Hari Guru SMKTPG 2015 yang awesome

May 19, 2015

Sambutan Hari Guru 2015

Sambutan Hari Guru 2015


Alhamdulillah, sambutan hari guru SMKTPG pada tahun ini berjalan dengan meriah dan lancarnya dengan tema 'Back to School'. Boleh dikatakan 80% cikgu-cikgu sporting bergaya budak sekolah. Memang comel ! Pelajar yang datang pun terpinga-pinga confuse, 'betul ke cikgu aku ni?'

Bagi CN, sambutan hari guru 2015 ni paling best sebab dah lama teringin nak pakai baju sekolah tau. Jeles tengok Nora Danish comey pakai baju sekolah dalam cerita Suami aku Ustaz tu. Akhirnya, setelah 12 tahun, CN kembali memakai baju sekolah ke sekolah ! Fuh ! Terus rasa muda dan perasan anak dara pulak ! Hehe

Paling best sekali mestilah menang Anugerah Guru Wanita Popular sesi pagi 2015. Tak sangka, Puteri Katak yang hidupnya mengadap laptop dan duduk tersorok di library (cikgu library katakan) dapat menang anugerah popular ni.  Alhamdulillah, betapa besarnya pengaruh PT3 Geografi yer.

Sambutan Hari Guru 2015

Guru-guru SMKTPG ni hampir 200 orang. Jadi, bila ada event dengan tema tertentu, mestilah meriah dengan pelbagai gaya cikgu-cikgu. Cuba tengok gambo di atas ni, kemain cikgu-cikgu. Kalah pelajar tau ! 

Sambutan Hari Guru 2015

Gambar atas ni pulak adalah Cikgu Norimah iaitu Guru Angkat Kelas 3P, comel kan dengan baju sekolah baru beli lagi tau. Budak sekolah yang tengah duduk dekat belakang tu macam CN jer..hehe

Gambar sebelah tu pulak Cikgu Faizal dengan uniform Sekolah La Salle nya dan Cikgu Amin yang kecik dah macam budak form 5 pulak sekali pandang.

Sambutan Hari Guru 2015

Sambutan Hari Guru 2015


Cikgu Ang pun sporting dengan baju sekolahnya. Cikgu Asmalina (tengah berdiri di depan) tu menang pakaian terbaik. Memang sebijik budak form 3 kawan CN sorang ni. Jeles i uolss.

Sambutan Hari Guru 2015

Perkara wajib dalam entry CN mestilah menyelit gambo sendiri. Kemain bangga CN dengan baju sekolah pinjam dari Cik Zaty. Awal pagi sebelum ke sekolah, siap tanya Encik Suami lagi, "Abang, ada macam Nora Danish tak" dan Encik Suami dengan rela hati menganggukkan kepala tau. Pandai Encik Suami jaga hati CN ! Hehe

Sambutan Hari Guru 2015

Sambutan Hari Guru 2015

Antara hasil Sambutan Hari Guru 2015. Alhamdulillah...



~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

8 comments

  1. wahh..sporting abis cikgu-cikgu..
    comey2 semua..selamat hari guru buat CN:)

    ReplyDelete
  2. dah tak tau nak beza anak murid ke cikgu ni...dah macam sebaya je :p

    ReplyDelete
  3. walaweyhh ! tengah musim cikgu trobek pakai baju sekolah

    ReplyDelete
  4. seronoknya sambut hari guru. Tahniah CN ~ cikgu fofulor.

    ReplyDelete
  5. lau x silap tu ada cikgu preggy kan
    siap pakai baju sekolah
    alolololo comel semuanya
    tahniah cikgu
    maintain for the next years ok

    ReplyDelete
  6. Meriah sungguh.., kmi minggu depan baru nak selebrate.. skrg tgh perang dgn exam...

    ReplyDelete
  7. CN pakai baju sekolah comeo.. x nampak mc cikgu pun hahahahha

    ReplyDelete
  8. wahh wahh bersungguhnyaa cikgu2 beli baju sekolah..

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.