Salam mesra..
Lappy CN kini dalam tawanan IB !
CN tak boleh type cerita panjang2 sebab IB tengah layan video ni, nanti dia marah !
Jom la u all pon layanz sama la dengan IB video favourite dia ni..
~ Sayangkan anak..layanz jela video ni sampai muntah..waaa ~
Salam mesra..
Berdebar debar jer CN menunggu jawapan egtukar yang KEMUNGKINAN besar akan diketahui awal November ni.
Macam masa nak ambik result SPM jer..tp rase nya lg teruk dr nak amik result SPM dulu sebab macam blh jangka resultnya...result egtukar nie terlalu bnyk kemungkinan ! Fuhh....
Tabahkanlah hati CN menerima apa2 pun keputusannya nanti.
Mohon jasa baik pembaca2 tersayang untuk mendoakan kejayaan pertukaran CN ke Selangor yer. InsyaAllah, kalau CN dapat tukar, kenduri kesyukuran akan menyusul diikuti tumbang lembu sekor untuk dikorbankan.. amin...
~ Pesanan khidmat masyarakat dari Cikgu Norazimah ~
Hokay..dalam entry SINI, mesti ramai yang baca tentang 25 PERKARA RANSANG ANAK JADI BIJAK. Jadi ini adalah sambungan 25 lagi perkara menjadikan 50 !
26-BUAT MUKA LAWAK
Kembungkan pipi dan suruh anak sentuh hidung anda. Bila dia sentuh sahaja, poof! Tiupkan ke mukanya. Suruh dia tarik telinga anda dan jelirkan lidah. Buat bunyi yang pelik ketika dia memegang kepala anda. Amalkan rutin yang sama tiga ke empat kali dan kemudian tukar caranya untuk membiarkan anak kembali meneka.
27-RASA SEKELILING ANDA
Berjalan-jalanlah di sekitar rumah dengan mendukung bayi. Letakkan tangannya pada tingkap, kain, daun dan objek-objek selamat yang lain sambil me’label’ barangan tersebut.
25 Perkara RANSANG Anak Jadi Bijak Pandai
Salam mesra..
Pakar perkembangan bayi percaya bahawa tahun-tahun pertama kehidupan bayi merupakan tempoh utama pembelajaran berlaku. Anda tidak perlu muzik-muzik klasik, pita-pita belajar bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik baginya ialah ANDA.
Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama-sama... jenis-jenis interaksi-interaksi harian begini adalah lebih penting. Namun, kadangkala memang sukar untuk memikirkan cara-cara baru untuk merangsang anak kecil anda (terutama sekali apabila anda tidak tidur malam meredakan tangisannya) .
50 aktiviti menarik (dan berdasarkan sains) yg disyorkan ini mungkin membuahkan hasil untuk meransang anak jadi bijak pandai !
1-BERTENTANG MATA
Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adalah yang paling penting. Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya.




