Hari Kecemerlangan & Sukaneka PASTI AL-QUDS

November 24, 2017

Sabtu lepas telah berlangsung dengan meriahnya Hari Kecemerlangan & Sukaneka PASTI AL-QUDS di Dewan Orang Ramai Kampung Jenjarom. Walaupun CN tak berapa sihat masa hari tersebut, tapi tetap gagahkan diri untuk anak bujang tersayang. Anak bujang CN ni memang eksited la bila tengok mama dengan ayah bersama adik Dhia Zahra datang menyokong. Alhamdulillah, Irfan berjaya konvo 5 tahun dan berjaya mendapat Anugerah Sahsiah 5 Huda. Sahsiah baik ye, agak terkejut la sebab di rumah memang lain perangai Irfan ni, mengada-ngada je lebih ! Hehehehe..


salam jumaat, PASTI jenjarom, hari sukaneka PASTI, PASTI AL-QUDS
Irfan Hensem tersenyum bila mamanya muncul untuk mengambil gambar


Tak banyak gambar yang sempat CN rakamkan sebab tak berapa sihat di tambah dengan Dhia Zahra yang buat perangai. Tapi memang meriah Hari Kecemerlangan & Sukaneka PASTI AL-QUDS. Tak sangka tahun depan Irfan dah masuk 6 tahun pula. 

Semoga Irfan lebih cemerlang di tahun depan ye. 

salam jumaat, PASTI jenjarom, hari sukaneka PASTI, PASTI AL-QUDS
Hiasan pentas Hari Kecemerlangan & Sukaneka PASTI AL-QUDS


Video Irfan Hensem semasa acara Sukaneka PASTI Al-QUDS


Okay, CN ingin kongsikan video Irfan Hensem semasa menyertai acara sukaneka bawak bola atas kepala dan lari dengan kasut Phu Chu Kang. Acara bawak bola atas kepala tu Team Biru Irfan johan tau. Acara lari dengan kasut Phu Chu Kang pula Team Biru dapat nombor 3. 





~ Salam Jumaat dari Cekgu Norazimah ~

You Might Also Like

2 comments

  1. Tahniah abg irfan moga jadi contoh untuk adik-adik

    ReplyDelete
  2. awwww Ray pun dulu sekolah pasti.

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.