Nasihat dari kubur untuk kita semua :
>> Saya adalah tempat paling gelap maka terangilah saya dengan tahajjud
>> Saya adalah tempat paling sempit maka luaskanlah saya dengan silaturahim
>> Saya adalah tempat paling sepi maka ramaikanlah dengan membaca al-quran
>> Saya tempat binatang yang menjijikkan maka racunilah dengan amal sedekah
>> Saya tempat munkar & nankir bertanya maka persiapkanlah jawapanmy dengan perbanyak mengucapkan kalimah Laailalaillallah
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
Doa Mohon Kesihatan Tubuh Badan
Marilah kita bersama-sama amalkan untuk memperoleh kesihatan tubuh badan yang sihat.
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
11 nasihat untuk anda yang berumur 40 tahun ke atas | Ketika umur mencecah 40 ke atas, masa ini sudah semestinya kehidupan lebih 'stable' dengan kewangan yang kukuh, keluarga dan anak-anak yang sedang membesar. Pada umur ini juga kesihatan semakin menurun. Jadi kesihatan memainkan perkara utama yang perlu diambil kira. Jom CN share 11 nasihat untuk anda yang berumur 40 tahun ke atas.
11 Nasihat untuk anda yang berumur 40 tahun ke atas
Berikut adalah nasihat dari Ustaz Ahmad Dusuki bagi anda yan sudah mencapai umur 40-an, 50-an, 60-an.
1. Cubalah berurut urat saraf 7 kali setahun supaya lancar perjalanan darah. walaupun ketika itu kita tidak mengalami kesakitan saraf.
2. Banyakkan minum air kosong kerana kebanyakan penyakit berpunca dari kurang air di dalam badan.
3. Cuba bersenam walaupun hanya berjalan kaki menaiki tangga.
4. Kurangkan kuantiti makanan kerana makin banyak kita mengambil makanan maka kita akan makin cepat sakit.
5. Jauhi kemarahan atau kegusaran, belajarlah melupakan perkara yang remeh-temeh.
6. Biarkan harta pula berbakti kepada kesenangan kita, sudah lama kita cari harta kini tiba masanya harta bersusah untuk kita.
7. Jangan memarahi atau berdendam dengan sesiapa, tempuhlah hidup ini dengan seadanya dan gembira.
8. Banyakkan gurau-senda dengan keluarga dan kenalan, kurangkan tekanan dan nikmatilah hidup dengan pergaulan.
9. Banyakkan masa untuk duduk dengan Allah kerana kita mula menuju kepada-Nya.
10. Bersedekah, berzakat dan berinfaqlah sebahagian harta kita ke fisabillilah. Semoga saham-saham ini membantu kita di akhirat kelak. ان شاء الله
11. Makanlah makanan sunnah. Dengan usia dalam lingkungan ini macam2 penyakit mengejut boleh datang. Ingatlah orang yang tersayang.. Duit boleh dicari tapi tanpa kesihatan yang baik duit yang banyak tiada makna jua..
Semoga bermanfaat 🌹
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
Kunci Hati Dan Jiwa Menjadi Tenang | Bagaimana untuk kunci hati dan jiwa menjadi tenang? Ikutlah tips di bawah.
Kunci Hati Dan Jiwa Menjadi Tenang |
Kunci Hati Dan Jiwa Menjadi Tenang.
~ Tidak Membenci
~ Tidak Mengeluh
~ Hidup Bersederhana
~ Berprasangka Baik
~ Selalu Tersenyum
~ Selalu Memberi
~ Sembunyikan Doa Yang Kita Lakukan Untuk Mereka
~ Tidak Dengki Dan Iri Hati
~ Mudah Memaafkan
~ Hindari Permusuhan
~ Berkasih Sayang
~ Redha Meredhai
"Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hamba KU, dan masuklah kedalam syurgaKU"
S(6)Al-Farj. A(27-30)
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Selagi boleh SABAR, SABAR lah
Selagi boleh DIAM, DIAM lah
Selagi boleh TAHAN, TAHAN lah
Allah tahu apa yang kita rasa
Ini semua dugaan dari NYA
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
Jika engkau melihat keburukan pada diriku, maka beritahu aku, bukan orang lain. Kerana yang mengubahnya adalah aku, bukan orang lain !
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
Doa mohon bantuan Allah yang luar biasa | Mari kita sama-sama amalkan doa mohon bantuan Allah yang luar biasa dari surah al-kahfi ayat 10.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
3 keistimewaan puasa 6 | Dalam duk berseronok beraya, jangan lupa diet supaya perut yang slim semasa Ramadhan maintain slim yer. Cara paling senang kembali ke berat badan asal setelah berhempas pulas makan rendang, masak lodeh, nasi dagang dan pelbagai makanan yang berLEMAK adalah dengan puasa 6. CN cedok artikel menarik dari SINI. Sememangnya puasa 6 ini mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaannya.
Keistimewaan puasa 6 |
3 Keistimewaan Puasa 6
1. Puasanya sama seperti ganjaran berpuasa selama setahun
: Dalam hadis riwayat Imam Muslim telah disebutkan Nabi S.A.W menjelaskan sesiapa yang berpuasa Ramadhan dan menambah enam hari pada bulan Syawal sama seperti berpuasa setahun. Imam Nawawi menyatakan setiap kebaikan akan digandakan oleh Allah S.W.T sebanyak 10 kali ganda.
: Tambah beliau lagi, barang siapa melengkapkan Ramadhan maka ganjaran pahalanya sama seperti puasa sepanjang 10 bulan! Puasa 6 hari Syawal digandakan 10 bersamaan 60 hari dan bersamaan 2 bulan. Oleh itu, puasa Ramadhan ditambah 6 hari di bulan Syawal sama pahalanya seperti puasa setahun.
2. Melengkapkan kekurangan yang terdapat dalam ibadah puasa pada bulan Ramadhan
: Al-Hafiz Ibnu Rajab menyatakan puasa 6 hari di bulan Syawal akan melengkapkan kekurangan dan kecacatan yang terdapat ketika mana seseorang itu melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Beliau mengkiaskan dengan kelebihan solat sunat rawatib sebelum mahupun selepas solat fardu yang menampung kekurangan yang terdapat padanya.
3. Supaya manusia tidak lupa menunaikan puasa sunat lain
: Dengan mensyariatkan puasa sunat 6 hari dalam bulan Syawal, manusia akan terlatih untuk meneruskan puasa sunat yang lain. Kemungkinan seseorang muslim itu terlupa untuk meneruskan ibadah puasa sunat lain setelah menyambut Aidilfitri namun dengan adanya puasa sunat 6 hari Syawal sekurang-kurangnya memberikannya peringatan dan motivasi untuk terus berpuasa, tidak semata-mata menunggu kedatangan Ramadhan yang akan datang.
Wallahualam..
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Bagaimana untuk minum 8 gelas air di bulan puasa | Semua orang bersetuju dengan kepentingan air kosong kepada tubuh manusia. Bulan puasa menuntut umat Islam agar menahan lapar dan dahaga sepanjang waktu siang, bermula Subuh hingga Maghrib iaitu kira-kira 13 jam sehari selama 30 hari. Oleh sebab itu, kita perlu bijak mengatur disiplin agar tubuh badan kita tidak terdehidrasi kerana kurang air. Tips daripada KKM ini boleh membantu kita untuk mencukupkan 8 gelas air sehari walaupun berpuasa selama sebulan ! Jom minum 8 gelas air di bulan puasa untuk tubuh yang sihat.
8 Gelas Air Di Bulan Puasa |
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
Kalau aku kaya | Cuba bayangkan kalau semua orang di Malaysia malam semalam Allah bagi RM 10,000,000.00 setiap seorang terus ke dalam akaun bank. Bangun pagi ni, kita cek akaun melalui CimbClicks, punyalah terkejut sebab ada RM10 juta dalam akaun. Kita pun merancang untuk masukkan duit dalam pelaburan, bagi emak dan ayah, bayar hutang, beli kereta baru, beli rumah baru, shopping sakan dan pergi melancong dan Umrah.
Kita pun call emak di kampung, emak cakap tak perlu bagi emak duit lagi sebab emak dah jutawan.
Kita keluar rumah untuk pergi selesaikan urusan kita tadi. Keluar rumah, baru nak hidupkan kereta Myvi, kereta pula rosak. Terus terbayang nak tukar dengan BMW 328i Sport. Sebelum tu, kena ada kereta lain dulu untuk ke Auto Bavaria. Kita pun call 012-5235574 untuk sewa kereta. "Maaf, kami tidak beroperasi selama setahun kerana semua staff cuti. Mereka sudah jadi jutawan."
Kita pun terus membuka applikasi Grab dan Uber. Ternyata tiada yang available kerana semua sudah jadi jutawan.
Kita mula melangkahkan kaki keluar untuk mendapatkan teksi. Ternyata teksi juga tiada kerana semua pemandu teksi sudah jadi jutawan.
Kita teruskan melangkah ke bank untuk mengeluarkan duit. Bank juga tutup kerana semua pegawai bank sudah jadi jutawan. Duit di dalam mesin Atm juga sudah habis kerana kita agak lewat dan tiada penghantaran duit kerana mereka yang bekerja dengan Securityforce juga sudah jadi jutawan.
Kita mula buntu dan cuba melangkah longlai ke kedai mamak berhampiran untuk pekena teh ais kaw bagi menghilangkan rasa tertekan. Ternyata kedai mamak juga tutup kerana semua pekerjanya sudah jadi jutawan.
Kita semakin buntu. Kelihatan banyak projek pembinaan bangunan tidak berjalan kerana semua pekerja Indonesia dan Bangla juga sudah jadi jutawan.
Kite melangkah masuk ke kedai 24 jam, 7 eleven. Buat kali pertama kedai 7 eleven juga tutup kerana semua pekerjanya sudah jadi jutawan.
Banyak stesen minyak yang tutup kerana terputus bekalan minyak kerana pemandu lori minyak juga sudah jadi jutawan.
Keadaan jalan menjadi semakin sesak. Tetapi tiada Polis Trafik yang bertugas menjaga lalu lintas kerana semua Polis Trafik juga sudah jadi jutawan.
***
Jadi, bagaimana dengan kita?
Kesimpulannya, Allah dah jadikan setiap perkara itu adil dan sempurna.
Kepada mereka yang Allah berikan nikmat rezeki dan pangkat yang lebih, jangan sesekali sombong, berlagak dan memandang hina pada orang yang serba kekurangan atau biasa-biasa sahaja ini. Kerana tanpa disedari, mereka ini lah yang banyak memudahkan urusan harian anda dengan izin Allah.
#muhasabahdiri
#mengingatidirisendiri.
~ Salam Jumaat Cikgu Norazimah ~
Doa Mohon Kesihatan Tubuh Badan
Marilah kita bersama-sama amalkan untuk memperoleh kesihatan tubuh badan yang sihat.
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
Sebenarnya DIAM LEBIH BAIK daripada bersuara kerana mungkin kita akan menyakiti hati orang lain apabila bersuara...
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Sebelum tidur, lupakan semua yang menyakiti, maafkan mereka.
InsyaAllah kita akan dapat tidur yang lena dan tenang.
Memaafkan lebih baik dari menyimpan dendam...
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Anak-anak CN memang suka sangat video lagu Omar dan Hana. Disamping menghiburkan, video lagu Omar dan Hana juga mempunyai unsur nasihat dan mendidik. Memang sesuai untuk anak-anak anda. Bukan sahaja anak-anak yang juga lagu Omar dan Hana ini, mamanya juga turut boleh nyanyikan lagu Omar dan Hana tau. Lagi-lagi lagu Sayang Mama Papa ni, sweet gituw.
Video lagu Omar dan Hana
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
Semangat pagi !
Semoga pagi ini penuh barakah & senyuman...
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~
Rezeki Berkat
Sedikitnya cukup banyak diagih-agihkan
Rezeki Tak Berkat
Sedikitnya tidak cukup, banyak tida puas.
Umpama meminum air laut, semakin diminum semakin haus !
~ Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah ~