Cuaca yang menentu sekarang ni menyebarkan banyak virus. Kesian si kecil yang mempunyai antibodi yang lemah memang sedang dijangkiti pelbagai penyakit. Anak bujang CN si Irfan Hensem jenis yang jarang demam, bila sekali demam memang berhari-hari. Harini hari ke-tiga Irfan demam. Alhamdulillah, semalam dia dah lalu makan nasi sup + ayam. Special request tau.
Malam sebelumnya dia teringin nak makan kentang goreng KFC, layankan jela asalkan si bujang CN ni nak makan. Apa yang seksa bila dia demam, memang duk merengek je. Cakap panaih-panaih sedangkan di luar hujan menderu-deru. Paling kesian asyik mengadu sakit kepala.
Harini pulak dah kurang panas badannya dan kembali aktif walaupun sering terbaring sebab sakit kepala. Semoga cepat sihat je sayangku Irfan.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Kejadian berlaku pagi tadi. Hasil perkongsian gambar dari rakan-rakan di group whatsapp. Pergh ! Dari segi panaih hati, memang ye. Tapi dari segi pengalaman, rare tu. Ko ado berjalan ramai-ramai di atas landasan keretapi? Meriah pulak tengok.
Kenyataan Media :KUALA LUMPUR, 9 September 2016 - Pada hari ini kira-kira 9.15 pagi, dua buah tren dari Gombak menghala ke Putra Heights telah terhenti berhampiran Stesen Sri Rampai dan Stesen Damai akibat gangguan kepada sistem bekalan kuasa yang turut menjejaskan sistem pengudaraan tren.
Demi keselamatan para penumpang, pengurusan Operasi Laluan Kelana Jaya telah mengambil keputusan untuk mengungsi kesemua penumpang dari tren tersebut ke stesen terdekat iaitu Stesen Sri Rampai (kira-kira 10m dari tren pertama) dan Stesen Damai (kira-kira 80m dari tren kedua).Pengungsian berkumpulan hanya dijalankan selepas pasukan operasi memastikan keselamatan para penumpang terjamin.Kaedah pengungsian ini adalah amalan standard jika berlaku ganguan kepada sistem tren pada jangkamasa yang agak lama.Kesemua penumpang dari kedua-dua tren selamat tiba di Stesen Sri Rampai dan Stesen Damai untuk meneruskan perjalanan atau menunggu tren susulan.Berikutan gangguan terhadap tren tersebut, operasi LRT Laluan Kelana Jaya turut terjejas menyebabkan masa menunggu yang lebih lama kepada para penumpang.Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya pulih sepenuhnya pada pukul 11.35 pagi.Kami memohon maaf kepada para penumpang berikutan kejadian tersebut.Berikutan kejadian tersebut, Rapid Rail akan memberi perkhidmatan percuma kepada semua pengguna LRT Laluan Kelana Jaya pada 13, 14, dan 15 September 2016.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Disini CN ingin kongsikan 7 cara Hasan Al Banna mendidik anak-anaknya untuk panduan CN dan juga ibu bapa diluar sana. Sebenarnya cara-cara mendidik anak gaya Hasan Al Banna ini sering kita amalkan, cuma kurang istiqamah. Semoga kita semua menjadi ibubapa yang terbaik buat anak-anak kita, InsyaAllah.
7 Cara Mendidik Anak-Anak Yang Terbaik
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~


























