Taman Rekreasi Banting
Taman permainan ini terletak berhadapan dengan Hospital Banting memang meriah dengan pelbagai aktiviti di petang hari. Tarikan terbaru di Taman Rekreasi Banting ini adalah tempat khas untuk bermain rollerblade dan skateboard.
Permainan rollerblade dan skateboard menjadi trend kini. Tetapi jangan pula anda fikir bahawa CN yang bermain rollerblade ni. Agak-agak la dengan perut besar ke depan untuk bermain permainan ini. Silap hari bulan terus kena paksa warded di Hospital Banting pula, tak ke naya tu? Hehehe
CN dan adik membawa anak-anak melihat orang bermain rollerblade dan skateboard disini selain bermain pelbagai permainan yang terdapat di taman rekreasi ini. Semestinya anak saudara CN si Aqila sangat teruja untuk memiliki rollerblade warna pink, Irfan pula macam tak kisah je. Oklah, jimat duit dari beli rollerblade tu..ahaks~
CN & Miza berwelfie tika anak-anak sibuk bermain
Eh, Irfan & Aqila pun nak join kitorang berwelfie.
Pakngah melayan anak-anak melihat orang bermain rollerblade dan skateboard
Owh...dating ye?
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Keputusan PT3 2015
Semoga berjaya kepada semua calon PT3 2015 termasuk adik kandung CN, Nur Zahiah (SMK Panglima Bukit Gantang) & adik ipar, Muhammad Aminuddin (SMK Telok Datok). Hari ini merupakan hari mendebarkan buat mereka kerana keputusan PT3 2015 keluar hari ini.
CN juga akan berada di sekolah bersama pelajar CN kerana bertugas sebagai guru kelas. Macam mana la keputusan budak2 ni ye.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Bila tiba cuti sekolah, mak saudara Irfan yang duduk di kampung pasti akan 'melepak' di Banting untuk mengisi masa cuti bersama anak-anak saudara yang kian membesar. Kali ini ibu CN dengan murah hati belanja kitorang Pizza Hut yang merupakan kegemaran Irfan Hensem. Memang puas hati layan set Feast Box dengan 3 regular pizza dan FREE air 1 jag. Biasanya pasti akan tapau pizza yang tidak habis, tapi kali ini licin dek kelaparan ! Hehehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Resepi Churros
Menjadi trend di fb rakan-rakan CN duk upload gambar churros buatan sendiri. Ingat susah sangat buatnya, rupanya sangat mudah. Ok, cuti-cuti ni memang best bila buat projek masak-masak dan semestinya tukang makan adalah anak bujang yang hensem, kacak dan bergaya yang tidak memilih makanan si Irfan Hensem.
Irfan ni pencinta coklat. Jadi kita makan churros ni cicah coklat, pergh, heaven !
Gambar google sebab CN tak sempat ambil gambar...hehe
Bahan-Bahan Membuat Churros
1 cawan air*
1 sdb minyak masak*
1 sdb gula*
1/ 2 sdt garam*
1 cawan tepung gandum
1 biji telur gred A
1 sdb minyak masak*
1 sdb gula*
1/ 2 sdt garam*
1 cawan tepung gandum
1 biji telur gred A
Cara-Cara Membuat Churros
1. Satukan bahan bertanda* dlm periuk dan masak hingga mendidih
2. Bila dah mendidih, perlahankan api dan masukkan tepung gandum. Kacau sebati dan tutup api.
3. Masukkan telur, kacau sebati dan jika masih ketul2 mixer sekejap bg sebati jer.
4. Panaskan minyak dengan api yang sederhana. Masukkan adunan dlm piping bag atau guna acuan semperit atau noozle bintang dan pipekan adunan dlm minyak. Masak hingga kekuning2an dan angkat serta toskan minyak
5. Salut churros dengan gula kastor dan serbuk kulit kayu manis atau cicah dengan coklat cair.

Selamat Mencuba Resepi Churros Yang Mudah & Sedap Ini Ye
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~