Resepi ikan masak kicap pedas

January 01, 2017

Sama ada ikan atau ayam masak kicap pedas memang menjadi kegemaran anak bujang CN si Irfan Hensem. Bukan Irfan sahaja, ayah Irfan pun suka masakan jenis ni. Sebenarnya simple je masakan kicap masak pedas ni. Biasanya untuk ikan masak kicap pedas, sedap kalau guna ikan tenggiri atau tongkol. Tapi bagi CN, belasah je asal boleh makan. So CN guna je ikan kembung yang digoreng rangup tu. 

resepi masak kicap pedas, resepi ikan masak kicap, ikan masak kicap pedas

Ikan Masak Kicap Pedas


Bahan-bahan membuat ikan masak kicap pedas


>> Ikan digoreng dahulu
>> 3 batang serai
>> 2 tangkai daun kari
>> 1 batang kayu manis saiz kecil
>> 2 biji bunga cengkih
>> 2 sudu gili kering yang diblender halus
>> kicap pekat
>> 1 biji bawang besar, 4 ulas bawang putih & sedikit halia diblender halus
>> 1 biji bawang besar dipotong bulat-bulat

Cara-cara membuat ikan masak kicap pedas


1. Tumis serai, daun kari, kayu manis dan cengkih. 
2. Agak layu sikit daun kari tu, masukkan bawang yang diblender dan tumis sehingga naik bau.
3. Masukkan cili blender dan kaca rata sehingga pecah minyak. 
4. Agak-agak cili blender dah masak, masukkan ikan yang digoreng tadi dan masukkan kicap sehingga menjadi warna gelap macam dalam gambar. Biasanya CN tunggang kicap tu sampai habis suku botol! 
5. Masukkan sedikit air kalau rasa kuah tu pekat sangat. Kemudian tambahkan garam sedikit.
6. Taburkan bawang besar yang dipotong bulat-bulat.
7. Ok, siap ! Sedia dimakan bersama nasi panas ! Walla !




~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~


You Might Also Like

4 comments

  1. Best nie kalau buat masak kicap..
    Nanti cuba cara CN la..

    ReplyDelete
  2. umah aida, yg paling hot ialah ~ telur masak kicap.
    anak aida tak brape makan ikan.
    diorang malas sebab tulang tu byk !!!

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.