Gaya Raya 2018 | Disebabkan baju kurung kanak-kanak yang mahai amat di butik, CN sakan shoping baju raya Dhia Zahra di doudou.my. Raya ketiga Dhia Zahra masih lagi dengan kurung moden biru dari doudou. Cuma RM45 sahaja, material memang selesa dan sesuai dengan budak aktif seperti Dhia Zahra ni. Dhia suka & CN juga suka !
CARRIE JUNIOR ODOUR BUSTER | Pernahkah anda mengalami bau yang kuat dari kulit kepala dan rambut yang berpeluh selepas anak anda bermain di luar atau pulang dari sekolah? Baunya menjadi lebih teruk apabila kulit kepala anak anda berminyak dan berpeluh. Satu-satunya cara untuk menghilangkan bau yang tidak menyenangkan ini adalah dengan memastikan anak anda mencuci rambutnya selepas waktu sekolah, atau bermain di luar. Mengekalkan kebersihan rambut akan dapat mengurangkan risiko jangkitan kulit kepala selain memastikan mereka berbau segar.
SYAMPU RAMBUT KANAK-KANAK CARRIE JUNIOR ODOUR BUSTERALAMI RAMBUT HARUM DAN SEGAR SEPANJANG HARI!
![]() |
| SYAMPU RAMBUT KANAK-KANAK CARRIE JUNIOR ODOUR BUSTER |
Penting bagi ibu bapa untuk mengetahui bahawa syampu dewasa tidak digalakkan untuk kanak-kanak. Penggunaan syampu dewasa pada kanak-kanak akan menyebabkan masalah kulit kepala dan rambut terutama bagi kanak-kanak berumur antara 6-12 tahun. Disebabkan kulit kepala dan rambut kanak-kanak yang halus amat sensitif, maka cara yang terbaik adalah menggunakan syampu yang dirumus khas agar rambut dan kulit kepala yang sihat dapat dikekalkan.
Memahami keperluan kanak-kanak terhadap produk yang lembut dan selesa pada kulit, CARRIE JUNIOR memperkenalkan CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER, syampu yang selamat digunakan setiap hari dan memberikan haruman pada rambut sepanjang hari. Ia merupakan syampu baharu yang dirumus khas bagi menghilangkan bau yang tidak menyenangkan secara berkesan, tanpa mendatangkan kesan buruk pada rambut dan kulit kepala. Dengan aroma buah-buahan yang berkekalan selama 24 jam, si manja pasti kekal segar dan berbau wangi walaupun setelah seharian bermain dan berseronok di luar kediaman. Diperkaya dengan minyak zaitun, produk ini dapat menyuburkan dan melembutkan rambut agar mudah diurus dan disikat.
![]() |
| Dhia Zahra bersama syampu rambut kanak-kanak Carrie Junior Odour Buster |
Harga Carrie Junior Kids Shampoo Odour Buster
CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER hadir dalam aroma Perky Peach Fruity Burst yang menyenangkan serta mempunyai pH seimbang, lembut dan tidak menghakis untuk kegunaan seharian. CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER boleh didapati dalam dua saiz, iaitu pek 280g yang dijual pada harga RM10.10* di Semenanjung Malaysia dan RM 10.60* di Sabah & Sarawak. Manakala CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER bersaiz 700g dijual pada harga RM20.70* di Semenanjung Malaysia dan RM 21.70* di Sabah & Sarawak. Produk CARRIE JUNIOR boleh didapati di kedai runcit, pasaraya, pasaraya besar dan farmasi utama seluruh negara.
Kini, ibu bapa boleh memeluk anak-anak selepas bermain walaupun berpeluh namun masih kekal segar dan berbau aroma buah buahan sepanjang hari!
CARRIE JUNIOR merupakan rangkaian premium
penjagaan diri si manja yang membantu merapatkan hubungan ibu bapa dengan si
manja melalui waktu mandian yang menyeronokkan. Rekaan pembungkusan yang
menarik dan berwarna warni membantu kanak-kanak mencetus imaginasi di dalam
bilik mandi.
Rangkaian CARRIE JUNIOR diformulasikan dengan Fruito–E, kombinasi ekstrak buah
semulajadi yang diperkaya dengan nutrient dan vitamin bagi membantu
menyuburkan, melembapkan dan melindungi rambut dan kulit lembut si manja.
Rangkaian CARRIE JUNIOR memberikan
anda pelbagai pilihan wangian buah-buahan bagi memastikan si manja sentiasa
berbau segar dan bersih sepanjang hari. Carrie Junior yang bertindak membersih dengan
lembut dan efektif ini sangat sesuai untuk kegunaan harian.
Diiktiraf HALAL, rangkaian Carrie Junior
termasuklah Baby Bath, Baby Shampoo, Hair & Body Wash, Baby Powder, Baby
Lotion and Baby Oil. Ia juga hadir bersama bau buah-buahan yang digemari
kanak-kanak.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
3 keistimewaan puasa 6 | Dalam duk berseronok beraya, jangan lupa diet supaya perut yang slim semasa Ramadhan maintain slim yer. Cara paling senang kembali ke berat badan asal setelah berhempas pulas makan rendang, masak lodeh, nasi dagang dan pelbagai makanan yang berLEMAK adalah dengan puasa 6. CN cedok artikel menarik dari SINI. Sememangnya puasa 6 ini mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaannya.
![]() |
| Keistimewaan puasa 6 |
3 Keistimewaan Puasa 6
1. Puasanya sama seperti ganjaran berpuasa selama setahun
: Dalam hadis riwayat Imam Muslim telah disebutkan Nabi S.A.W menjelaskan sesiapa yang berpuasa Ramadhan dan menambah enam hari pada bulan Syawal sama seperti berpuasa setahun. Imam Nawawi menyatakan setiap kebaikan akan digandakan oleh Allah S.W.T sebanyak 10 kali ganda.
: Tambah beliau lagi, barang siapa melengkapkan Ramadhan maka ganjaran pahalanya sama seperti puasa sepanjang 10 bulan! Puasa 6 hari Syawal digandakan 10 bersamaan 60 hari dan bersamaan 2 bulan. Oleh itu, puasa Ramadhan ditambah 6 hari di bulan Syawal sama pahalanya seperti puasa setahun.
2. Melengkapkan kekurangan yang terdapat dalam ibadah puasa pada bulan Ramadhan
: Al-Hafiz Ibnu Rajab menyatakan puasa 6 hari di bulan Syawal akan melengkapkan kekurangan dan kecacatan yang terdapat ketika mana seseorang itu melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Beliau mengkiaskan dengan kelebihan solat sunat rawatib sebelum mahupun selepas solat fardu yang menampung kekurangan yang terdapat padanya.
3. Supaya manusia tidak lupa menunaikan puasa sunat lain
: Dengan mensyariatkan puasa sunat 6 hari dalam bulan Syawal, manusia akan terlatih untuk meneruskan puasa sunat yang lain. Kemungkinan seseorang muslim itu terlupa untuk meneruskan ibadah puasa sunat lain setelah menyambut Aidilfitri namun dengan adanya puasa sunat 6 hari Syawal sekurang-kurangnya memberikannya peringatan dan motivasi untuk terus berpuasa, tidak semata-mata menunggu kedatangan Ramadhan yang akan datang.
Wallahualam..
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Gaya Raya 2018 | Gaya raya Irfan hensem & Dhia Zahra hari kedua simple je, Dhia Zahra dengan peplum dari doudou.my manakala Irfan hensem dengan kemeja kereta banyak-banyak bersama slack. Raya kedua kami beraya ke rumah saudara-mara terdekat. Dhia Zahra kurang comel sikit sebab rambut dah serabut sebab dia jenis tak suka ikat rambut. Sabar jela dengan anak dara sorang ni !
Gaya Raya 2018 hari kedua
![]() |
| Irfan Hensem & Dhia Zahra dengan gaya raya mereka |
![]() |
| Irfan Hensem |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Butik Haqqi | Jika anda followers CN di instagram, pasti perasan yang CN selalu update tentang butik Haqqi kan? Hah, ni CN nak share salah satu busana dari Haqqi yang menjadi milik CN. Cantik tak kurung moden ni? Simple yet elegance gituw.
Selesa di pagi raya dengan kurung moden dari Haqqi
![]() |
| Kurung moden ni dengan design minimalis memang menjadi kegemaran CN |
![]() |
| CN & Dhia Zahra |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~















