Siri Album Irfan
#IrfanHensem adalah hashtag khas buat anak sulung CN iaitu Irfan. Siri Album Irfan adalah himpunan gambar Irfan dari baby sehingga sekarang yang disiarkan setiap hari khamis di www.cekgunorazimah.com khas buat pembaca tersayang.
Wajah polos dari #IrfanHensem yang berumur 18 hari
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
New Visitor dan Returning Visitor
Jika anda berblog untuk menjana pendapatan sampingan, pastinya anda perlu tahu akan istilah new visitor & returning visitor.
Siapakah New Visitor?
Pelawat baru yang datang ke blog sama ada melalui carian organik (menggunakan teknik SEO), bloglist dalam blog rakan-rakan blogger dan referral link dari media sosial seperti facebook, Google+, babap.net dan sebagainya. Antara faktor yang boleh menarik new visitor ini melalui referral link adalah TAJUK. Tajuk yang menarik mampu menarik new visitor ke blog kita.
Siapakah Returning Visitor?
Returning visitor boleh dikatakan sebagai 'peminat' kita yang sentiasa singgah ke blog untuk membaca entry terbaru. Mereka ini sama ada terdiri daripada rakan-rakan blogger yang menjadi followers blog, pelajar sekolah yang sentiasa mencari maklumat dari cikgunya macam blog CN dan rakan-rakan di media sosial seperti facebook, twitter, google+ dan instagram jika anda berkongsi link blog anda.
Siapakah lebih penting, new visitor atau returning visitor?
Bagi blogger glamer seperti Ben Ashaari dan Mat Gebu, kebanyakan pelawat yang datang ke blog mereka adalah returning visitor kerana mereka mempunyai 'nama' dalam arena blogging di Malaysia dan followers yang beribu-ribu. Tidak sukar untuk mendapatkan UV dari 'peminat' setia mereka setiap hari.
Berbeza pula bagi blogger seperti Hasrul Hassan dan Sohoque yang merupakan antara pakar SEO di Malaysia. Kebanyakan UV yang diperoleh adalah dari new visitor.
Untuk blogger yang baru hendak membina tapak dalam arena blogging di Malaysia seperti CN, kedua-dua jenis visitor amat penting. Seperti gambar di atas adalah statistik blog CN ketika musim PT3 dimana entry Kegiatan Ekonomi Yang Berpotensi Dimajukan mendapat view lebih 200k dan itu merupakan carian organik di google dari new visitor. CN mendapat returning visitor pada bulan tersebut pula adalah disebabkan oleh proses menyiapkan kajian kes yang memerlukan pelajar sentiasa mencari maklumat di Internet. Jadi pelajar yang sama akan singgah ke blog CN dalam tempoh musim PT3 tersebut.
Masih banyak lagi yang perlu CN belajar tentang teknik SEO untuk mendapat new visitor berbanding returning visitor kerana CN bukanlah kategori blogger cantik yang mempunyai ramai peminat. Tetapi untuk 'memaksa' pelajar membuka blog CN untuk mendapatkan returning visitor tu agak mudah la..hehehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Hb Rendah Ketika Kehamilan
Hb rendah ataupun kekurangan sel darah merah sering dialami oleh wanita hamil dan amat bahaya jika dibiarkan berterusan. Mengikut World Health Organization (WHO), Hb rendah iaitu di bawah paras 11 g/dL dikategorikan kepada 3 peringkat.
Peringkat Hb Rendah
Ringan : Hb 9 - 11 g/dL
Sederhana : Hb 7 - 9 g/dL
Teruk : Hb kurang daripada 7 g/dL
Faktor Hb Rendah
1. Ibu yang hamil lagi dalam tempoh yang singkat
2. Hamil anak kembar
3. Mengalami muntah terlalu kerap dan alahan mengandung yang teruk
4. Ibu yang tidak atau kurang mengambil makanan yang kaya dengan zat besi
5. Ibu mengalami haid dalam kuantiti yang banyak sebelum hamil dan ini menyebabkan zat besi dalam badan berkurangan semasa hamil
6. Ibu yang hamil pada usia remaja
7. Ibu mempunyai sejarah anemia
8. Ibu yang mengambil alkohol ketika hamil
Faktor utama CN mengalami Hb rendah semasa check up bulan lepas iaitu 10.8 adalah kerana faktor nombor 4. CN kurang mengambil makanan yang kaya dengan zat besi. Apakah makanan yang kaya dengan zat besi ini? Next entry CN akan berkongsi pula dengan anda cara mengatasi Hb rendah ini. Tunggu ye...
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~




