JJCM : Restoran Jombali - Truly Malaysian Favourites

June 30, 2014

Restoran Jombali

Restoran Jombali

Salam mesra..

Lama CN tak bercerita mengenai tempat makan best kan? Hokay.. rasa teringin lak nk mempromote tempat makan best sampai jadi regular customer ke sini iaitu Restoran Jombali. Sebelum ni kalau shoping ke Carrefoure Wangsa Maju atau nama baru nya AEON Big, mesti singgah makan ke Jombali ni. Tapi Jombali kat sini kecik sikit dan selalu ramai orang. Kalau nk tempat yang best dan santai boleh ke Jombali cawangan Setapak. Dekat sini, menawarkan ruangan makan yang luas sama ada open air atau berhawa dingin siap ada rak majalah untuk u all selak2 majalah sambil tunggu makanan. 

Kenapa Jombali? Sebab portion banyak dan berbaloi dengan harganya ! Selalu kalau makan kat Jombali ni, pastikan perut u all memang betul2 lapar supaya tiada makanan yang dibazirkan sebab kalau tak berapa lapar gi makan ke sini, alamat memang tak habis ler makanan yang sedap tu ! Hehehe

Jombali offer beraneka makanan yang SEDAP. CN kalau ke sini memang wajib order Nasi Lemak Ayam Goreng sebab sambalnya sedap dan ayam goreng berempahnya best. Nasi Goreng Ayam lak memang banyak dan selalu tak cukup sambal yang dia bagi. Satu lagi yang wajib order adalah Thai Bento Box yang dihidangkan di dalam bekas bento yang comel dan u all boleh pilih sama ada nak ayam goreng milky sauce atau udang milky sauce yang sedap sebab sosnya berlemak dan pekat, kerabu mangga yang masam manis dan nasi goreng. AMARAN : Pastikan anda betul2 lapar sebab set bento ni BANYAK !

Kalau air pulak, u all boleh try Green Apple Kasturi yang masam2, Iced Chocolate & Milky Tea With Pearl yang pekat & Lychee Lemon Kasturi yang menggabungkan rasa masam dan manis yang awesome !

restoran jombali
restoran jombali
restoran jombali
restoran jombali

~Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

3 comments

  1. Wahh... menarik juga ni sekali sekala singgah berbuka kat sini... thanks sharing.. :)

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.