Johnson’s Baby of the Year Contest Kembali!

September 25, 2018

Johnson’s Baby of the Year Contest | Si manja merupakan buah hati setiap ibubapa, jenama penjagaan bayi yang terkemuka, Johnson’s® mahukan si putera dan si puteri yang kecil membawa pulang mahkota Johnson’s® Baby of the Year Contest 2018 yang berprestij dan hadiah-hadiah yang menarik bernilai sehingga RM80,000.

Johnson’s Baby of the Year Contest, Baby of the Year 2018, contest Johnson's, The Royal Celebration for Johnson's, baby contest, pertandingan bayi comel,
Johnson’s Baby of the Year Contest Kembali!

Peraduan bayi yang telah disertai oleh para ibu beberapa generasi yang lalu kini kembali dengan tema yang sangat bermakna – “The Royal Celebration for Johnson’s® 125 Years with Your Princes & Princesses”.

“Tahun ini, kami amat berbangga untuk meraikan ulangtahun ke-125 Johnson’s®. Warisan kami dibina menerusi sokongan para ibu sejak beberapa generasi yang memberikan kepercayaan kepada Johnson’s® untuk menjaga kulit bayi mereka yang halus. Sebagai tanda penghargaan kepada kesetiaan mereka, kami berhasrat untuk mendatangkan kembali peraduan yang sangat bermakna untuk para ibu di Malaysia serta si manja mereka – tambahan lagi, peraduan ini merupakan antara peraduan bayi tahunan yang terbesar sejak 23 tahun yang lalu,” kata Christy Yong, Pengurus Pemasaran Kanan Johnson’s®.
Johnson’s Baby of the Year Contest, Baby of the Year 2018, contest Johnson's, The Royal Celebration for Johnson's, baby contest, pertandingan bayi comel,
Puteri Dhia Zahra yang ceria bersama produk Johnson's


Christy menjelaskan bahawa Johnson's® memahami ibubapa menghargai si manja mereka seperti putera dan puteri. Oleh itu, jenama ini memberi 'layanan diraja' untuk si manja apabila mereka menyertai peraduan ini.


Johnson’s Baby of the Year Contest, Baby of the Year 2018, contest Johnson's, The Royal Celebration for Johnson's, baby contest, pertandingan bayi comel,
Putera Muhammad Irfan mencuba nasib dalam Johnson’s Baby of the Year Contest 


Untuk meraikan kebanggaan dan kasih sayang ibu terhadap si manja mereka, peraduan ini telah melancarkan sticker GIF dan bingkai foto elektronik dalam empat tema istana – Royal Adventure, Magical Snow, Stardust Fairies dan Modern Monarchy. Ibubapa boleh menggunakan sticker yang sedia ada untuk menghias foto si manja mereka bagi menyertai peraduan ini.


Johnson’s Baby of the Year Contest, Baby of the Year 2018, contest Johnson's, The Royal Celebration for Johnson's, baby contest, pertandingan bayi comel,
Puteri Dhia Zahra mencuba nasib dalam Johnson’s Baby of the Year Contest 


Johnson’s Baby of the Year Contest , Hadiah Sehingga RM80,000


Hadiah-hadiah menarik bernilai sehingga RM80,000 sangat bersesuaian dengan tema ‘diraja’. Sepasang putera dan puteri akan dipilih sebagai pemenang bagi setiap kategori umur; 0 hingga 12 bulan, 1 hingga 3 tahun, dan 4 hingga 6 tahun. Setiap pemenang akan membawa pulang wang tunai bernilai RM5,000 dan hamper Johnson’s® bernilai RM400. Lebih menarik lagi, para pemenang akan dianugerahkan pengalaman yang tidak dapat dilupakan seumur hidup, iaitu akan dipaparkan di muka depan majalah.

10 pemegang hadiah sagu hati juga akan dipilih daripada setiap kategori dan mereka akan menerima wang tunai bernilai RM500 dan hamper Johnson’s® bernilai RM400 bagi setiap pemenang.

Johnson’s Baby of the Year Contest, Baby of the Year 2018, contest Johnson's, The Royal Celebration for Johnson's, baby contest, pertandingan bayi comel,

Bagaimana cara untuk ibubapa dan si manja mereka menyertai peraduan ‘diraja’ ini? 


Untuk menyertai peraduan ini, ibubapa hanya perlu:
1. Membeli mana-mana produk bayi Johnson’s® mulai 1 September 2018 hingga 31 Oktober 2018.
2.    Ambil gambar si manja mereka yang comel. Kemudian, layari www.johnsonsbaby.com.my/boty2018.
3.    Pilih bingkai foto dan sticker bertemakan istana yang anda suka untuk menghias foto si putera dan si puteri anda, kemudian muatnaik gambar.
4.    Lengkapkan borang dan hantarkan penyertaan anda.

Itu sahaja! Si manja anda kini berpeluang untuk diberi gelaran sebagai Putera atau Puteri Johnson’s®!

Ibu bapa boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang mereka mahu, jadi ambil gambar sebanyak mungkin untuk putera dan puteri mereka.

Dalam proses pemilihan, 36 penyertaan akan disenarai pendekkan (12 penyertaan daripada setiap kategori) dan akan dimuat naik ke laman Facebook Johnson’s untuk diundi oleh para pengguna. Layari laman media sosial Johnson’s® untuk menyemak sama ada si manja anda disenarai pendek.

Johnson’s Baby of the Year Contest, Baby of the Year 2018, contest Johnson's, The Royal Celebration for Johnson's, baby contest, pertandingan bayi comel,

“Sama seperti ibu bapa kita yang gemar mengambil gambar kita sewaktu kecil, ibu bapa pada hari ini turut memiliki kegemaran yang sama. Kami memang faham akan kegemaran ini – si manja memang cepat membesar dan kita mahu merakamkan detik-detik indah tersebut sebanyak mungkin. Dengan menggunakan sticker GIF bertemakan istana yang disediakan oleh Johnson’s®Baby of the Year Contest 2018, anda tidak perlu berbelanja besar untuk bergambar seperti seorang putera atau puteri!” tambah Christy.

Gunakan masa yang indah bersama si manja anda dengan menyertai Johnson’s® Baby of the Year Contest 2018 – Hantarkan penyertaan anda di www.johnsonbaby.com.my/boty2018 dari 1 September 2018 hingga 31 Oktober 2018.


Johnson’s Baby of the Year Contest, Baby of the Year 2018, contest Johnson's, The Royal Celebration for Johnson's, baby contest, pertandingan bayi comel,

~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~

You Might Also Like

3 comments

  1. Good luck untuk anak-anak yang join contest ni

    ReplyDelete
  2. Hmm ... barangan baby banyak lagi tak abis guna...huhu. Tak dapatlah nak join.

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.