Breastpump mana yang BEST?

February 11, 2014

Breastpump mana yang BEST dan terbaik 


CN rasa berbesar hati untuk buat review tentang breastpump yang telah digunakan selama setahun 6 bulan menyusukan Irfan. Tiada istilah breastpump mana yang BEST dan terbaik. Ini adalah pendapat peribadi CN sebagai pengguna breastpump semua kat bawah ni. Maybe tak sama dengan u all, cuma sebagai panduan kepada mommies yang berhasrat untuk beli breastpump. Yela, sebelum beli breastpump ni, mesti la kena buat research dulu supaya duit yang dilaburkan mendatangkan hasil.. 

Breastpump mana yang BEST?
Spectra 3 Electric Breastpump

1. Spectra 3 Electric Breastpump

: Breastpump yang paling best dan mendatangkan hasil yang melimpah ruah. Gambar kat atas ni cuma letak 1 botol jer, CN beli doublepump.
: Masa mula-mula guna memang sakit yang amat dasyat sebab takde silicone breastshield macam Unimom Mezzo. Seminggu jugak la nak biasakan diri dengan pump ni. Tapi lama2 guna dah takde feeling sakit lagi, bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa ! Betul tak? hehe
: Bentuk kotak yang memang tak style. Tapi peduli apa, yang penting hasil memang tak mengecewakan ! Paling sikit pun dapat dalam 3 oz untuk dua2 belah. Kalau waktu kemuncak macam awal pagi dan petang, memang akan dapat 2 botol penuh ! Bagi CN, untuk golongan pertengahan mcm CN ni, spectra 3 memang breatspump yang terbaik & best !
: Ramai orang cakap bunyi spectra ni bising. Memang tak dinafikan. Tapi tak mengganggu tidur Irfan pun. Taknak bising, letak bantal cover banda alah ni..senang jer.
: Rating - 4.5 / 5 bintang untuk harga dan kualiti


Breastpump mana yang BEST?
Unimom Mezzo Manual Breastpump
2. Unimom Mezzo Manual Breastpump

: CN beli breastspump ni 2 hari sebelum bersalin. Sesuai digunakan untuk beginner macam CN lagi2 waktu kena bengkak susu dulu. Memang tak sakit langsung ! Kualiti macam Avent tapi separuh harga murah ! Korang tak nak ke? hehe
: Yang tak best bila beli manual ni adalah LENGUH tangan. Serius, kena tukar 2 belah tangan kalau nak mengepam. Berbanding elektrik yang hanya letak jer dan tunggu hasil keluar. Manual breastpump ni, korang kena gigih berusaha untuk mendapatkan 12 oz !

Breastpump mana yang BEST?
Silicon diaphragm
: Satu lagi yang buat CN frust dengan breastpump ni adalah silicon diaphragm cepat koyak. Memang sensitip ! Tak pasal2 kena cari benda ni dekat kedai. Selamat ada, kalau tak, memang terbang la duit kena beli breastpump baru kan? Bagi CN, breastpump ni antara breastpump manual yang terbaik.
: Rating : 4/5 bintang untuk harga dan kualiti
Breastpump mana yang BEST?
Avent Manual Breastpump
3. Avents Manual Breastpump

: Breastpump ni CN pinjam dekat bff, Kak Rafeah. Dia yang offer guna breastpump dia sebab CN duk merungut cakap breastpump Unimom CN rosak. Sementara tunggu CN repair Unimom tu, adalah dalam sebulan lebih gak CN duk guna breastpump ni. Dah nama pun Avent dan harga pun MAHAL. Semestinya berkualiti kan?
: Memang best breastpump ni, macam guna Unimom juga. Bezanya benda ni mahal tapi Unimom murah. Cara guna dan pengalaman guna memang sama dengan Unimom. Sebab tu CN bagi rating yang sama dengan Unimom sebab memang SAMA ! berapa banyak sama daa..hehe
Breastpump mana yang BEST?
Star valves
: Berbanding dengan Unimom yang silicon diaphragm cepat koyak, Avent pula CN tak suka part star valves yang cepat terkeluar kalau CN pump dengan ganas ! Memang mengganggu kena masukkan balik waktu mengepam ! Tapi  masih berpuashati..
: Rating : 4/5 bintang untuk harga dan kualiti

Breastpump mana yang BEST?
Pureen Manual Breastpump
4. Pureen Manual Breastpump

: CN memang tak serasi dengan breastpump ni. Kenapa CN  akap macam tu? Sebab tak sampai guna 2 minggu dah patah pemegang dia !! Maklum la, CN  ni kalau pump memang bersungguh-sungguh dan sepenuh hati ! Ayat cover..hehe
: Maybe sebab dah biasa rasa sakit masa mula2 guna spektra, bila guna pureen manual breastpump ni, memang tak pernah lak rasa sakit. Tu yang CN pelik orang duk cakap guna pureen ni sakit, tapi CN tak rasa apa2 pun. Biasa jer..tapi nasihat CN  takyah le beli breastpump ni. Membazir jer sebab guna kejab dah rosak. Tak sesuai untuk investment giteww...
: Rating : 1/5 bintang untuk harga dan kualiti

Breastpump mana yang BEST?
Anakku Manual Breastpump
5. Anakku Manual Breastpump

: Bila sebut manual breastpump, mesti korang akan merasa kelenguhan tangan. Tapi kalu guna anakku breastpump ni, lagi ler lenguh tangan berbanding guna Unimom dan Avent. Yela, tengok ler harga pun korang boleh agak macam mana kualiti nya kan? Breastpump ni kawan CN yang bagi.
: Maybe sebab dah biasa guna spectra 3 yang mempunyai suction yang kuat. Bila guna breastpump Anakku ni, rasa macam no feeling. Susu keluar pun macam nak tak nak kuar jer..sedey kan? Tapi still hokay untuk breastpump manual yang murah dan digunakan di tempat kerja untuk menghilangkan bengkak susu.
: Rating : 2/5 bintang untuk harga dan kualiti


Breastmilk Storage pilihan CN



Breastpump mana yang BEST?
Jingle Jungle Breastmilk Storage Bag 12 Oz
1. Jingle Jungle Breastmilk Storage Bag

: CN prefer guna plastik sebab menjimatkan ruang dan senang di bawa merata-rata berbanding botol yang agak leceh. Walaupun botol boleh basuh dan plastik ni lepas guna terus buang. Takper la, harga hokay dan muat dalam freezer. Maklumla, CN takde deep freezer, sebab tu kena jimat ruang untuk share dengan ikan2 dan ayam2..hehe
: Harga plastik ni antara yang murah di pasaran dan berkualiti. Dinasihatkan borong semasa promotion.

Breastpump mana yang BEST?
Autumnz Breastmilk Storage Bag 7 Oz
2. Autumnz Breastmilk Storage Bag

: Berbanding Jingle Jungle, plastik Autumnz lagi tebal dan berkualiti. Harga pun lebih kurang. CN hanya akan borong plastik ni waktu promotion yer sebab harga dia murah dan berbaloi2.
: Banyak lagi brand plastik storage ni di pasaran. Tapi MAHAL dan rugi sebab last2 guna buang jugak kan? So dinasihatkan beli yang murah dan berkualiti.
: Bagi CN, cuma Jingle Jungle & Autumnz yang MURAH dan berkualiti..korang pulak macam mana?


Jadi, apakah pendapat anda ? Breastpump mana yang BEST dan terbaik ? Tepuk dada, tanyalah poket..hehe

=========================================================================================


CN cadangkan anda dapatkan breastpump yang best-best seperti EveLove, Medela, Philips Avent, dan Rumble Tuff di The Baby Store Malaysia.

=========================================================================================



CN : Berkongsilah anda atas perkara yang baik-baik. Mudah ! Cuma tekan butang LIKE/G+. Terima kasih.

You Might Also Like

19 comments

  1. kak yuka guna yang avent..memang berbaloi beli..guna utk anak ke-2 hingga yg nombor 5...

    ReplyDelete
  2. as salam , blogwalking here jom join , ni first segmen :)

    http://cokielatmaness.blogspot.com/2013/04/segmen-i-love-you-mom.html

    ReplyDelete
  3. el ada 2 breast pump...
    auto ngan manual
    auto pakai s3
    manual pki unimom
    dua2 bgs..n el suka
    lau mls pki s3..lau jln2 or g ofis pakai unimom
    hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betui2 ! dua2 best kan? mmg berbaloi ler beli unimom tu sebab mmg macam guna avent yang double harga nyer

      Delete
  4. sis,
    nk tanya breast pump yg lama nk jual x?
    jika nk jual boleh email saya
    kerana saya sgt desperate nk guna breast pump

    ReplyDelete
    Replies
    1. akk ada pureen dan anakku, tapi tak berapa bagus ler suction dia..better beli unimom manual jer

      Delete
    2. As'salam..mommy semua fia de nak let go preloved malish illaria.. bantu kwn memerlukan duit..nak let go rm370.00 termasuk postage / cod area kl / kajang / putrajaya shj..bp malish illaria nie kwn beli bln mei 2015 so still under warranty..if berminat bole wassap kat no. Nie ya : 012 542 8773

      Delete
  5. salam..cikgu nak tanya ckit..bli kt fabulousmom tu ok x??ader aper2 masalah yg encounter x??

    ReplyDelete
    Replies
    1. so far CN dah jadi regular customer since last year n takde apa2 masalah lagi, customer service hokay, kalau call dorang n email pon dilayan ;)

      Delete
  6. best lah post ni..mmg membantu..tengah survey2 manual breastpump sebab spectra dengan unimom letrik masuk susu..sedih2..sekarang guna unimom manual tp dah biasa buat double pump rasa macam nak kena ada lagi satu manual pump sementara nak tunggu repair pump letrik tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..sharing is caring dear..CN just bercerita dari pengalaman sendiri ;)

      Delete
  7. thanks share info nie...memang sangat berguna tuk saya yang first time nak dapat baby nie.. :)

    ReplyDelete
  8. manual tu penat gak nak pam, beli electric or battery mahal plak... tengok budget ler...hhee

    ReplyDelete
  9. Sy guna s3 dan unimom.mezza.. Alhamdulilah dua2.msih baik spt bru...dan puas hati sgt2... Dh masuk dua puteri msih guna pump yg sma.. X pikir nk beli lain..

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.