan. Menu bersahur pada hari pertama cukup ringkas iaitu telur tumis cili. Letak kuah sikit sebagai penambat selera untuk si kecil. Banyak juga Irfan makan. Selepas habis sepinggan, dia terus tidur balik kerana mengantuk yang amat.
Mujur hari pertama puasa PASTI Irfan cuti. Apa lagi sakan si bujang tidur bersama ayah yang juga cuti. Ok, shift pertama sehingga pukul 1 bersama ayah berjaya!
Irfan lebih terbaring masa shift kedua sebab lapar |
Shift kedua yang memeritkan
Dalam kereta semasa Encik Suami mengambil CN bermula lah 'drama' Irfan. Merengek-rengek dia cakap "Irfan lapar". CN cuma cakap "Kalau Irfan nak makan, masak sendiri sebab nasi tiada, nak mama masak tunggu petang ni".
Irfan pun diam dan bermain henfon sampai tertidur. Pukul 4 lebih 'drama' Irfan bermula lagi. Kali ini agak kuat tangisan dia sambil cakap "Irfan lapar". CN pujuk dia dan cakap nasi tengah masak.
Mungkin kelaparan yang amat, Irfan kembali tertidur. Sehingga hampir maghrib baru lah CN kejutkan dia.
Alhamdulilah, bukan mudah untuk mengajar anak kecil berpuasa. Hati kena kental. Memang kesian tengok anak kelaparan. Tapi sebagai ibu, kita perlu sabar memujuk anak & menceritakan kelebihan berpuasa ni. Sambil tu bercerita tentang orang miskin yang kelaparan. InsyaAllah, jiwa anak kecil ini kental sebenarnya. Kita sebagai ibu bapa yang perlu menggilap lagi ketekalan jiwa kecil itu.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Heroku Irfan | Alahai anak bujang CN sorang ni. Siapa lagi kalau bukan Irfan Hensem. Nampak macam lembut je orangnya, tapi bila main tu tak lasak tak sah! Anak lelaki katakan. Kali ini lasaknya sampai berlubang dahi terhantuk bucu almari atok. Macam mana boleh terhantuk? Excited ketika bermain bola sampai tak perasan almari yang besar tu. Hasilnya, hah !! Berlubang sikit dahi tu. Mujur salah sendiri, langsung tak menangis. Cuba kalau orang lain yang buat, confirm bergegar rumah dengar tangisan dia !
Luka di dahi Irfan Hensem |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Irfan pergi lawatan sekolah | Minggu lepas Irfan join lawatan sambil belajar bersama rakan-rakan PASTI nya. CN tak join sebab saja bagi peluang anak bujang CN sorang tu pergi lawatan bersama rakan-rakannya. Memang seronok Irfan Hensem join lawatan tersebut. Antara tempat menarik yang dikunjungi adalah Bery's Coklat Seri Kembangan, Animal Garden di MAEPS Serdang dan Putrajaya.
Meh CN kongsikan beberapa keping gambar yang dikongsi oleh cikgu Irfan di group whatsapp.
Irfan group riben biru untuk bas kedua. Pelajar dibezakan ikut bas berdasarkan riben. Cute kan? |
Manja sangat Irfan duduk atas riba cikgu semasa mereka belajar cara membuat yogurt |
Irfan cakap gambar ni masa dia main-main dengan rabbit |
Muka excited dapat naik bas |
Tertido keletihan di dalam bas semasa perjalanan pulang. Hover kan anak bujang CN sorang ni? Hehehe... |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~