AL-FATIHAH buat Mak Mertua (Hajah Nor Asmah Paniti)

June 12, 2013

Salam,

Hari yang suram, muram, tak bermaya, keletihan, penat semuanya bersatu menjadi 1. Segalanya bermula pada hari Isnin (10/6/2013), 7.40 pagi, Mak Mertua (Hajah Nor Asmah Paniti) mengalami kemalangan di hadapan klinik kesihatan Jenjarom. Saya menerima panggilan dari ayah mertua selepas habis perhimpunan sekolah dalam pukul 8 lebih . Mulanya saya menyangka kemalangan biasa dan meminta ayah untuk update berita terbaru. TAPI, 9.47 pagi suami call bagitahu mak kritikal, kaki & tangan patah dan masih tak sedarkan diri. 10 lebih tu pulak ayah call cakap mak ditransfer ke Hospital Klang !

Ya ALLAH ! Lemah lutut dan kelas lepas tu, memang tak dapat fokus. Saya tak boleh balik sebab mesti habiskan kelas untuk hari tu kerana tak nk bersoal jawab dengan pengetua dan mesti akan ada guru2 yang merungut bila dapat relief saya. Serius, saya cuba taknk susahkan orang lain walaupun pasti, esok tak kn datang ke sekolah! Habis jer kelas terakhir, terus capai beg dan berlari lari ke rumah sambil telefon teksi ke central market sebab saya bercadang untuk naik bas KL-Klang. Dalam perjalanan, suami, adik2 ipar dan ayah mertua bergilir2 call tanya saya di mana. Elok jer sampai di Klang, suami cakap mak dah tak dapat di selamatkan, tunggu masa jer....

Saya berlari2 mencari teksi, tapi tengok wallet tinggal beberapa ringgit jer sebab lupa draw duit !! Mujur ada bas lalu depan hospital, terus naik dan meneruskan perjalanan ke hospital. Dalam perjalanan, suami call lagi tanya dekat mana. [dalam hati, tolong jangan beritahu apa2 pasal mak]. Tapi suami cuma minta cepat sikit dan bagitahu mak dekat bahagian kecemasan. Turun je dalam bas, saya terus berlari2 naik jejantas dan ke bahagian kecemasan. Di sana, saudara mara dan rakan2 mak dah ramai yang sampai dan menunggu. Saya terus minta untuk masuk tengok mak. Kat situ, ayah tengah berbisik2 di telinga mak mengucapkan kalimah syahadah.

Saya genggam tangan mak. SEJUK ! Darah masih mengalir dari hidung mak bertakung di telinga. Saya lapkan dengan wet tisu. Alhamdulilah, kebetulan ada yasin pemberian Kak Suraya yang saya dapat dalam bag. Air mata mengalir ketika membacakan yasin untuk mak. "Mak..tolong kuat ! Azie tak boleh kehilangan mak..banyak lagi benda Azie nak belajar dari mak ! Mak dah janji dengan Azie nak buat kuih raya sama2, nak shoping raya sama2..Azie tak boleh sorang2 perempuan kat rumah tu, Azie tak kuat macam mak !! " [rintihan dalam hati]

Tapi mak masih macam tu. KAKU ! Saya redha. Tapi masih berharap agar berlaku keajaiban ! "Mak, tolong sedar mak ! Azie nak dengar suara mak ! " Keadaan mak masih lagi macam tu..KAKU ! Saudara-mara & sahabat2 mak ramai yang datang ! Irfan pula baik hari tu, tak buat hal, macam faham nenek dia sakit !

Pukul 8 malam suami nak ke Banting untuk buat police report sebab keadaan mak masih macam tu. Irfan pulak keletihan, jadi saya decide untuk balik rumah sekali mandi dan rehatkan badan sebab malam ni nak bermalam di hospital, nak jaga mak ! Pukul 9, adik call cakap mak nazak ! Tapi saya masih di rumah dan suami tak balik lagi. Pukul 9 lebih, suami balik dan minta kawan baiknya, Eli datang bawak kitorang ke hospital sebab suami dah tak bermaya. (Eli ada di hospital dari petang dan teman suami buat police report, memang bff sejati suami !). Dalam perjalanan, adik2 ipar call..[Please, jangan cakap pape pasal mak lagi !! ] Suami terdiam, dia minta kawannya tak perlu rush sebab MAK DAH TAKDE !!

Innalillah... mak dah pergi ! Irfan..nenek dah takde ! Di hospital, saya peluk ayah ! Adik2 ipar semua terduduk. Suami menangis teresak2 ! Pertama kali saya lihat suami menangis macam tu ! Sambil dukung Irfan, saya tengok nurse bersihkan mak. Mata mak bengkak belah kanan. Kaki mak luka teruk. Saya tengok wajah mak lama.. BERSIH ! TENANG ! Post mortem perlu dijalankan sebab kes polis, mak disimpan dalam bilik mayat. Menurut ayah, post mortem dibuat esok pagi. Jadi semua orang balik rumah...

Esoknya, seawal2 pagi, dah ramai yang datang nak tengok arwah. Jenazah sampai tengah hari untuk disembahyangkan. Ramai sangat datang nak tengok arwah ! Seluruh kawasan rumah penuh dengan saudara mara dan sahabat handai ! Bak cakap adik saya, "Kak Azie, ramainyer orang datang, dah macam kenduri kahwin !" Itulah, bukan nak puji, tapi mak memang seorang yang BAIK ! Mak rajin bersedekah. Mak suka bagi orang makan. Mak masak sedap ! Mak tukang masak masa kenduri, ramai orang suka air tangan mak ! Dipendekkan cerita, mak memang GLAMER bukan setakat di kampung, tapi seluruh Kuala Langat !

Alhamdulilah, ramai yang sembahyangkan mak! Ramai yang datang bacakan yasin untuk mak! Ramai yang datang sedekahkan al-fatihah dekat mak! Saya lihat wajah mak buat kali terakhir. BERSIH ! Saya cium mak buat kali terakhir... Mata mak yang lebam sebab accident pun tak nampak sangat dan wajah mak seperti BERSERI-SERI ! Subhanallah !

"Mak..Azie redha dengan pemergian mak. Semoga roh mak dicucuri rahmat ! Azie sayangkan mak ! Azie anggap mak macam mak kandung Azie sendiri ! Ramai cakap kita kembar..muka bulat pakai spek! Ramai ingat Azie anak kandung mak. Tapi Azie tak macam mak ! Azie tak peramah macam mak. Azie tak pandai memasak macam mak ! Yang ketara sama antara kita adalah kuat berleter & suka menjerit ! Teringat last shoping tudung dengan mak..Azie tak terfikir pun kenapa mak pilih tudung kaler putih untuk first time ! Rupa2 nya itu petanda. Kenapa Azie tak perasan yer? Mak..banyak blause dan tudung yang mak baru beli rabu lepas tak sempat pakai lagi ! Kasut baru mak pun tak sempat diguna lagi. Semuanya mak nak bawa ke Langkawi hujung bulan ni, tapi..... Mak..harini birthday ayah ! Kesian ayah..kitorang adik beradik tak boleh belikan kek dekat ayah takut ayah lagi sedih! Adik pulak ..dia paling manja dengan mak. Semua mak buatkan untuk dia. Tapi kan dia kuat mak ! Dia still lagi berselera makan. Baju kotor pun dia dah pandai letak dalam baldi...yela, akak dia sorang ni tak serajin mak ! Mak..saat Azie type entry ni, Azie rasa lega sikit sebab dah luahkan apa yang Azie rasa. Azie doakan mak tenang di sana, nama mak sentiasa dalam doa Azie....akan Azie ceritakan tentang mak dekat Irfan bila dia besar nanti macam mak selalu cerita dekat Azie tentang arwah nenek.. Azie sayang mak ! "

Hajah Nor Asmah Paniti dalam kenangan.

Mak bersama ayah. Masa ni jenuh paksa ayah bergambar dengan mak sebab ayah bizi dan mak pulak memang melaram untuk bergambar. Tudung tu adiah dari menantu tersayang a.k.a.Cikgu Norazimah


Mak bersama cucu tersayang, Irfan ! Ramai cakap Irfan macam muka mak ! Irfan la sekarang menjadi pengubat duka kami sekeluarga lepas mak pergi....

Gambar raya 2011 masa baru bergelar menantu mak. 

Gambar keluarga 2011. Raya tahun lepas tak amik gambar sekeluarga sebab Irfan baru lahir. Baru minggu lepas plan dengan mak nak shoping baju raya kaler merah untuk tahun ni..tapi.....

Cerita mak dalam Harian Metro

Cerita mak dalam Berita Harian. First time muka saya masuk dalam surat khabar, tapi cerita sedih...hmmm..

Cerita mak dalam Kosmo

Cerita mak dalam Sinar

Status fb anak sulung mak, En. Suami

Status fb anak manja mak

Lagi status fb anak manja mak. Menangis baca status budak ni !

Yasin pemberian blogger Kak Suraya. Ramai orang baca yasin ni masa dekat hospital. Thanks kak...

~ Al Fatihah buat MAK ~

You Might Also Like

10 comments

  1. Al-fatihah .semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman .amin

    ReplyDelete
  2. Takziah kak .. Sem0ga arwah ditempatkn d kalangan orang2 beriman.. Amin.

    ReplyDelete
  3. salam kak Azie,takziah akak..semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman..amin....

    ReplyDelete
  4. Takziah cikgu azie. Kaksu dpt rasa mcm mana kehilangan org yg tersayang. Semoga arwah mak ditempatkan dikalangan orang yg beriman. Amin.... tak sangka yassin shein berguna untuk arwah nak. Alfatihah...

    ReplyDelete
  5. terima kasih semua..sekarang tengah kumpul kekuatan sebab saya wanita tunggal dalam family..just mohon sedekahkan alfatihah buat arwah

    ReplyDelete
  6. Takziah buat cikgu dan keluarga.. Al-Fatihah..

    ReplyDelete
  7. takziah zie sekeluarga
    semoga tabah ea
    zie boleh lakukan sbg perempuan tunggal dalam famili tu..hb kan ada rmi yg ada nti k..

    alfatihah tuk arwah

    ReplyDelete
  8. Alfatihah.. Salam takziah buat cikgu sekeluarga..

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.