Taman Rekreasi Gunung Lang

Taman Rekreasi Gunung Lang

Taman Rekreasi Gunung Lang

Taman Rekreasi Gunung Lang merupakan destinasi pilihan sebelum ke Gua Tempurung pada hari kedua Class Trip 3KRK1 ke Ipoh. Merupakan kawasan batu kapur yang menawarkan pemandangan tasik yang indah. Masuk ke sini adalah percuma. Bayaran untuk menaiki bot ke pulau seberang adalah RM3 untuk dewasa. Yeke namanya pulau seberang? Suka hati CN je bagi nama..hehe

Di pulau seberang, terdapat menara pemancar! Ops ! Menara peninjau. Kemudian ada juga replika rumah melayu untuk duduk bersantai makan2 dan berborak2. Paling menarik ada mini zoo. Yela, bila bawak budak kecik ni, zoo la yang merupakan tempat kegemaran si kecik. Di sini ada burung unta yang pemalu dan rusa yang jinak. 

Cuma bagi CN keadaan di pulau seberang ni kurang terjaga dengan sampah yang dibuang merata-rata dan pokok2 yang terbiar. CN harap Majlis Perbandaran Ipoh mengambil inisiatif untuk memelihara kawasan sekitar Taman Rekreasi Gunung Lang yang sudah sedia cantik ni. Ops! Satu lagi yang paling penting adalah kemudahan tandas awam. Pergh ! Tak sanggup CN masuk. Tahan jela...huhu

Taman Rekreasi Gunung Lang
Opah Irfan ni memang suka bergambar dari zaman muda sampai tua..hehe

Taman Rekreasi Gunung Lang
Irfan yang tiada mood sebab baru bangun tidur..alahai...

Taman Rekreasi Gunung Lang
Bila naik bot barulah bersemangat si kecik ni. Suka pulak dia tengok ikan yang banyak di tasik.

Taman Rekreasi Gunung Lang
Replika rumah melayu..bebudak CN sempat lagi berposing yer

Taman Rekreasi Gunung Lang
Irfan agak takut dengan binatang2 ni..kemain kuat dia peluk CN

Taman Rekreasi Gunung Lang

~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

Previous
Next Post »

12 comments

Click here for comments
3 December 2014 at 11:40 ×

cantik view nyer...kalu tang tandas ni...alahaiiiii

Reply
avatar
3 December 2014 at 13:20 ×

wahhh jalan-jalan cuti sekolah...

Reply
avatar
el
admin
3 December 2014 at 15:18 ×

dari jauh opah irfan mcm CN je hehe

Reply
avatar
3 December 2014 at 15:36 ×

Seronoknya.. bole masukkan tempat ni pada cuti2 mesia akan datang :)

Reply
avatar
3 December 2014 at 15:48 ×

wah bestnya jln2...sy br cadang nak bw budak2 pergi gunung.tp gunung ledang jer.hehehehe. Insya-Allah kalau ada rezeki boleh pergi gunung lang ni.tq atas perkongsian.

Reply
avatar
Azrin Rahim
admin
3 December 2014 at 15:51 ×

serius mmg cantik pemndgn dan sesuai bawak family jln2 tu

Reply
avatar
Glory jane
admin
3 December 2014 at 16:59 ×

Seronoknya... Walaupun dekat je dengan tempat saya (dlm 1-2 jam perjalanan), tapi tak pernah pergi lagi tempat ni... Macam menarik...

Reply
avatar
timm bill
admin
3 December 2014 at 21:36 ×

CN nmpak mcm student sekolahlah! hehe..
timm penah g ipoh area bngunan lma yg dekat stesyen ketapi ipoh jer..

Reply
avatar
anajingga
admin
4 December 2014 at 00:09 ×

kak ana tak pernah sampai lagi CN , betul tu kalau kemudahan awamnya tak terurus dengan baik sangat mengecewakan kita sebagai pengunjung... seronok opah ye :)

Reply
avatar
SalbiahM
admin
4 December 2014 at 10:39 ×

thanks sharing CN..kalau datang sini kena gi toilet siap-siap lah kan before masuk.huhu..tapi cantik view, sayang kalau tak dijaga

Reply
avatar

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda. ConversionConversion EmoticonEmoticon