Pelepasan Cukai 2025 | Bermula 1 Mac 2026, bagi mereka yang berkelayakan sudah boleh mula mengisi efiling di lamanweb LHDN.
Checklist Sebelum Masuk Bulan Cukai
LHDN kata kalau gaji setahun selepas tolak KWSP lebih RM34,000 barulah kena daftar nombor cukai / hantar borang cukai.
Contoh:
Gaji setahun sebelum tolak KWSP = RM38,202
Potongan KWSP (11%) = RM4,202
Gaji setahun selepas tolak KWSP = RM34,000 (dibundarkan)
![]() |
Pelepasan Cukai LHDN
Sekiranya pendapatan anda tidak sampai pun RM34,000 setahun (lepas tolak KWSP) tapi majikan tiba-tiba ada buat potongan PCB, maka submit saja borang cukai itu, insha-Allah dapat refund.
Jadi jika anda rasa tak nak bayar cukai banyak sangat, ini maklumat/dokumen yang perlu disimpan :
1. Borang EA / EC / CP58
Orang kerja kerajaan, sediakan borang EC.
Orang kerja swasta, sediakan borang EA.
Orang makan komisen (ejen-ejen penapis air, MLM, Takaful, Unit Trust, Remisier) sila minta borang CP58 (penyata bayaran insentif) dari syarikat.
Jika makan gaji sahaja, isi borang BE sebelum 30 April 2026. Jika makan gaji dan ada terima komisen atau income bisnes, sila isi borang B sebelum 30 Jun 2026.
Sila pastikan jika anda makan gaji dan termasuk dalam gaji kasar tu elaun petrol, elaun perjalanan atau elaun tol atau kombinasi darinya, sila tolak sebab elaun/perkuisit ini dikecualikan cukai. Terhad kepada RM6,000 setiap tahun.
2. No kad pengenalan ibu dan / atau ayah kandung/angkat
Hafal tak no kad pengenalan mak ayah? Ada mak dan / atau ayah berumur 60 tahun dan ke atas yang bermastautin di Malaysia? Kalau mereka masih bekerja pastikan pendapatan tahunan mak atau ayah TIDAK melebihi RM24,000 seorang. Kalau cukup syarat ni anda boleh claim RM1,500 seorang. Kalau dua-dua masih hidup maka boleh claim RM8000 untuk penjagaan kesihatan keperluan kesihatan .
“Tapi mak ayah duduk kampung? “
Rileks, anda masih boleh claim walaupun tidak tinggal bersama.
Individu yang LAYAK menuntut pelepasan ini merujuk kepada anak kandung atau anak angkat yang sah di bawah undang-undang. Tuntutan pelepasan ini TIDAK dibenarkan ke atas ibu bapa tiri.
Nota : Kalau yang ada adik beradik ramai dan masing-masing nak claim, cara pengiraan seperti di Helaian Kerja HK15.
3. Penyata Takaful / Insuran
Sila minta statement tahun 2026 pada ejen Takaful kalau penyata tu tak sampai rumah. Statement Takaful ini penting kerana di dalam bayaran bulanan boleh jadi ada bahagian yang tak dibenar tolak cukai. Pada penyata insuran biasanya ada dinyatakan. Jadi jangan declare semua kalau ada bahagian yang tak dibenarkan.
Yang boleh claim hanyalah Takaful/insuran nyawa, pendidikan dan perubatan. Takaful/insuran kereta tak boleh.
Takaful/insuran nyawa boleh claim untuk individu, suami atau isteri / isteri-isteri. Bayaran premium atas polisi nyawa anak tidak dibenarkan.
Manakala premium Takaful/insurans yang dibayar atas polisi pendidikan atau manfaat perubatan boleh untuk individu, pasangan atau anak.
4. Resit Gaya Hidup
Silalah korek semula resit-resit dan bil kalau tahun lepas (2025) ada beli dan bayar;
smartphone/komputer/laptop/tablet
buku/ subscription news online
bil langganan internet
Pembelian alat sukan / yuran gym
Boleh claim bawah pelepasan gaya hidup maksimum RM2,500. Belian mestilah untuk kegunaan peribadi saja, bukan untuk bisnes.
Ingat, tipu dosa!
5. Resit Alatan Penyusuan
Korek juga resit-resit berkaitan peralatan penyusuan (kalau ada beli). Pelepasan ini untuk pembayar cukai wanita saja atas pembelian peralatan penyusuan ibu untuk kegunaan menyusukan anak yang berumur 2 tahun dan ke bawah. Encik suami tak boleh claim (rasanya dalam borang dia disable ruang ini untuk lelaki).
Amaun claim adalah terhad kepada amaun yang dibelanja dan maksimum RM1,000 walaupun ada lebih daripada seorang anak.
Peralatan penyusuan ibu yang layak mendapat potongan adalah:
(i) set pam susu dan pek ais (breast pump kit dan ice pack);
(ii) bekas pengumpulan dan penyimpanan susu (breast milk collection
and storage equipment); serta
(iii) set penyejuk atau beg penyejuk (cooler set / bag).
6. Resit Pra-Sekolah
Ada anak berumur 6 tahun dan ke bawah yang dihantar ke pra-skolah atau pusat asuhan? Simpan lagi tak resit bayaran tu?
Potongan ini terhad kepada amaun yang dibayar dan maksimum boleh claim hanya RM1,000. Tapi tahun depan (tahun 2027) masa isi borang untuk taksiran 2026 boleh claim maksimum RM2,000. Yelah, yuran pra-sekolah macam Little Caliphs, Children Islamic Centre (CIC), Brainy Bunch, Genius Aulad, Smart Reader bukan biashe-biashe.
Tapi, pastikan taman asuhan kanak-kanak yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau pra-sekolah kerajaan/swasta yang berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Negeri di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
7. Penyata SSPN-i
Ada menabung untuk anak dalam SSPN-i? Baguslah. Rasanya sekarang dah boleh print penyata SSPNN-i secara online. Kalau takde boleh ke kaunter PTPTN yang berhampiran.
Ingat, boleh claim amaun bersih, bukan berapa banyak korang masukkan dalam akaun.
(Jumlah simpanan dalam tahun 2025 tolak jumlah pengeluaran dalam tahun 2025).
Contoh: Dalam tahun 2025
Baki Bawa Hadapan: RM4,500;
Simpanan : RM2,000; dan
Pengeluaran : RM1,500.
Potongan yang layak dituntut adalah RM500 (RM2,000 – RM1,500).
Untuk taksiran tahun 2025, maksimum boleh claim RM8,000, sebelum ini hanya RM6,000.
LHDN mesti dah ada data pencarum SSPN-i ni, jadi berfikir panjang sebelum bertindak mengisi ruang pelepasan tu.
8. Resit bayaran zakat
Resit atau penyata bayaran zakat boleh dapatkan dari Pusat Zakat Negeri masa buat bayaran. Kalau bayar online memang senang nak print balik. Kalau ikut FAQ LHDN, zakat yang dimaksudkan adalah semua jenis bayaran zakat yang dibuat dalam sesuatu tahun tu. Maknanya termauklah zakat fitrah, zakat pendapatan, zakat emas dan zakat wang simpanan. Biasa yang orang claim adalah zakat fitrah dengan zakat pendapatan.
Dokumen lain yang perlu disediakan (jika ada) adalah yuran sambung pengajian ke peringkat Ijazah di peringkat Sarjana atau Doktor Falsafah, penyata Skim Persaraan Swasta (PRS), resit-resit kalau ada derma dekat institusi atau organisasi yang diluluskan oleh LHDN (cari dan semak di sini).
Paling penting selain no akaun bank untuk LHDN refund duit PCB kita, ingat lagi tak password e-filing? Kalau boleh rekodkan maklumat e-filing ni. Senang esok-esok nak login, id dengan password dah tersedia.
Ingat, TAK PERLU hantar resit-resit atau dokumen atas ni, simpan saja elok-elok mana tahu dapat surat audit dari LHDN supaya tunjuk bukti.
~ Sharing is caring from Cekgunorazimah ~
#lhdn #cukai #efailing
Menjadi tradisi orang utara dimana pada bulan puasa, antara menu moreh wajib adalah kerang bakar cicah kuah kacang. Memang surr! Ada juga yang suka kerang rebus, its okay, masih lagi menu kerang dan kuah pencicah adalah kuah kacang.
![]() |
| Port makan kerang Nibong Tebal |
Laman Moreh Nibong Tebal, port makan kerang best Nibong Tebal
Dekat tempat CN iaitu di Parit Buntar, memang banyak port makan kerang yang best. Tapi adik-adik CN suka Laman Moreh di Nibong Tebal ni sebab ada banyak pilihan makanan lain selain kerang dan sudah tentu banyak parking.
Harga disini masih okay. Air balang paling CN suka, ada banyak pilihan dan sedap-sedap belaka. Mesti cuba juga kuew teaw goreng dan pasembor. Serius memang sedap!
![]() |
| Tempat luas |
![]() |
| Pasembor |
![]() |
| Mee kari dan air balang |
Lokasi Laman Moreh Nibong Tebal
Shah Alam Convention Centre (SACC) kembali lagi meraikan tradisi bufet Ramadan dengan tema "Citarasa Orang Kita" yang akan berlangsung berrmula 19 Februari hingga 18 Mac 2026.
Tema ini mengetengahkan kepelbagaian hidangan tradisional yang terhasil daripada perpaduan pelbagai kaum yang telah hidup bersama sejak sekian lama. Mengambil inspirasi daripada keharmonian budaya masyarakat majmuk di Malaysia. SACC menampilkan "Citarasa Orang Kita" sebagai simbol penyatuan rasa dan warisan dalam satu pengalaman berbuka puasa yang istimewa.
![]() |
| Kambing Kebuli yang sentiasa menjadi tarikan pengunjung SACC |
Bufet Ramadan Shah Alam Convention Centre (SACC) 2026
![]() |
| Bufet Ramadan Shah Alam Convention Centre (SACC) 2026 |
![]() |
| Hiasan deko yang cantik dan instagramable |
Dipasak oleh barisan chef berpengalaman SACC, lebih 100 pilihan sajian tradisi pelbagai kaum menanti para pengunjung. Antara menu utama yang dijangka menjadi tarikan termasuk Ayam Masak Cili Daun Kesum, Daging Masak Lomak Minang, Ikan Kari Bendi, Stri Fried Squid Celery, Udang Goreng Kunyit, Siew Pak Choy Garlic serta dua menu signature tahun ini iaitu Kambing Kebuli dan Nasi Ambeng SACC.
![]() |
| Antara menu pilihan kami sekeluarga |
![]() |
| Paling CN suka, sos sukiya dan daging grill |
![]() |
| Antara dessert pilihan CN |
Bagi menambah kemeriahan pengalaman berbuka puasa, pelbagai gerai sajian turut disediakan antaranya Mee Kari Nyonya, Laksa Utara, Teppanyaki, Sup Periuk, Pad Thai, Pasta, Kebab & Shawarma serta pelbagai lagi pilihan menarik yang pasti memenuhi selera seisi keluarga.
![]() |
| Tempat yang luas dan selesa |
![]() |
| Banyak tempat yang cantik untuk bergambar |
Selain tempat yang luas dan selesa untuk makan, disediakan juga surau yang luas di tingkat 1 dan 2. Memang best berbuka puasa disini.
Harga bufet Ramadan kini ditawarkan pada harga RM106 nett bagi dewasa, manakala harga kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun kekal pada RM55 nett.
Untuk tempahan dan maklumat lanjut, hubungi 👇
☎️ 03-5511 8858
📍Shah Alam Convention Centre
Lokasi Shah Alam Convention Centre (SACC)
Alamak, ramai pulak rupanya yang bertanya cara untuk edit gambar AI caricature. Disini, CN kongsikan video youtube cara edit gambar AI caricature yang sangat mudah. CN guna chatgpt yang free. Anda boleh juga guna gemini ai. Selamat mencuba!
![]() |
| Cara Edit Gambar AI Caricature |




















