Jalan-jalan ke Karangkraf

Kompleks Kumpulan Media Karangkraf 


Lawatan sambil belajar anjuran Pusat Sumber SMKTPG yang berlangsung minggu lepas melibatkan 86 bilangan pelajar dan 8 orang guru. Destinasi lawatan kali ini adalah ke Kompleks Kumpulan Media Karangkraf yang terletak di Seksyen 15 Shah Alam dan Perpustakaan Tun Raja Uda. CN akan ceritakan tentang Perpustakaan Tun Raja Uda di entry berikutnya ye. 

karangkraf, kilang percetakan bumiputera, cerita cikgu, smktpg

Ini merupakan kali kedua CN datang ke sini. Kali pertama ketika Jualan Gudang Karangkraf 2 tahun yang lepas ! Hehe.. 

Lawatan bersama pelajar ini memang best kerana kami dibawa masuk ke kilang percetakan yang terletak di dalam kompleks ini juga. Untuk pengetahuan anda, kilang percetakan ini adalah yang terbesar di Asia Tenggara. Dan yang paling best, ia adalah milik melayu bumiputera. Jika anda lihat di sekitar kompleks ini terletaknya kilang-kilang jenama antarabangsa, tetapi Kompleks Kumpulan Media Karangkraf  berdiri teguh ditengah-tengahnya melambangkan kejayaan anak Melayu. 

Kami berada di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf  sehingga tengah hari. Banyak jugalah pelajar2 dan cikgu2 memborong novel dan majalah di sini. CN? Jangan tak percaya, ketika semua orang sibuk membeli belah di pusat jualan, CN boleh diam2 makan di cafetaria disitu. Lapar beb ! Hehe

Oklah, layanlah beberapa keping gambar dari kamera henfon CN yang tak berapa canggih ni. Nak harapkan gambar dari kamera pelajar2 yang canggih2 memang lambatlah...

karangkraf, kilang percetakan bumiputera, cerita cikgu, smktpg
Suasana di dalam kilang percetakan milik bumiputera yang terbesar di Asia Tenggara, bangga beb !

karangkraf, kilang percetakan bumiputera, cerita cikgu, smktpg
Cikgu-cikgu berlatarbelakangkan deco wall yang cantik

karangkraf, kilang percetakan bumiputera, cerita cikgu, smktpg
Eh ! Bambamnya CN disitu

karangkraf, kilang percetakan bumiputera, cerita cikgu, smktpg
Bergambar bersama editor Majalah Remaja (duduk baju purple) dan editor Majalah Media Hiburan (duduk tengah2 antara pelajar tu). Editor majalah Remaja ni memang sporting melayan pelajar perempuan bergambar, kulit wajahnya pun cantik, jeless tawww




~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

Previous
Next Post »

3 comments

Click here for comments
kak gojes
admin
11 October 2015 at 09:58 ×

comelnya CN....hehehe...best la dpt g karangkraf..

Reply
avatar
11 October 2015 at 16:23 ×

Bestnya pergi karangkraf

Reply
avatar
11 October 2015 at 20:36 ×

sempat yer cikgu pergi makan time orang sibuk belah..hehe...

Reply
avatar

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda. ConversionConversion EmoticonEmoticon