Salam mesra..
Dalam entry SINI, CN akan menghadiri Kursus Pembangunan Profesionalisme Berterusan (CPD). Jadi, sebelum ke sana dari 17/9 - 21/9, CN perlu 'study' dulu benda2 ni..sambil2 study, apa salahnya berkongsi dengan u all semua benda2 baru dalam dunia pendidikan di Malaysia sekarang ni..semoga dapat menjadi panduan untuk u all semua.. [smile]
1. Dasar dan Hala Tuju Pendidikan
: Rujuk SINI
2. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
: Menggantikan KBSR dan digubal dalam pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan pembelajaran yang perlu dicapai murid dalam satu tahap persekolahan
: Berasaskan 6 tunjang iaitu Komunikasi, Kerohanian, Sikap dan Nilai Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan Estetika, Sains dan Teknologi serta Keterampilan Diri.
: Menggunakan Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi secara eksplisit dengan memfokuskan kepada 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul)
Salam mesra..
Sempena topik Geografi Tingkatan 2 tajuk [Perkembangan Pengangkutan & Perhubungan], CN berbesar hati ingin berkongsi dengan pelajar semua tentang salah satu pengangkutan awam di Malaysia yang canggih iaitu KOMUTER !
Seingat CN, last naik komuter Januari 2012 iaitu masa tu terpaksa balik Klang dengan cepat sebab arwah PakJang meninggal dunia. Masa tu, takde lagi tv canggih dan elektronik route map dalam komuter. So tiba2 jumaat lepas rasa macam nk balik sendiri naik komuter sebab EA agak bizi dan boleh amik CN mlm. Lama benor nk tunggu, so better balik sendiri. Bukan jauh sangat pon..3 JAM perjalanan jer dengan public transport ! Ahaks~
Jadi, CN memulakan perjalanan naik komuter ke Klang dari Batu Caves. Batu Caves ni adalah stesen baru dan paling hujung, dan CN baru tahu boleh terus ke Klang dari Batu Caves tanpa perlu transit ! BAHAGIANYA ! CN leh tidur dari Batu Caves sampai ke Klang ! Tambang pon murah cuma RM4.80. Nak selamat, CN naik KOC WANITA yang kaler pink..pompuan jer semua. Nk tidur muka comot2 pon takper ! Hehehe..
Kesimpulannya (dah macam karangan untuk kelas Cikgu Liana pulak yer..), komuter baru dari Batu Caves ke Klang memang BEST dan memudahkan ! Perjalanan mengambil masa cuma 1 jam setengah sahaja ! Cuma nk ke Banting CN perlu naik bas CityLiner kaler merah yang padat dengan mat bangla, indon, nepal, dan seangkatan dengan nya ! Rasanya lepas ni CityLiner pon kena buat gak bas khas kaler pink untuk wanita pulak !
CN rasa kan, lepas ni, sanggup tunggu EA amik dari balik sendiri ! Memang serik naik bas Klang-Banting tu ! Tapi...tapi... KOMUTER KTM best dan terbaik ! Caya lah KTM !
[Stesen komuter Batu Caves]
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
[ I LOVE them ! Ait..Aqila pon join sekali yer..hehe ]
Salam Jumaat..
CN berbesar hati berkongsi dengan anda semua pembaca tersayang tentang ISTERI calon neraka. CN dapat mesej ni dari EA..
EA : SYG JGN ADER YG SALAH SATU DR BAWAH NI TAU.. ABG SYG ISTERI ABG.. DUNIA DAN AKHIRAT.. LUV U SYG Isteri Calon Neraka -Tidak suka mengerjakan solat -Suka bercakap bohong kpd suami -Suka berhias utk selain suaminya -Tidak mensyukuri kesenangan yg diberikan oleh suami -Tidak menghormati suami -Suka mencari musuh -Sombong -Tidak takut kepada Allah sedikit pun -Tidak mahu mengaku salah bila buat salah -Tidak mahu minta maaf kepada suami -Tidak boleh dinasihati oleh siapa saja -Degil dan keras kepala -Merasakan diri lebih baik dari orang lain -Suka berpoya-poya -Malas melakukan amalan baik seperti membaca Al-Quran, selawat dan istighfar -Suka memandang rendah kepada orang lain Telah diriwayatkan dari Ibnu Abbas satu hadith bahwa Rasulullah S.A.W bersabda : “ Aku melihat neraka dan sama sekali belum pernah melihat pemandangan seperti hari ini. Aku melihat kebanyakkan penghuninya adalah para wanita “. Para shahabat bertanya : “ Mengapa wahai Rasulullah ?" Beliau menjawab :“ Karena kekufuran mereka “. Beliau ditanya, “ Apakah mereka kufur terhadapAllah ? “. Beliau bersabda “ Mereka kufur terhadap suami dan mengingkari kebaikkan. Jika engkau berbuat baik kepada salah seorang dari mereka sepanjang masa. Kemudian dia menemukan sesuatu yang dia benci pada dirimu, maka dia akan berkata : “ Aku sama sekali tidak pernah melihat kebaikan pada dirimu. “
Semoga kita semua dijauhkan olih Allah daripada bersifat dgn sifat yg akan membinasakan kita didalam neraka Allah…
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Berita di BH dan Metro
Innalillahhiwainnahirajiun .... pagi2 CN dikejutkan dengan berita di kampung CN (Parit Buntar) tentang kematian seorang bayi 2 tahun dilanggar kereta oleh abang berumur 4 tahun ! Terus sentap teringat IRFAN bersama ibu di Banting..Ya Allah, lindungilah anakku dari kecuaian manusia. Panjangkanlah umurku dan umur anakku supaya aku dapat menjaganya sampai lah dia pandai berdikari. Ya Allah, kau peliharalah keluarga ku dari bencana.....
Sedih ! Mengalir air mata apabila baca berita tentang kematian anak2 kecil. Sejak dikurniakan anak, memang jiwa sensitif berkaitan dengan anak2 kecil ni. CN tak dapat bayangkan bagaimana perasaan ibubapa kanak2 malang ni. Menurut berita, nama bayi 2 tahun tu adalah Mohd Adam. Dia sewaktu kemalangan, tengah nak pakai selipar dan abangnya yang berumur 4 tahun main2 kereta ayahnya yang diparking dan secara tidak sengaja, tertukar gear reverse !
CN tak dapat bayangkan perasaan ayahnya apabila tengok anak berumur 2 tahun telah mati dengan darah terpercik ke dinding ! Ya Allah..syurga buat Mohd Adam ! Semoga keluarga Mohd Adam menerima kematian anak tersayang dengan hati yang redha..setiap yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Kita yang masih hidup, jadikan ini sebagai pengajaran. Kemalangan boleh berlaku di mana2 dan pada bila2 masa sahaja ! Kepada masyarakat Malaysia yang prihatin, tolong jangan salahkan ibubapa Mohd Adam sebab ini adalah kemalangan! Kita sebagai manusia tidak lepas dari bersikap cuai. Marilah sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah buat Mohd Adam..semoga rohnya dicucuri rahmat !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~


.jpg)



