5 Tanda Anda Akan Bersalin

January 17, 2013

Kat bawah ni aku huraikan 5 tanda akan bersalin. Banyak lagi tanda-tanda lain, tapi sebab banyak report kena siapkan minggu ni gak, ini sahaja yang dapat aku kongsikan.

Selamat membaca..[wink]

1.  Air Ketuban Pecah
[Waktu aku bersalin dulu, air ketuban dipecahkan oleh doktor..bukan pecah sendiri.  Menurut kajian, hanya 8% wanita hamil akan mengalami air ketuban pecah sebelum mereka kontraksi. Apabila air ketuban telah keluar, ini bermakna proses bersalin hampir dekat..jeng..jeng..jeng]

2. Kontraksi Yang Kuat dan Teratur
[Walaupun kontraksi merupakan tanda awal hendak bersalin, kebanyakan wanita mengalami kontraksi palsu atau Braxton Hicks. Aku kena bnda alah palsu ni lepas berjalan-jalan pusing Banting shoping untuk raya. Rasa sakit perut yang amat sangat, tapi tak kerap. 13/8 pegi hospital, doktor check belum masa untuk bersalin. Tapi dapat MC..hehe..actually, memang tak larat nak keje minggu2 last nak bersalin tu.]

3. Pengeluaran Bendalir
[Sepanjang kehamilan, serviks anda akan menjadi rapat dan dipenuhi dengan mukus. Ia merupakan keadaan semulajadi untuk protect baby daripada jangkitan kuman. Tapi bila hampir nak bersalin, mukus akan keluar sama ada dalam bentuk cecair atau tompok likat. Macam aku, keluar darah dulu masa 16/8. Sehari sebelum bersalin. Sebab keluar darah tu la aku ajak En. Hubby pegi hospital serah diri. Mak mertua aku cakap, menurut orang tua-tua … bila kuar darah dulu sebelum pecah ketuban, di panggil kembar darah. Hal ini kemungkinan disebabkan aku yang suka mandi malam masa preggy. Ek? Kadang-kadang cakap orang tua-tua ni ada betulnya..aku ni jer yang degil taknak dengar cakap..hehe]



4. Mengalami Cirit-Birit
[Pada bahagian awal proses kelahiran bermula, tubuh anda mula membebaskan prostaglandis iaitu sejenis hormon yang menyebabkan uterus menguncup dan membantu melembutkan serta membuka serviks.(kalau salah nama hormon tolong maafkan yer). Tapi hormon ni gak boleh merangsang usus-usus lalu menyebabkan anda mengalami cirit-birit yang kerap.  Part ni memang betul. Masa 2 minggu nak bersalin tu, aku memang kerap ke toilet. Bukan awal pagi mcm biasa tu tau, tengah2 malam ke 3 pagi camtu. Bayangkan tengah best2 tidur tiba-tiba terjaga sebab nak berak. Giler ! Itulah yang aku kena penangan Irfan dah ke bawah sangat.]

5. Belakang Badan Mulai Sakit
[Sepanjang preggy memang selalu rasa sakit belakang, tapi bila dah nak bersalin, rasa sakit makin menjadi-jadi. Selalu minta hubby urutkan. Tapi orang tua cakap jangan urut belakang badan kuat sangat takut muka anak lebam. Orang tua-tua cakap muka baby kat belakang badan ibu, kalu urut kuat sangat, tu yang bila baby kuar muka biru2. Waallahualam..]

Harus diingat, setiap orang mempunyai tanda yang berbeza. Bergantung kepada badan individu itu sendiri. Ada orang sakit kejab terus bersalin. Cam aku seminggu gak sakit baru leh bersalin. Isnin pegi hospital tapi bukaan baru 2 cm, so doktor suruh balik. Hari khamis datang balik, bukaan still 2 cm, tapi sebab sakit sangat, kena la admit. Jumaat tu baru ler kuar budak bambam comei lote tu..



Selamat Bersalin !!

You Might Also Like

0 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.