7 Perkara Untuk Kamu yang Bergelar SUAMI

March 24, 2013

~ Gambar hiasan ~

Wahai lelaki di luar sana yang bergelar SUAMI .... khas untuk kamu :


1. Hargai isterimu sebagaimana engkau menghargai ibumu, sebab isterimu juga seorang ibu kepada anak-anakmu...
2. Jika marah boleh tidak berbicara dengan isterimu, tapi jangan bertengkar dengannya (membentaknya, mengatainya, memukulnya)
3. Jantung rumah adalah seorang Isteri. Jika hatinya tidak bahagia maka seisi rumah akan tampak seperti neraka (tidak ada gurau tawa, manja, perhatian). Maka sayangi isterimu agar dia bahagia & kau akan merasa seperti di syurga.
4. Besar atau kecil gajimu, seorang isteri tetap ingin perhatian. Dengan begitu maka isterimu akan selalu menyambutmu pulang dengan penuh kasih sayang.
5. Dua org yg tinggal 1 bumbung (menikah) tidak perlu berdebat, bertingkah, siapa menang siapa kalah. Kerana keduanya bukan untuk bertanding melainkan teman hidup selamanya.
6. Di luar banyak wanita idaman melebihi isterimu. Namun mereka mencintaimu atas dasar apa yang kamu punya sekarang, bukan apa adanya dirimu. Saat kamu menemukan masa sukar, maka wanita tersebut akan meninggalkan mu dan punya lelaki idaman lain di belakangmu...tetapi tidak isterimu!
7. Banyak isteri yang baik. Tapi di luar sana terlalu ramai lelaki yang ingin mempunyai isteri yang baik dan mereka tidak mendapatkannya. Mereka akan menawarkan perlindungan n PERHATIAN terhadap isterimu. Maka jangan biarkan isterimu meninggalkan rumah kerana kesedihan n kecewa, sebab dia akan sukar sekali untuk kembali..



Nota : Seorang wanita bergelar isteri sgt sukar dibaca isi hatinya .. dgrkanlah luahannya .. leterannya .. dan kamu akn mngerti apa yg tersirat .. hnya ingin belaian dan perhatian .. bukan org lainpun .. isteri kamu juga kan? 


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~ 

You Might Also Like

6 comments

  1. I like this sharing...will always remember this sharing and appreciate my wifey forever, not because I'm afraid or pretend to be good...but it's because I'm the man and husband of her. Thanks cikgu azie. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul !! jadi la suami yang bermutu tinggi yer ;)

      Delete
  2. thx cikgu... kena bg bakal suami baca ni huhu

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, perkongsian yang menarik. Moga menjadi teladan buat bakal-bakal suami. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah..mmg itu niat cikgu norazimah..semoga menjadi teladan buat bakal2 suami dan suami2 semua yer..

      Delete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.