Salam 1 Malaysia..
Mood KECEWA lagi untuk kali ke-6 ! Dah 6 kali apply pertukaran guru, tapi jawapan still sama PERMOHONAN PERTUKARAN ANDA KE SELANGOR TIDAK DILULUSKAN ! Korang bayangkan, dah 2 tahun setengah kahwin, tapi tinggal berjauhan. Menjalankan tugas seorang isteri pada hujung minggu SAHAJA. Irfan pun jumpa mama dia hujung minggu jer. Rutin setiap hari jumaat, bawak balik susu frozen untuk bekalan Irfan sampai jumaat depannya pulak. Ini hokay lagi, Kak Su my bff tu lagi dasyat, sejak dia kahwin thn 2009 sampai sekarang menjadi isteri hujung minggu jer. Anak dah 3 tahun membesar tanpa mama disisi !