Resepi Apam Susu Gebu

Resepi Apam Susu Gebu

Resepi Apam Susu Gebu


Dah lama CN teringin nak buat Apam Susu Gebu ni. Geram jer tengok kawan2 duk upload gambo Apam Susu Gebu yang cantik dan awesome dekat fb. Tengah bercuti ni, inilah masa yang sesuai untuk menguji bakat masakan yang terpendam. Hehehe

Seperti biasa, dengan bantuan Cik Zaty yang cute, bertungkus-lumus la kitorang menyediakan Apam Susu Gebu untuk keluarga tersayang.

Bahan-bahan untuk Apam Susu Gebu ni sangatlah simple dan cara penyediaan sangat mudah ! Meh CN share Resepi Apam Susu Gebu untuk pembaca tersayang.


Kurung Najwa

Resepi Apam Susu Gebu


Bahan-bahan :

4 biji telur
1 sudu besar esen vanila
1 sudu besar ovellete
3/4 cawan gula halus
5 sudu besar susu pekat
1 1/2 cawan tepung gandum

Cara-cara penyediaan :

Blend telur, esen vanila, ovellete dan gula sehingga kembang, gebu dan putih. Kemudian 
masukkan susu pekat ke dalam blender dan blend lagi. Kemudian masukkan tepung dan kacau rata.
bahagikan kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna ikut suka hati anda. Masukkan bahagian
berwarna tadi ke dalam acuan ikut kreativiti anda. Kemudian kukus selama 45 minit sehingga masak.

Selamat mencuba !




Apam Susu Gebu sebelum di kukus.. menggoda tak?



Resepi Apam Susu Gebu
Bila dah potong, hah ! Cantik tak? Berbelang gituuw..sedap dan gebu tau !


Eh, bawah ni bukan apam susu ye. Ini adalah kek lapis coklat menggunakan Tamar Cocoa. Memang sedap ! Try la ganti semua milo tu dengan Tamar Cocoa ye. 


Klik untuk membeli Tamar Cocoa



~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

Previous
Next Post »

7 comments

Click here for comments
Maria Firdz
admin
27 December 2014 at 10:15 ×

mmg menggoda betul CN nih.. hehe

Reply
avatar
CT Humairah
admin
27 December 2014 at 10:34 ×

Ya Allah.. tengah hujan hujan sejuk ni makan pepanas nikmaaaatnyee lahai.

Reply
avatar
Cik Yaya
admin
27 December 2014 at 10:40 ×

sedapnya....nanti cuti sem nak cuba buatlah..dah la Yaya ni suka makan.. terima kasih CN kongsi resepi..

Reply
avatar
Iola
admin
27 December 2014 at 10:54 ×

tak breakfast lagi ni..sedap nyaaaa

Reply
avatar
fifie feyca
admin
27 December 2014 at 12:57 ×

wah cantik sgt2... sungguh menggoda.. mesti sedap ni..

Reply
avatar
29 December 2014 at 08:27 ×

Mak kate,"Lawanya...."
Siap kecikkan mata tengok dekat2 sebab x pakai spek mata.

Reply
avatar
31 May 2015 at 19:48 ×

Assalamualaikum, kenapa apam susu saya tak gebu? Rasanya sedap tapi tak lembut.

Reply
avatar

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda. ConversionConversion EmoticonEmoticon