Cara membina FORM dalam VLE FROG

December 11, 2014

Cara membina FORM dalam VLE FROG 

Panduan kepada guru-guru yang ingin mempelbagaikan widget dalam site anda. Widget FORM boleh dijadikan sebagai borang soal selidik atau pun latihan kepada pelajar. Penggunaan widget FORM sangat mudah dan user friendly. Di bawah CN berkongsi cara membina FORM di dalam site PT3 Geografi CN di mana site ini CN berkongsi dengan pelajar cara-cara menyediakan kerja kursus Geografi untuk PT3. 

Selamat mencuba ! 

1. Log in ke akaun VLE FROG anda. Buka Site anda. Kemudian klik Edit di bahagian kiri. Terdapat 3 column iaitu Page, Widgets dan Setting. Klik Widgets. Sebelum membina FORM, pastikan anda membina New Page di Site anda seperti di dalam bulatan di bawah.



2. Pilih icon Form seperti di dalam bulatan dan drag icon tersebut ke bahagian New Page tadi. Lepaskan jari anda setelah keluar warna biru seperti gambar di bawah. 


3.  Apabila icon FORM telah diletakkan di bawah ruangan New Page tadi. Klik Click here to set a from


4. Lihat di bahagian kiri anda. Terdapat dua ruangan iaitu Import Form & New Form. Disebabkan anda tidak pernah membuat sebarang form. Klik New Form


5. Akan keluar satu popup. Disini terdapat 5 pilihan di ruangan Fields untuk membentuk form anda. CN bercadang untuk membuat borang soal selidik. Jadi CN memilih pilihan ketiga iaitu Checkboxes. Apabila pilihan telah dibuat, drag icon Checkboxes tadi seperti di dalam gambar di bawah ke ruangan yang telah disediakan.


6. Sila isi ruangan di dalam bulatan di bawah. 


7. Terdapat 3 ruangan yang perlu diisi iaitu Tajuk besar (Borang Soal Selidik), Arahan (Sila pilih jawapan yang sesuai) dan Soalan (seperti gambar di bawah). Setelah siap, tekan Save Form


8. Borang soal selidik anda telah siap ! Perkara yang sama boleh dilakukan untuk menyediakan latihan kepada pelajar menggunakan widgets FORM







~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
                                                

You Might Also Like

2 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.