Kad Ceria untuk warga Wilayah Persekutuan

May 04, 2018

Kad Ceria | Adakah anda penduduk atau pekerja di Wilayah Persekutuan? Jika ya, anda layak untuk memohon Kad Ceria. Kad Ceria merupakan kad diskaun atau kad pemotongan terus harga ke atas pembelian di premis-premis dan lokasi terpilih. Pemegang Kad Ceria berpeluang mendapat diskaun sehingga 30% bagi pelbagai barangan, makanan dan perkhidmatan di lebih 300 premis rakan dagang! Selain itu, pemegang kad juga berpeluang menikmati kadar istimewa penyewaan fasiliti milik DBKL, Perbadanan Putrajaya dan Perbadanan Labuan. Program ini adalah satu inisiatif dalam usaha menangani kos sara hidup yang tinggi terutamanya bagi warga Wilayah Persekutuan.

Untungnya warga Wilayah Persekutuan kan? Empat tahun CN tinggal di KL semasa baru posting guru memang faham sangat liefestyle di sana yang seakan-akan semua mahal. Dengan adanya Kad Ceria ini CN pasti akan meringankan beban penduduk serta penjawat awam yang bekerja di Wilayah Persekutuan. 

kad ceria, semakan permohonan kad ceria, permohonan kad ceria online, cara memohon kad ceria, kelebihan kad ceria, kegunaan kad ceria, kad ceria mydin, kad ceria daftar, rakan dagang kad ceria
Kad Ceria untuk warga Wilayah Persekutuan

Apakah Kelebihan Kad Ceria?


Dengan Kad Ceria anda boleh mendapat keistimewaan seperti di bawah :

  • diskaun sehingga 30% bagi setiap barangan, makanan atau perkhidmatan
  • beli belah pada harga istimewa di lebih 3798 premis/rakan dagang
  • diskaun di fasiliti milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Perbadanan Putrajaya dan Perbadanan Labuan
  • membantu menangani kos sara hidup yang tinggi terutamanya di Wilayah Persekutuan
  • info terkini promosi melalui telefon pintar dan laman sesawang Kementerian Wilayah Persekutuan
  • membantu keluarga dalam membuat perancangan perbelanjaan harian
  • panduan, maklumat serta info terkini berkenaan cadangan atau komen orang ramai tentang barangan, makanan atau perkhidmatan yang istimewa ditawarkan  dengan harga berpatutan atau lebih murah!

Kad Ceria Untuk Penjawat Awam


Kini semua penjawat awam di Wilayah Persekutuan adalah LAYAK untuk membuat permohonan Kad Ceria Wilayah Persekutuan. Sebarang pertanyaan boleh emelkan kepada kadceria@kwp.gov.my.


kad ceria, semakan permohonan kad ceria, permohonan kad ceria online, cara memohon kad ceria, kelebihan kad ceria, kegunaan kad ceria, kad ceria mydin, kad ceria daftar, rakan dagang kad ceria 

Antara rakan dagang Kad Ceria yang pasti mengujakan anda adalah KK Mart, BHPetrolmart, Secret Recipe, Astro, Kamdar, Pusat Pakaian Hari-Hari, Focus Point, Mydin, Wendy's, Berjaya Hotel & Resorts, Borders, Kenny Rogers Roasters serta banyak lagi !

Dibawah antara tawaran istimewa untuk pemegang Kad Ceria.

kad ceria, semakan permohonan kad ceria, permohonan kad ceria online, cara memohon kad ceria, kelebihan kad ceria, kegunaan kad ceria, kad ceria mydin, kad ceria daftar, rakan dagang kad ceria
Tawaran diskaun di myhotel Bukit Bintang

kad ceria, semakan permohonan kad ceria, permohonan kad ceria online, cara memohon kad ceria, kelebihan kad ceria, kegunaan kad ceria, kad ceria mydin, kad ceria daftar, rakan dagang kad ceria
Pakej umrah oleh Tradewinds Travel Travel Services Sdn. Bhd.

kad ceria, semakan permohonan kad ceria, permohonan kad ceria online, cara memohon kad ceria, kelebihan kad ceria, kegunaan kad ceria, kad ceria mydin, kad ceria daftar, rakan dagang kad ceria
10% di cawangan donutes

kad ceria, semakan permohonan kad ceria, permohonan kad ceria online, cara memohon kad ceria, kelebihan kad ceria, kegunaan kad ceria, kad ceria mydin, kad ceria daftar, rakan dagang kad ceria
12% diskaun di Garing Petcara

Bagaimana, adakah anda teruja untuk memiliki Kad Ceria ini? 

Jom memohon Kad Ceria


Syarat Kelayakan Permohonan Kad Ceria adalah :

1. Berumur 18 tahun ke atas
2. Warganegara Malaysia
3. Pemohon lahir di Wilayah Persekutuan ATAU menetap di Wilayah Persekutuan ATAU
4. Pemohon adalah Penjawat Awam yang bertugas di Wilayah Persekutuan

Jika anda memenuhi syarat kelayakan permohonan Kad Ceria di atas, anda boleh terus memohon secara online di << https://kadceria.kwp.gov.my/permohonan.php >>

Untuk maklumat lanjut mengenai Kad Ceria, layari : kadceria.kwp.gov.my

Atau terus ke Urusetia Kad Ceria
Kementerian Wilayah Persekutuna
Aras G-7, Blok 2, Menara Seri Wilayah, Presint 2, 62100 Putrajaya.
Emel : kadceria@kwp.gov.my



~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~


You Might Also Like

45 comments

  1. Untunglah..penjawat awam kat sana leh dapat kad ni..bila nk luaskan nii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 la kita berdoa semoga dapat diperluaskan lagi

      Delete
  2. baru tahu pasal kad ceria ni..apapun memang terbaiklah

    ReplyDelete
    Replies
    1. CN pun dah tau bila dah pindah selangor, waaa

      Delete
  3. untung betul penjawat awam di wilayah

    ReplyDelete
  4. Untunglaaaa penjawat awam yg keje WP. Macam-macam kemudahan ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula, cn dah pindah selangor baru ada kad ceria ni, waaa

      Delete
  5. Penjawat awam pun boleh memohon kad ceria ni ye....

    ReplyDelete
  6. Untung la penjawat awam kat sana. Bilalah agaknya ianya nak perluaskan ke negeri lain ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. doa2 la semoga diperluaskan lagi ke negeri2 lain

      Delete
  7. untung la mereka yg dpt kad ceria ni ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. untung sangat mereka yang ada kad ceria ni, jeles tau

      Delete
  8. Best kad ceria ni. Untung lah siapa yang layak.

    ReplyDelete
  9. untung bergandan dengan kas ceria..

    ReplyDelete
  10. kan untunglah penjawat awam ada kad ceria ni..kami2 swasta ni xde ke CN haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang duk kl boleh je apply kad ceria ni, negeri lain non hado

      Delete
  11. Ini rupenye fungsi kad ceria... Tq sis

    ReplyDelete
  12. Kad ceria... inisiatif terbaikkkk :)

    ReplyDelete
  13. Usaha murni Kementerian Wilayah Persekutuan perlu diteruskan demi kesejahteraan orang ramai.

    ReplyDelete
  14. jgn nak abaikan artikel ini.. klu dha layak tu mohon je.. bukan senang nk dpt diskaun ini..

    ReplyDelete
  15. banyak juga lokasi kedai yang boleh guna kad ceria nih rupenya.

    ReplyDelete
  16. Sy keje swasta kt kl.. Layak gak tak nak apply kad ceria ni?

    ReplyDelete
  17. Banyak benefit juga ye kad ceria ni. Untung orang KL ada kad ni. Manfaatkan dengan sebaiknya

    ReplyDelete
  18. jangan ada yang pi jual kad ceria ni kat warga bangla dah la .. kang senyum ceria depa .. hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. please la jangan, memang ceria la si bangla dapat kad ni

      Delete
  19. Kipidap WILAYAH...U r Awesome ! Selangor ...pls tiru ini cara. Ini kali lah 🤣🤣🤣

    ReplyDelete
  20. Alhamdulillah kad ini memudahkan

    ReplyDelete
  21. rezeki anda la warga Wp, untung tau dapat kad ceria ni.

    ReplyDelete
  22. Bestnya kalau dpt juga kad mcm ni kan

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.